Al Fatihah.. Kuatnya Hati Isteri Pitt Hanif, Tabahnya Ibu Fauziah Nawi

Share

Sekitar jam 12.30 tengah malam jenazah Allahyarham Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif, 43 tiba di kediaman ibunya, Fauziah Nawi dekat Taman Melati, Setapak Kuala Lumpur untuk solat jenazah.

Kira-kira jam 2 pagi jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur. Lebih 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis dan kenalan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Ketika jenazah Allahyarham tiba di rumah pelakon veteran ini, Fauziah Nawi berkesempatan menatap kali terakhir

wajah anak sulungnya daripada dua beradik itu.

Tabahnya Ibu Fauziah Nawi…

Tak mengapa,” kata ibunya ketika keranda di bukakan di hadapannya.

Ketika misi mencari Allahyarham yang hilang sewaktu memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, isterinya, Farah Ahmad berkongsi rasa hati di instagramnya.

Sebak catatannya. Katanya, “Alhamdulillah. Pitt, Farah dapat iring awak. I told U, I will bring U back. Awak nak Farah turun ke sungai juga sentuh air ya baru awak nak jumpa Farah.”

“Ya Allah so sweetlah Pitt. Terima kasih Pitt, sudi berjumpa Farah dan yang lain-lain. Ya Allah terima kasih dengar doa-doa kami..”

YES YOU NEVER WALK ALONE Pitt Hanif.

Dan antara rakan artis yang hadir pagi itu ialah Fasha Sandha, Rita Rudaini, Syafie Naswip, Sharifah Amani, Faizl Hussien, Datuk Rosyam Noor dan ramai lagi.

 

Sham Mokhtar, rakan Allahyarham Pitt Hanif yang terselamat dalam kejadian bot terbelah dua menaburkan bunga rampai sebaik jenazah rakannya, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat.

 

Bot Fiber Rempuh Tiang Besi..

Sebelum itu, Allahyarham yang juga pengarah filem Coast Guard memancing bersama rakan , Sham Mokhtar dikhuatiri lemas sebaik bot fiber yang mereka naiki dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan sekitar 11 pagi.

Keadaan itu menyebabkan Pitt dan Sham tercampak ke dalam sungai. Sham yang juga Pengarah Fotografi filem itu berjaya menyelamatkan diri namun Pitt yang cuba berenang dibawa arus deras sebelum tenggelam.

Jenazah ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4.25 petang semalam.

Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum dimandi dan dikafankan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Sumber/Foto : Harian Metro, Berita Harian

Published by
NETTY AH HIYER