‘Aku Nak Peluk Cium Kau..’ Fad Bocey Di Jepun, Tak Dapat Tatap ABAM

Betapa rapatnya anggota kumpulan lawak Bocey ini antara satu sama lain; Fad, Achey dan Allahyarham Abam. Bila mana berita pemergian Abam sampai ke pengetahuan teman baik ini, dan ketika itu Fad Bocey sedang berada jauh di bumi Jepun… bayangkan perasaan kejauhan itu.

Tentunya, sukar amat untuk diluahkan. Begitulah kegetiran yang dilalui Fad pagi ini apabila tidak dapat berada di sisi sahabat, arwah Abam di saat-saat akhirnya. Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang ketika ini bercuti dengan keluarganya di Tokyo, Jepun.

Menitis air mata Fad, terlalu sebak terkenangkan arwah. Luah Fad dalam sebak, “Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun.. kenapa kau pergi dulu bam? kenape tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kauuuuuuuuu.”

‘Aku Nak Peluk Cium Kau..’ Fad Bocey Di Jepun, Tak Dapat Tatap ABAM
Sebak dengan perkongsian dua sahabat ini, Fad dan Achey..

Lebih menyayat hati apabila Fad turut berkongsi paparan skrin dengan kata-kata, “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir, maafkan akuuu..”

Sebaik mendapat perkhabaran duka itu, dia dah isteri, sudah berusaha mendapatkan tiket penerbangan awal pulang ke tanahair.

Sayangnya, tiket paling awal malam ini. Bermakna mereka sekeluarga akan sampai esok pagi. “Jika pulang sekali pun, saya tak dapat menatap wajah arwah Abam buat kali terakhir.”

‘Aku Nak Peluk Cium Kau..’ Fad Bocey Di Jepun, Tak Dapat Tatap ABAM
Achey direzekikan menunaikan permintaan Allahyarham Abam setahun yang lalu. Kredit foto : Berita Harian.

Abam Pernah Bergurau, Minta Fad, Achey Kebumikannya

Kehilangan mengejut pelawak Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 dipercayai akibat demam panas, kira-kira jam 7 pagi tadi amat dirasai rakan-rakannya ini.

IKLAN

Malah, rakan-rakan artis yang pernah merasai kemesraan, kehangatan lawak lucu dan kebaikan arwah tidak dapat menahan sebak. Berkongsi sama momen-momen sewaktu hayat arwah masih ada.

Tahun lalu, seorang lagi anggota Bocey, Achey atau nama penuhnya, Mohd Nasir Hamzah, 32 pernah berkongsi ucapan hari lahir untuk Abam yang jatuh pada 19 Januari.

 

‘Aku Nak Peluk Cium Kau..’ Fad Bocey Di Jepun, Tak Dapat Tatap ABAM
Gurauan Allahyarham Abam setahun lalu.

 

IKLAN

Dalam ruangan komen, Allahyarham memberi maklumbalas agar sahabat-sahabatnya itu akan mengurus pengebumiannya apabila dia meninggal dunia.

Sungguh, dalam gurauan itu rupanya selepas setahun, tuhan benar-benar ambil kembali Abam pulang ke perkampungan abadi.

Tulis Allahyarham dulu, “Tq sahabat.. Love u so much.. semoga kite kekal sampai mati @fadbocey @acheykintangkintung kalau aku mati tolong kebumikan aku tau.

IKLAN

 

 

MW : Mendoakan semoga Fad dan Achey kekal tabah menerima berita mengejutkan kehilangan sahabat baiknya ini. Semoga Bocey tidak putus semangat untuk terus berkarya. Al Fatihah.. tempatkan Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan di kalangan orang-orang yang beriman.

Baca sini :

Sumber/Foto : Fadbocey, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI