Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan 10 Oktober setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Sebagai masyarakat Malaysia seharusnya kita tidak menghukum dan lebih terbuka membicarakan isu kesihatan mental seperti kemurungan dan tidak menganggapnya sebagai kes-kes terpencil. Keseriusan sesetengah kes, terutama yang melibatkan kehilangan nyawa seharusnya memberi isyarat yang jelas untuk semua pihak bertindak.
Malah kita juga perlu memberi fokus kepada memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental dan mencegah tingkah laku bunuh diri.
Artikel berkaitan: Rasa Takut, Stres & Trauma, Covid19 Beri Kesan Kesihatan Mental!
Wanita lebih mudah mengalami tekanan dan masalah kesihatan mental?
Dek kerana itulah juga Mingguan Wanita menampilkan kisah seorang penghidap penyakit mental kronik yang sudi berkongsi pengalamannya. Malah apa yang dilalui oleh saudari Hanan Mikhael Azman juga diharap dapat memberi kesedaran kepada warga maya tentang penyakit yang boleh melibatkan kehilangan nyawa jika tidak dipandang serius.
Luah Hanan Mikhael Azman;
“Sebagai seorang penghidap penyakit mental kronik, aku nak kongsi beberapa perkara yang mungkin menjadi tanda tanya pada segelintir orang sekeliling. Macam mana kisah bermulanya aku mendapat penyakit ini.
“Pertama kali bila aku bertemu dengan pakar Psikiatri (PSY) lebih kurang lapan tahun lepas. Aku didiagnos dengan MDD iaitu major depresion disorder. Aku diberi ubat anti depresant.
“Hampir sebulan aku bertarung dengan depresi yang sangat teruk bila aku makan ubat.
“Aku jadi makin down dan hentikan pengambilan ubat dengan sendiri. Sebab aku beranggapan rasa bila makan ubat jadi lagi teruk dari sebelumnya.
“Beberapa bulan kemudian atas izin Allah aku ditemukan dengan seorang kakak yang bertugas di wad spikiatri. Dia merupakan kakak kepada kawan baik aku. Dia nasihatkan aku untuk cuba jumpa pakar psykiatri di hospital tempatnya bertugas.
“Dalam percubaan kedua untuk dapatkan rawatan di hospital, aku didiagnos oleh seorang pakar PSY sebagai penghidap bipolar disorder type 1.
Perlu Makan Ubat Penstabil Mood
“Aku diberi rutin berjumpa pakar setiap 3 minggu sekali. Aku perlu makan ubat penstabil mood iaitu lithium dan anti depresant setiap hari.
“Bila rasa dah macam ok sikit aku ambil keputusan untuk solo travel ke Eropah. Aku nak jadi pengembara. Nak ubati segala luka di hati. Walau pun aku sakit, aku akan buktikan yang aku pun boleh buat apa yang orang normal buat.
“Alhamdulillah, dua tahun aku mengembara dengan menjejak ke 37 buah negara. Aku balik pun sebab penyakit aku datang dengan lebih teruk dari sebelumnya (relapsed).
“Sepanjang 2 tahun di jalanan, aku hanya makan ubat pada sebulan pertama travel je. Sebab stock ubat dah habis, aku langsung tak tak makan ubat. Itu silap aku.
Mula Dengar Orang Suruh Lintas Jalan Tutup Mata
“Makin lama, aku mula rasa banyak kelainan yang aku lalui. Mood disorder aku jadi lagi teruk. Aku mula dengar suara suara ghaib dalam kepala, aku mula berhalusinasi dan rasa suicidal mesti datang bertandang. Aku mula rasa takut. Aku takut aku kalah dengan segala gangguan begitu.
“Aku dah mula dengar orang suruh aku lintas jalan tutup mata sampai kena langgar lepas tu mati kat tengah tengah kota London. Aku dah berdiri pejam mata tepi jalan, tinggal nak jalan je. Tapi aku ingat untuk istigfar banyak².
Hampir Ragut Nyawa
“Dua tiga insiden yang hampir meragut nyawa aku telah berlaku. Allah masih pelihara aku, hinggalah aku masih bernyawa diketika ini.
“Aku ambil keputusan untuk balik Malaysia, sebab aku dah tak mampu bertahan. Otak aku jem, buntu, mood aku kucar kacir, jadi macam otak kau bodoh.
“Bila balik Malaysia aku terus ditahan kat wad psykiatrik hampir sebulan lebih. Itulah pertama kali aku masuk wad PSY. Macam macam cerita sepanjang 5 kali ditahan wad.
“Daripada bipolar disorder beberapa tahun kebelakangan ini, aku telah didiagnos dengan skizofrenia, dan latest diagnos adalah schizoaffective disorder. Iaitu gabungan bipolar disorder dan skizofrenia.
“Ya hidup aku bergantung ubat dan dengan izin Allah aku masih boleh bertahan sejauh ini.”
Begitulah luahan Hanan Mikhael Azman seperti mana dipetik menerusi akaun Facebooknya, https://www.facebook.com/hanzbike
Terima kasih juga kepada Hanan kerana sudi berkongsi kisah ini bersama kami. Diharap Hanan tabah dan kuat dalam mengharungi penyakit yang dihidapinya ini.
Sumber Foto: FB Hanan Mikhael Azman
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/