Pelakon dan penyanyi Lufya Sheikh Omar, 34 berkongsi dalam instagramnya, yang mendakwa dianiaya suami sendiri, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29. Dakwanya masalah dengan suaminya itu sudah berlaku sejak tiga bulan bergelar suami isteri.
Malah, pernah sakit kemurungan kerana masalah yang membelenggu dirinya. Beliau turut memaklumkan dirinya sudah pun dihalang dari memasuki laman instagram suami.
Tulisnya,
Follow.. unfollow.. blocked? Follow.. unfollow.. blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk 3 bulan setengah berturut-turut.
Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar. Dah cukup lama aku dianiaya!
Fitnah isteri kat keluarga macam-macam just to cover ur BIG MISTAKES. Enough is enough.
Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri. Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cobaannya.
Kesabaran aku diduga terlalu lama.
Sejak 3 bulan kita berkahwin u dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. Kesalahan itu kau ulang sehingga 6x! Aku diam.. aku diam.. aku diamm sampau tak mampu aku pikul sendiri lagi.
Luka kat badan tak sesakit luka kat dalam hati ini. Tqsm.
Bekas bintang Akademi Fantasia 6 ini, bernikah dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang lahir pada 11 November 2017.
Wahai suami isteri.. hidup berumahtangga ini ada pasang surutnya. Jika ada masalah suami isteri, duduklah berbincang bila dah tenang. Lari dari masalah bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.
MW : Mendoakan semoga urusan rumah tangga Lufya dan suami akan dapat diselesaikan dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk pasangan ini.
Sumber/Foto : Lufya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna
Isi Kandungan
Toggle“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah”. Akhirnya pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof akui dirinya kini sah bergelar suami kepada Ira Kazar.
Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu juga memberitahu perkahwinan kali ini dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.
“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah”
Pengakuan tersebut dikongsikan sendiri oleh suami Puteri Sarah menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram. Malah dia juga menyatakan akad nikah antara dia dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi.
“Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” kongsi Syamsul.
Perkahwinan Juga Sudah Didaftarkan
Pada masa yang sama Syamsul juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.
“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.
“Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.
“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,”.
Putri Sarah Masih Isteri
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.
“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.
“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.
“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,”.
Tidak Niat Belakangkan Keluarga
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” ujarnya.
Ucapan Tahniah Dari Rakan Artis & Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini.
Baca Disini : Puteri Sarah Tak Rasa Menyesal, Mohon “Doakan Benda Terbaik Untuk Saya, Anak-Anak”
Puteri Sarah Mahu Kebenaran Sebelum Buat Keputusan Tentang Hati
Sumber / Sumber Foto : Instagram Syamsul Yusof
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Iklan Raya 2024 Paling ‘Menusuk’ Jiwa. Kisah benar jadi elemen utama iklan raya
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan, sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak cukup meriah tanpa diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri. Koleksi iklan bertemakan Hari Raya sudah menjadi satu eleman penting setiap kali tibanya Syawal.
Menariknya, iklan raya ini memaparkan jalan cerita tersendiri seperti diangkat daripada kisah benar dan isu semasa selain menampilkan barisan pelakon terkenal.
Kisah Benar Jadi Inspirasi
Berikut lima iklan raya 2024 yang kisahnya diinspirasi daripada kisah benar.
1. Iklan Raya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Iklan berjudul Conteng sempena Aidilfitri ini juga berjaya menyentuh hati dan membuat ramai sebak sehingga mencatat tontonan lebih satu juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan di YouTube.
Pengarahnya, Rashid Sikh Abdullah berkata, idea asal daripada PKNS berkenaan seorang yang sudah berjaya merajuk dengan kata-kata bapanya sewaktu kecil dan lebih 20 tahun tak balik kampung.
Dia kemudiannya ada mengambil rujukan daripada filem dan rakan yang dihalang cita-citanya menyambung pengajian tertinggi dalam jurusan seni atau seni halus.
Jalan Cerita Menarik
Itulah yang menjadi inspirasi buat dirinya dengan mencantumkan kisah-kisah sebenar. Daripada beberapa penulis skrip yang saling bertukar idea, maka mereka ciptakan sebuah jalan cerita yang mungkin dianggap klise tapi digarap dan divisualkan dengan menarik.
Antara kekuatan utama iklan itu juga adalah penampilan pelakon veteran, Jalil Hamid yang mempamerkan lakonan cemerlang.
2. Iklan Raya Bank Muamalat 2024
Iklan raya berjudul Nak Ikut ini diinspirasi daripada kisah benar rakan sebaya pengarah iklan raya ini, Dzulkifli Shaari.
Kisah cerita pendek ini penuh dengan mesej tersirat, terutamanya tentang keluarga, dunia yang sementara, dan sedekah untuk pahala berterusan. Nak Ikut mengisahkan tiga beradik yang sudah kehilangan kedua ibu bapa dan tinggal bersama nenek mereka. Kisah menjadi tragis apabila adik kepada Hamidi iaitu Zaid meninggal ketika dalam perjalanan mencari abangnya yang pergi ke kedai membeli baju raya.
Lebih menarik lagi, iklan raya ini mempunyai “OST” dinyanyikan oleh Ezad Lazim yang bertajuk Dekat Semula. Lagu ini hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.
Walaupun boleh dikatakan antara “newcomers” yang masih baru dalam dunia PSA Raya, iklan raya ini berjaya menyentuh hati dengan penceritaan yang berkesan dan mesej yang mendalam.
Iklan raya Nak Ikut yang dibawakan oleh Bank Muamalat ini sudah mencecah jutaan tontonan di semua platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Instagram.
https://youtu.be/eQMuU4QZNNM?si=52AeSLq-nTDsSa8A
Iklan Raya Viral
3. Iklan Raya Elrah Exclusive
Buat julung kalinya, Elrah Exclusive melancarkan filem pendek sempena 10 tahun dalam industri fesyen.
Dibintangi oleh barisan pelakon serta duta pakaian Elrah Exclusive pada raya tahun ini seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Meerqeen, MK K-Clique dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, Fatimah Abu Bakar yang melakonkan watak ibu.
Filem pendek bertajuk Tak Pernah Suka Mak ini adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui pengasasnya iaitu El Azman.
Walaupun si ibu tidak menunjukkan kasih sayangnya pada anak, dia tetap berbangga dengan segala pencapaian anak dan setia mengiringi langkah mereka dengan doa. Pada akhirnya, ajal menjemput si ibu dan anak terlambat mengetahui kasih maknya.
4. Iklan Raya RHB
Iklan raya berjudul Lembaran Baharu ini adalah kisah realiti yang dikongsikan oleh seorang peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika mengendalikan kes kecurian.
Kisahnya membantu dan menyelamatkan seorang ibu yang hampir dipenjara kerana kes curi kotak pensil di sebuah pasar raya dijadikan iklan raya 2024 RHB Group.
Kisah yang berlaku pada 1998 itu menceritakan seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan mencuri kotak pensel yang berharga RM18 untuk dihadiahkan kepada anaknya yang mendapat keputusan nombor satu dalam kelas.
Cerita Kotak Pensil
Bagi mendapatkan kesahihan cerita wanita berkenaan, Ahmad Zaharil ke sekolah anak wanita itu dan guru di sekolah itu tidak menafikan keputusan murid berkenaan. Mahkamah memutuskan kepada wanita berbangsa India itu untuk berkelakuan baik selama beberapa tahun.
Beberapa tahun kemudian, anak kepada wanita itu bertemu dengan Ahmad Zaharil dan memperkenalkan dirinya ketika itu sudah bergelar peguam.
5. Iklan Raya Taylor’s University
Sesuatu yang menarik apabila iklan raya turut dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT). Buktinya, iklan dari Taylor’s University ini tidak kurang hebatnya.
Suami Mithali membawakan kisah mengenai realiti rumah tangga yang jarang diperkatakan dalam kehidupan seharian kita.
Mungkin ada yang memandang serong cara hidup suami isteri yang ‘bertukar peranan’ ini. Suami tinggal di rumah, isteri pula pergi bekerja. Namun, mereka pasti ada sebab tersendiri untuk pilih jalan hidup sebegitu.
Iklan ini mengajak orang ramai agar tingkatkan peranan dalam keluarga, memimpin dengan penuh kasih, mengukuhkan hubungan dengan pengorbanan, dan saling memahami jalan hidup seseorang.
Nu Ideaktiv turut mempunyai iklan raya iaitu Pangsa Makmur. Saksikan kisah menarik Myra, seorang gadis Melayu yang menetap di sebuah pangsapuri yang berbilang kaum. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Myra sentiasa bersemangat dan tersenyum dalam setiap situasi.
Myra tekun bekerja keras untuk mencari rezeki dan berhasrat untuk berkongsi resepi kuih tradisional yang diwarisi daripada Arwah ibunya. Namun, kebahagiaannya terhenti… Apakah yang menyebabkan kebahagiaannya terhenti?
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Patah Hati Tengok Ni..’ Azza Elite Terkesan Sebak, Niat Belikan TV
Sejak beberapa hari lalu berlegar viral gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menonton TV dari kejauhan. Dan gambar seterusnya, pintu rumah berkenaan sudah pun ditutup kemas. Terkesan dengan gambar tular berkenaan, pelakon dan penyanyi Azza Elite, 42 berniat mahu membelikan sebuah televisyen untuk kanak-kanak berkenaan.
Bagaimana pun, dia mengharapkan jasa orang ramai yang tahu di mana kedudukan kanak-kanak itu agar dapat memaklumkannya untuk dia menunaikan hasratnya itu.
Akuinya di instagramnya itu, dia juga sebelum ini pernah susah sebegitu. Dan cukup memahami akan apa yang adik ini sedang lalui.
Kongsinya,
“m touch.. me also like this before.
Tolong gais.. ada info pasal adik ni bagitau tau kat sini k.
Heart breaking watch this.. nak je aku kumpul duit pakai duit IG review beli kat dia TV.. tapi dok tau adik ni kat mana.. masa kecik akak juga tak sesenang hari ini adik.. so i know how he feel.. sedih weh.
Sekiranya adik bersekolah.. belajar pandai-pandai k.. bila dewasa esok adik beli TV beso .. mm ciannya adik ni.. auntie tak tau adik kat mana.. kalau auntie tau senang skit. sekejap je TV sampai kat rumh adik.
Duit review auntie ada skit. Kalau tak cukup boleh kumpul dengan kawan-kawan auntie beli kan.”
Rakan Artis Pun Sudi Sumbang Duit Beli TV
Perkongsian Azza itu juga mendapat sambutan baik daripada ramai kalangan artis yang sudi turut serta memberi sumbangan agar adik berkenaan dapat menonton TV di rumahnya. Antaranya, Fasha Sandha, Nurkhiriah.
Malah, ramai juga yang berkongsi rasa akan pengalaman lalu masing-masing yang waktu kecil tiada TV sehingga menumpang tengok di rumah jiran tetangga. Momen sebegini mengusik kalbu membuat air mata bergenang sebak.
Sumber/Foto : Azza Elite
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI