Aksi gadis berhijab buat freestyle di world cup Qatar kagumkan ramai lelaki, power timbang bola. Ketika ini sedang berlangsung Piala Dunia FIFA Di Qatar. Kejohanan empat tahun sekali ini pasti tidak dilepaskan jutaan peminat menyaksikan perlawanan setiap hari dan banyak pasukan underdog mencatatkan kemenangan luar dugaan di awal pembukaan permainan.
Di sebalik banyak aksi dipaparkan tumpuan tidak hanya kepada negara bertanding tetapi gelagat penonton pasti mencuri tumpuan.
Satu dari rakaman peristiwa menarik pastinya tertumpu kepada freestyle berhijab, iaitu Maymanat Asagri dari Demnark. Lebih dikenali sebagai Maymi dari keluarga Asgari, remaja ini mencuri tumpuan apabila kemahiran jugglingnya mencuri tumpuan tatkala dilakukan di luar stadium.
@asgari_freestyle Im literally in love with the vibe here 🥹 #worldcup #Qatar2022 #Qatar #worldcup2022 #womensfootball #skills #baller #tricks ♬ La La La (Brasil 2014)/Waka Waka (This Time for Africa) Medley (El Dorado World Tour Live) – Shakira
Berasal dari Iran dan kemudian berhijrah ke Denmark, kemahiran melakukan aksi freestyle ini dikesan pada 2018 dan sejak itu namanya dikenali dunia kerana bakat luar biasanya ini. Bahkan kemunculannya di Piala Dunia di Qatar ini adalah atas jemputan dari negara Qatar.
Mengikut kepada minatnya dalam aksi freestyle ini, kata Maymi dari kecil dia tidak mempunyai ramai kawan dan masa yang ada digunakan untuk mengasuh bakat dalam sukan bola sepak yang banyak dikuasai lelaki.
Namun minat itu berterusan sehinggalah dirinya terpikat melakukan aksi freestyle dan sejak itu dia tidak pernah menoleh lagi ke belakang dan menjadi inspirasi kepada wanita berhijab. Tiada halangan melakukan aksi disukai dan bebas berbuat apa saja di sebalik hijab dikenakannya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pertama Kali Alunan Merdu Ayat Al-Quran Berkumandang Ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA
Hebatnya Maymi ini, dirinya sering membuat persembahan termasuk di Euro 2020 di hadapan 40 ribu penonton. Bahkan dirinya menjadi tumpuan dunia kerana bakat freestyle itu.
Memenuhkan masa remajanya, dia mengajar rakan sebaya dan kanak-kanak yang ingin mengasuh bakat dalam bidang freestyle bola sepak ini. Jelas Maymi, ketika kecil, menyaksikan Ronaldinho beraksi di Piala Dunia 2010 dan tak sangka di usia remajanya peluang itu hadir di depan mata menyaksikan Piala Dunia 2022. Semuanya kerana kemahiran bakatnya dan hari ini dia dijemput menyaksikan Piala Dunia 2022 di depan mata. Impian yang menjadi kenyataan dan sukar dilupakan olehnya.
Bahkan kerana kemahirannya itu, di instagramnya, dia berkongsi sudah bertemu ramai bintang dunia bola sepak seperti Casillas, Kaka, Carli lloyd, Colina, Billy Wingrove, Roberto Carlos, Andre Pirlo, Mascherano, Yaya Toure, Luis Enrique dan ramai lagi lagenda bola sepak termasuk jurulatih terkenal dunia.
Apa pun aksinya menimbang bola membuatkan ramai lelaki kagum dan melopong kerana tidak semua mampu melakukan aksi sebegitu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.