Gambar sekadar hiasan

Dalam kehidupan ini, kita sering kali diingatkan akan dosa orang-orang yang mengumpat dan suka membawa cerita buruk orang lain. Namun mungkin tiada kejadian yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua, maka hal tersebut seakan tidak diendahkan. Terdapat sebuah kisah yang mana diceritakan tentang seorang wanita yang ketika hayatnya gemar mengumpat dan menjaja cerita orang lain. Ketika nyawanya sudah tiada, wanita tersebut menghadapi kesukaran ketika proses mengkafankannya.

Marina (bukan nama sebenar) ketika masih hidup memang terkenal dengan sikap suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain. Ada sahaja cerita baru di kampungnya, dialah orang pertama yang akan tahu. Setelah itu akan dijaja pula cerita tersebut ke seluruh pelosok kampung. Begitulah Marina bukan dikenali kerana kebaikkannya, tapi disebabkan sikap yang buruk.

Benarlah ajal maut itu di tangan Allah Yang Maha Esa, suatu hari Marina dikhabarkan telah meninggal dunia. Kecohlah satu kampung tentang kematian Marina itu. Jenazah Marina diuruskan oleh kaum keluarga dan juga orang-orang kampung. Ketika urusan tersebut, pelbagai kejadian berlaku yang boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

IKLAN

Kain kapan tak cukup

Ketika jenazah dimandikan, najis yang keluar dari badan Marina bagaikan tiada penghujung. Memandikan jenazah yang pada kebiasaan mengambil masa antara satu jam setengah menjadi panjang hampir tiga jam baru semuanya selesai. Setelah itu ketika hendak dikafankan, kain pula tidak cukup untuk mengafankan jenazah Marina. Menurut bilal yang sudah 17 tahun dipertanggungjawabkan dan mengurus jenazah, panjang kain yang sama dibeli seperti sebelumnya. Tapi tidak tahu mengapa kain kafan yang dibeli untuk membaluti jenazah Marina tidak mencukupi walhal jenazah tidaklah sebesar mana dan mempunyai bentuk badan yang kecil.

Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya. Untuk menambah kain putih yang lain semuanya telah dipakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada.

IKLAN

Maha Suci Allah, kali ini bahagian tengahnya pula ternganga seperti membungkus nasi lemak. Puas ditarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, pihak yang terbabit terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas

IKLAN

Kejadian aneh tidak terhenti begitu sahaja, apa yang berlaku benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan dengan kejadian sebegitu. Lalu jenazah dinaikkan semula dan untuk kesekian kalinya liang lahad ditebuk untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Syukur cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.

Menurut cerita orang kampung, arwah dikatakan mempunyai perangai yang kurang digemari. Mengumpat, menjaja cerita dan mengata orang bagaikan sebati dengan kehidupan arwah. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar untuk kita  yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara mungkar yang disebut oleh Allah dalam menuju ke negara Abadi. Untuk kesejahteraan kehidupan kini dan akhir zaman nanti.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI