Akibat Overdose Susu Formula, Anaknya Berak Berdarah Dari 4 Pagi Sampai Malam

Share

Ada sesetengah anak-anak memang suka sangat minum susu formula. Dalam sehari berbotol-botol dia minum. Sampaikan jumlah nasi yang dimakan tu.. alahai! Boleh kira.

Susu itu pula macam dah jadi makanan harian anak. Mak pula selagi anak minta, dia pun beri. Susu kan baik untuk kalsium dan tumbesaran anak, jadi mak pun tak adalah rasa apa-apa.

Itulah yang ada di fikiran pun. Tak sedar yang overdose beri susu formula boleh akibatkan mudarat yang lain pada anak.

Dan inilah yang jadi pada ibu ini, Anis Amiza dan anak lelakinya, Wan Haziq seusia 2 tahun 5 bulan. Bila mana si kecilnya itu overdose susu formula.

 

Gambar Haziq sebelum sakit
Sebelum masuk wad.

Overdose Susu Formula, Jadi Kat Anak Baru Rasa Menyesal

Akui ibu ini, “Banyak kali juga baca artikel doktor bahaya bagi susu berlebihan dekat anak yang umur 2 tahun ke atas

.”

Sayangnya dia cuma membaca saja info itu. Ikutnya tidak. Bila terjadi dekat diri sendiri, barulah dia dan suaminya, Wan Farhan rasa menyesal.

Pengalaman anak kesayangan mereka Wan Haziq yang sakit perut disebabkan minum susu banyak ini boleh dijadikan pengajaran.

Lebih 10 botol sehari sebanyak 260 ml, minum susu dengan sekelip mata je habis licin susunya. Makan pun banyak.”

Hari pertama dan kedua, Haziq dah tunjuk simptom-simptom nak cirit birit dan dah start muntah. Tapi yang paling teruk pada hari ketiga. Dia berak keadaan cangkung sambil menahan sakit.”

Hari keempat, Haziq dah mula berak berdarah. Ibu mana tak panik kan. Buka-buka pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi.”

Sepanjang perjalanan Anis tak henti-henti istighfar.

 

Hari ketiga cirit birit.

Hari Ketiga, Haziq Berak Berdarah Dari 4 Pagi Sampai Malam

Sampai ke hospital, terus ke bahagian kecemasan. Haziq kena admit ward. Macam-macam diagnosis doktor pakar buat. Dan andaian doktor, Haziq terlebih minum susu.

Sehari Haziq berak lebih 20 kali. Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.

Paling sedih hari ketiga. Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak henti sampai malam. Pampers ada 52 pcs, habis licin

!”

Malam tu, doktor pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. Macam tak logik tapi itulah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang.”

 

Macam ni lah dia setiap kali nak berak sambil cakap sakit perut.
Muntah lagi.

Mak-mak, Jangan Jadikan Susu Formula Itu Makanan Harian Anak

Ibu di luar sana. Kalau anak yang umur 2 tahun ke atas tu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian.”

Macam Haziq perut dia sensitif sangat. Dua ke tiga minggu sebelum Haziq cirit birit, Haziq selalu mengadu sakit perut.”

Lepas minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tapi doktor cakap, itu adalah tanda-tanda awal.”

Kalau anak-anak mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu iya.”

 

Dah aktif seperti biasa.

Tip Untuk Mak Kurangkan Beri Susu Formula Pada Anak, Tapi Lebihkan Makan

1. Dan kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap. Lama-lama akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak-anak makan.

2. Lagi satu tips, mak-mak boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan cakap kat anak, “Susu dah habis, kena gi beli dulu.”

3. Nak bagi susu juga boleh, bagi fresh milk

. Buat masa sekarang ni, Haziq dah stop dulu susu formula. Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak.

4. Limitkan dengan minum susu 2 gelas jer sehari. Bagi susu banyak kali tapi dalam kuantiti yang sikit dan pastikan 2 gelas sehari.

5. Bagi makan makanan yang kita makan.

Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, tu ada petanda awal la ye. So, berjaga jaga.

Sis share supaya tak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ni menjadikan pengajaran buat kami.”

Cegah Lebih Baik Dari Merawat.

WAD 6 Selatan, HUSM

Terima Kasih Staf HUSM, Team Doktor, Team Jururawat. Dr.Fahisham, Dr.Rizal. Semua baik-baik dan sangat membantu. Terima Kasih! Semoga Allah merahmati kalian.”

Sumber/Foto : Anis Amiza

Published by
Netty Ah Hiyer