Akibat ‘Keke Challange’, Remaja Hampir Lumpuh, Tengkorak Retak & Pendarahan Kepala!

Share

Jika terfikir nak buat cabaran ‘Keke Challenge’ ada baiknya lupakanlah.Walaupun tengah trend seluruh dunia, aksi tarian ni jadi viral dan perhatian ramai, banyak bahaya yang menanti sebenarnya bila melakukan cabaran ‘Keke Challenge’ ni. Ia boleh mencederakan diri dan mengancam nyawa!

Terbaru, seorang remaja dari Los Angeles Anna Worden, 18, menaiki kereta bersama rakannya di bandar Bettendorf di Iowa pada minggu lalu sebelum remaja itu memutuskan untuk melakukan tarian berkenaan.

“Kami baru melepasi bulatan dan saya terfikir mungkin menarik untuk membuat tarian ‘Keke Challenge’.

“Perkara terakhir yang saya ingat adalah saya membuka pintu dan tiba-tiba saya terjatuh serta tidak sedarkan diri,” kata Anna kepada WQAD-TV baru-baru ini.

Anna kemudian dibawa ke hospital sebelum segera diterbangkan ke Hospital Universiti Iowa selepas doktor mendapati kecederaan dialami remaja itu sangat serius.Remaja itu dilaporkan mengalami keretakan tengkorak, darah tersumbat di telinga dan pendarahan di kepala akibat terjatuh.

Akibat kecederaan dialaminya, Anna lumpuh sementara tetapi dia kini mula berjalan semula selepas menjalani terapi di hospital berkenaan.

Tarian ‘Keke Challenge’ merupakan aksi tarian yang perlu dilakukan di mana individu perlu keluar kereta dalam keadaan kereta bergerak sambil mengikut rentak lagu, In My Feelings, dendangan artis antarabangsa, Drake sebelum memuat naik video berkenaan di media sosial.

Cabaran itu dimulakan oleh selebriti media sosial, Shiggy yang memuat naik video di Instagram dia menari di jalan raya mengikut rentak lagu berkenaan.

Baca Disini:
Keke Challenge: “Kalau Muda Pun Paknil Rasa Tak Lah Terikut Nak Buat Macam Ni..” Datuk Aznil Nawawi

Sumber:daily mail

Published by
Suhaidah Abd Wahab