Akibat Cemburu Buta, Potong ‘Anu’ Kekasih Kerana Puji Kecantikan Wanita Lain

Share

Bahayanya bila wujud perasaan cemburu buta dalam diri. Macam-macam tindakan diluar kewarasan fikiran boleh terjadi.Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Astana, Kazakhstan ini, gara-gara memuji kecantikan penampilan wanita lain, lelaki ini mengalami kerosakan zakar yang teruk selepas teman wanitanya bertindak menikam dan menghiris buah zakar mangsa.

Zhanna Nurzhanova, 36, yang ‘cemburu buta’ bertindak demikian selepas mendapati teman lelakinya menghantar komen pada gambar rakan perempuan menerusi telefon bimbitnya.

Mangsa, R Suleimano memuji penampilan wanita itu yang didakwa sebagai rakan kenalannya.

Beri Pil Tidur & Suntik Ubat Bius

Zhanna yang bekerja di sebuah salun kecantikan itu memberikan pil tidur kepada teman lelakinya dan menunggu sehingga mangsa tidak sedarkan diri ketika kejadian di kediaman mereka di Astana.Kemudiannya menyuntik kekasihnya dengan ubat bius di sekeliling kemaluan mangsa. sebelum mengeratnya.

Tidak cukup dengan itu, Zhanna mengambil pisau pembedahan dan mula menghiris buah zakar kekasihnya.

Zhanna juga dilaporkan mengikat salur sperma lelaki itu dan cuba menjahit luka itu semula tetapi mangsa mengalami pendarahan yang banyak.

Kerana panik, Zhanna segera membawa mangsa ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dia ditahan selepas doktor membuat laporan polis setelah mangsa mengalami cedera parah pada kemaluannya. Menurut jurucakap hospital, pakar bedah cuba menyambung semula organ tersebut, namun keadaannya dilaporkan ‘rosak teruk’.

Susulan kejadian itu, Nurzhanova telah berdepan tuduhan tidak jelas yang mana jika didapati bersalah dia boleh berdepan hukuman sehingga enam tahun.

Macam-macam hal boleh berlaku akibat cemburu buta. Jika memiliki perasaan ini dapatkan rawatan, mohon kawal dan elakkan perasaan ini daripada berterusan.

 

Sumber: Daily Mail & Sinar Online

Published by
Suhaidah Abd Wahab