
Bahayanya bila wujud perasaan cemburu buta dalam diri. Macam-macam tindakan diluar kewarasan fikiran boleh terjadi.Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Astana, Kazakhstan ini, gara-gara memuji kecantikan penampilan wanita lain, lelaki ini mengalami kerosakan zakar yang teruk selepas teman wanitanya bertindak menikam dan menghiris buah zakar mangsa.
Zhanna Nurzhanova, 36, yang ‘cemburu buta’ bertindak demikian selepas mendapati teman lelakinya menghantar komen pada gambar rakan perempuan menerusi telefon bimbitnya.
Mangsa, R Suleimano memuji penampilan wanita itu yang didakwa sebagai rakan kenalannya.
Beri Pil Tidur & Suntik Ubat Bius
Zhanna yang bekerja di sebuah salun kecantikan itu memberikan pil tidur kepada teman lelakinya dan menunggu sehingga mangsa tidak sedarkan diri ketika kejadian di kediaman mereka di Astana.Kemudiannya menyuntik kekasihnya dengan ubat bius di sekeliling kemaluan mangsa. sebelum mengeratnya.
Tidak cukup dengan itu, Zhanna mengambil pisau pembedahan dan mula menghiris buah zakar kekasihnya.
Zhanna juga dilaporkan mengikat salur sperma lelaki itu dan cuba menjahit luka itu semula tetapi mangsa mengalami pendarahan yang banyak.
Kerana panik, Zhanna segera membawa mangsa ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dia ditahan selepas doktor membuat laporan polis setelah mangsa mengalami cedera parah pada kemaluannya. Menurut jurucakap hospital, pakar bedah cuba menyambung semula organ tersebut, namun keadaannya dilaporkan ‘rosak teruk’.
Susulan kejadian itu, Nurzhanova telah berdepan tuduhan tidak jelas yang mana jika didapati bersalah dia boleh berdepan hukuman sehingga enam tahun.

Macam-macam hal boleh berlaku akibat cemburu buta. Jika memiliki perasaan ini dapatkan rawatan, mohon kawal dan elakkan perasaan ini daripada berterusan.
Sumber: Daily Mail & Sinar Online
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindunya Bidadari dan Anak-Anak. Hanya Air Mata Ubat Sedikit Rasa Rindu” Ustaz Ebit

Isi Kandungan
TogglePendakwah bebas Ustaz Ebit Lew akhirnya pulang ke kediamannya selepas sesi kuarantin seusai menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Kerinduan buat keluarga tercinta begitu dirasai apatah lagi apabila hampir dua bulan tidak bertemu dengan isteri dan anak-anak kesayangan.
Ustaz Ebit Akhirnya Pulang Ke Rumah
“Rindunya ya Allah. Dekat dua bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu.
“Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah. Redha Allah segalanya. Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta.
Rindunya Bidadari & Anak-Anak
“Ya Allah… Rindunya bidadari dan anak-anak. Maafkan ayah wahai anak-anakku. Maafkan abang yer, bidadariku..
“Ya Allah terima kasih temukan dengan bidadari dan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa menangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.
“Ya Allah betapa sayangnya diriku pada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka. Jagakan mereka. Bersama kami didunia dan sampai syurga Firdaus.
“I love you sayang bidadariku. I love you anakku,” tulis Ustaz Ebit seperti mana yang dimuat naik menerusi entri di akaun Instagramnya.
Ternyata bapa penyanyang ini cukup tabah, baru saja kehilangan arwah bapa tercinta. Ustaz Ebit tetap terus dengan sikapnya yang suka menghulurkan bantuan dan melakukan kerja-kerja sosial. Beruntung isteri yang memiliki suami seperti Ustaz Ebit.
Sumber Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew
Baca Disini Juga:
“Ya Allah Beratnya Rasa Ujian Ini!” Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia
“Berjuang Abang Hadiah Terbesar Buat Sayang. Teruskan Perjuangan ”Sebaknya Jawapan Isteri Ebit Lew
“Ayah Selalu Sorokkan Tangisan, Tapi Siapa Tahu Saat Seorang Diri Menangis Sekuat-Kuatnya” Ebit Lew
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesakit Bermalam Jangan Letak Di Wad Hujung, Dah Lama ‘Dia’ Tak Datang

Isi Kandungan
ToggleCerita seram di wad bersalin ini memang wujud sebenarnya. Mayang Sari berkongsi pengalamannya bersalin anak kedua ketika ditempatkan di wad hujung sebuah hospital lama.
Malam hari selepas dia bersalin, Mayang Sari diganggu ‘dia’ yang menyerupai jururawat bertugas. Terbau darah nifas wanita bersalin ‘dia’ yang sekian lama tidak muncul di wad, datang pula pada malam Mayang Sari di situ.
Kisah benar yang jadi ini melekat dalam ingatan Mayang Sari sehingga ke hari ini.
Wad Hujung..
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Malam ni nak cerita sedikit tentang pengalaman saya duduk di wad hujung ketika melahirkan anak yang ke 2.
Masa lepak-lepak di ruangan menunggu menanti keputusan darah ayah keluar, saya teringat pada satu peristiwa sewaktu melahirkan anak perempuan yang kedua di sebuah hospital lama sebelum berpindah ke kawasan lain dan bangunan baru yang lebih selesa.
Selepas beberapa jam bertarung nyawa melahirkan puteri hati tercinta, saya di pindahkan ke wad biasa.
Memandangkan katil di bahagian hadapan telah penuh, jadi saya diletakkan wad paling hujung dimana beberapa langkah sahaja boleh sampai ke pintu kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya
Pada hari tu, saya bersalin pada lewat petang selepas waktu Asar, oleh kerana itu lah juga saya terpaksa bermalam di wad bersalin untuk memastikan saya dan anak sihat apabila dibenarkan meninggalkan hospital kelak.
Petang itu, seorang demi seorang penghuni di wad hujung dibenarkan pulang, tinggallah saya berdua dengan seorang pesakit yang menunggu masa untuk di tolak ke ‘labour room’. Alhamdulillah anak tidak meragam, tidur lena ibarat sang puteri salji.
Penghuni Katil Sebelah Menjerit Air Ketuban Pecah
Sedang saya melayan mata untuk lelap, tiba-tiba pesakit di katil sebelah menjerit kerana ketubannya telah pecah, dengan segera dia ditolak ke ruang bersalin yang terletak beberapa meter daripada meja jururawat. Ketika itu jugalah saya dapati tuala wanita saya telah penuh. Memandangkan hanya beberapa orang sahaja jururawat bertugas dan mereka telah pun berkumpul di ruangan bersalin maka terpaksalah saya bersendirian ke tandas.
Sebenarnya tidak menjadi masalah pun untuk saya ke tandas kerana tandas hanya beberapa langkah sahaja dengan katil, cuma perasaan seram dan takut tu tetap ada memandangkan hijab saya ini yang senang terbuka jadi sangat memerlukan teman ketika itu.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan waktu melawat juga sudah tamat, mengharapkan suami datang jauh sekali kerana banyak perkara yang perlu beliau lakukan, daripada mencuci uri, menanam uri dan menguruskan anak sulung yang ketika itu berusia 2 tahun.
Ditegur Suara Dalam Tandas Ketika Cuci Pad
Memandangkan rasa tidak selesa itu mula menganggu ketenangan saya, maka saya cekalkan diri untuk ke tandas berseorangan. Masuk sahaja ke dalam tandas, bulu roma saya mula meremang. Saya duduk di kerusi khas yang di sediakan kepada pesakit untuk mandi. Selesai sahaja menukar tuala wanita, tiba-tiba ada suara seorang perempuan menegur saya.
“Sedang tukar kain darah ke tu…? Jangan di cuci yer, biarkan sahaja di situ nanti akak tolong cuci kan…” katanya sambil ketawa.
Saya cekalkan hati menjirus sebanyak mungkin air supaya darah yang tinggal di tuala wanita tidak ketara banyak. Saya tidak berani menoleh ke kiri atau kanan apatah lagi mendongak ke atas kerana dapat saya rasanya suara itu benar-benar berada di atas kepala saya.
“Jangaaaan laaahhh… Jangan laaaahhh, akak hausss,” perempuan itu merayu pula.
Saya kembali duduk di atas kerusi lalu menarik tali kecemasan untuk meminta bantuan. Kaki saya terasa berat dan lutut saya bergetar. Sepatah ayat AL Quran tidak terkeluar daripada mulut saya. Kaku dan menggigil ditambahkan lagi dengan saya yang banyak kekurangan darah kerana baru lepas bersalin. Mengenangkan anak yang masih ada sisa darah (belum mandi) keseorangan diluar saya menarik tali kecemasan berkali-kali.
Lega apabila mendengar derap tapak kasut menghampiri tandas dan pintu luar bilik air dibuka oleh seseorang. Saya gagahi diri untuk berdiri untuk membuka pintu bilik air.
“Kenapa tak panggil nak ke tandas. Kalau jatuh tadi tak pasal-pasal saya kena marah..,” omel jururawat itu kepada saya. Saya hanya berdiamkan diri. Jururawat itu membawa saya kembali ke katil.
“Kak, ‘pad’ saya belum dibuang. Masih ada di lantai…” Kata saya perlahan.

“Tak apa, akak tolong buangkan..” Kata jururawat tersebut lalu masuk kembali ke tandas.
Baca sini : ‘Akulah Virus Rumah Tangga Itu’ Semalam Dengan Kupu-kupu Malam Temui Jawapan Siapa Dirinya Di Mata Isteri
‘Dia’ Datang Di Wad Hujung
Lama saya tunggu dia keluar. Hampir 30 minit dia tidak keluar. Pesakit yang pecah ketuban tadi kembali. Alhamdulillah dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Saya meminta jururawat yang iringi pesakit itu tadi memeriksa kawannya di dalam tandas kerana terlalu lama dia berada di situ.
Setelah beberapa minit dia berada di dalam, dia keluar bersendirian dan berjalan laju meninggalkan saya bersama pesakit yang baru masuk tadi dan kemudian dia datang kembali dengan jururawat yang berbaju biru.
“Tolak katil-katil pesakit ni ke wad depan, tumpang di wad kelas kedua sementara untuk ‘discarge’ esok…” Kata jururawat berbaju biru itu memberi arahan.
“Saya dah bagitau, pesakit yang bermalam di hospital jangan letak di wad hujung. Suka sangat lah ‘dia’… Dah lama ‘dia’ tak datang, malam ni datang pula…”
Pada hujung pendengaran saya jelas kedengaran perbualan mereka sambil menolak katil. Entah siapa lah ‘dia’ yang dimaksudkan itu tadi. Walau siapa pun ‘dia’, saya tak ingin ambil tahu. Apa yang penting malam itu saya dan baby dapat tidur dengan tenang, aman dan damai kerana alunan AL Quran mula berkumandang memenuhi ruangan wad bersalin pada malam itu.
Sumber/Foto : mayangsari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini syarikat penerbangan AirAsia buat tawaran harga tak masuk akal tiket penerbangan ke Korea dan Jepun. Walau bagaimanapun, dua negara berkenaan mencatat jumlah kes COVID-19 yang tinggi.
Ibu ini, Rosmarlina Binti Abd Ghani menetap lama di Jepun. Dan beliau tetap meletakkan kebimbangan pada traveller yang berhajat ke negara tempatnya menetap, Jepun.
Sungguhpun demikian, beliau berkongsi panduan selamat untuk traveller yang meneruskan perjalanan ke Jepun.
Katanya, “US letakkan Jepun Level 2, bg amaran pada traveller ke Jepun.”
“Pada yang cancel ke Jepun sebab bawa anak kecil dan warga tua… Anda memang sangat berfikiran jauh dan satu keputusan yang tepat walaupun berat.”
“Pada yang meneruskan perjalanan… ke Jepun dalam masa terdekat, tawakal dan berusaha sehabis baik untuk jaga kesihatan anda dan semua ahli rambongan.”
“Jangan ambil ringan dan sentiasa beringat, ketahuilah virus ini boleh bertahan selama 9 hari di tempat-tempat yang disentuh oleh pembawanya.”
Panduan Untuk Traveller Jepun
- Kalau boleh jangan skip pakai mask bila di luar, elak pegang tepi eskulator tu, tekan butang lif pun kalau boleh berlapik.
- Dalam train pun kalau boleh elak lah pegang ring pemegang tangan tu,
nampak orang batuk batuk dalam train jangan dok dekat. - Nampak ja ada kat mana-mana hand sanitizer tu guna, selalu ada kat pintu depan supermarket besar-besar. Free ja pun.
- Gi public toilet nampak ada sabun buih untuk basuh tangan tu, apa lagi basuh tangan dengan kerap ya. Pastu lap betul-betul tangan tu sampai kering.
- Balik dari jalan-jalan tu sila kumur mulut anda paling kurang 3 kali.
- Kalau rasa tak perlu bersesak-sesak ke tempat ramai orang, sila elakkan ya.
- Kalau rasa tak sihat tu jangan gagahkan diri keluar hotel/ apartment, rehat ja dalam rumah, takut lagi senang dapat kuman bila badan tak sihat tu.
- Group yang senang dijangkiti virus adalah, warga tua, anak-anak kecil dan wanita hamil.
Updated Kes Untuk Hari Ini
25 Feb 2020
Updated…
Tokyo 33 kes
Hokkaido 30
Kanagawa 17
Aichi ( Nagoya) 17
Wakayama 12
Chiba 10
Ishikawa 4
Okinawa 3
Kumamoto 3
Kyoto 2
Fukouka 2
Nara 1
Mie 1
Dan
Osaka masih 1
Namun di tempat tinggal saya di Osaka Bay, kami sudah dapat surat dari sekolah dan tempat jagaan kanak-kanak supaya memantau suhu anak-anak setiap hari dan jika suhu 37.5c tidak dibenarkan ke sekolah.
Info tambahan kes
South Korea 833 kes
Jepun 138 kes
Saya doakan semoga semua rakyat Malaysia yang melancong dan yang bermastautin di Jepun, selamat dari dijangkiti Virus ini, amin.
Doakan kami di Osaka ni ya.
Baca sini : Ibu ini kongsi panduan jaga anak terkena demam Influenza sehingga sembuh.
Cara Pakai Mask Untuk Wanita Berhijab
Saya sertakan juga gambar bagaimana pada wanita berhijab untuk pakai Mask. Harap membantu.

Salam dari Malaysian di Osaka, Ros
MW : Di mana pun berada, sentiasalah berjaga-jaga dan lindungi diri dan keluarga.
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Ghani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI