“Akhirnya Keluarga Kami Boleh ‘Move On’. Itulah antara luahan isteri kepada Da’i Syed, Hana Ismail apabila mendapat berita suaminya bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah.
Pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal dan pengacara, Hana Ismail telah berkahwin pada 3 Disember tahun lalu. Pemilik nama sebenar, Nurulhana Ismail berasa sangat bersyukur apabila suaminya dibebaskan.
“Akhirnya Keluarga Kami Boleh ‘Move On’”
Menerusi perkongsian satu hantaran menerusi Insta stories Hana meluahkan rasa gembira dan syukur terhadap apa yang berlaku ke atas suaminya.
“Akhirnya keluarga kami boleh move on (melupakan) perkara ini.
“Suami saya sangat berani berdepan dengan situasi ini namun melihatnya pernah seperti ini (di fasa terendah), bikin luluh hati ini.
“Moga dalam rahmat dan lindungan Allah selalu sayang,” luah Hana.
Dibebaskan Daripada Tuduhan Merogol
Seperti mana dilaporkan BERNAMA, Da’i Syed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu.
Ads
Hakim, Rihaida Rafie, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.
Ads
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.
Pada 31 Mei tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Syed Amirul ketika dihubungi Bernama mengesahkan anak guamnya kini bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah.
Hati-hati dengan setiap kata-kata yang diluahkan mahupun komen yang ditulis pada orang lain.Apatah lagi bila ia melibatkan penghinaan pada bentuk fizikalnya.
Ibarat buku bertemu ruas, Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek hari ini memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap seorang personaliti media sosial (influencer) yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau body shaming.
Peguamnya, Mohd Rasheed Hassan berkata, saman sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.
“Saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel daripada Tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera.
“Jadi saman dan pernyataan tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.
“14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Rasheed berkata, sebutan pada 11 November ini akan dibuat secara dalam talian dengan pendaftar sahaja.
Mengeluarkan Kata-Kata Kesat
Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.
Eira Aziera
Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.
Bagaimanapun tindakan personaliti tersebut mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya, mendakwa gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung.
Suharnizan ditemani Mohd Rasheed kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.
Mohd Rasheed memaklumkan walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat secara langsung menerusi Facebook ‘influencer’ itu, isu ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MW: Hati-hati dengan setiap bait tutur kata mahupun komen yang diluahkan. Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.
Tahi telinga boleh menjadi gangguan kalau sampai satu tahap dia sudah tersumbat. Malah tahi telinga tersumbat ini biasanya berlaku apabila anda jenis suka menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga, memaksa tahi telinga bergerak lebih ke dalam liang telinga dan berkumpul.
Biasanya orang yang suka guna headphone atau earphones juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk pengumpulan berlebihan kotoran telinga.
Jadi boleh ke kita teruskan guna putik kapas untuk membuang kotoran dalam telinga? Haaa… jawapan ini ada dalam perkongsian Dr. Ezairy M.Sallih tentang tahi teliga.
Patut Ke Buang Tahi Telinga
Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.
Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?
1. Ini akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Sangat penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Jadi, tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:
1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’
Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘ear drum’ boleh mengalami kebocoran!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau mak-mak nak tahu, resepi ayam rica rica ini bukan saja pedas malah sedap sangat kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Istimewanya sebab penggunaan daun kemangi itu yang buatkan selera kita terbuka.
Perkongsian resepi daripada Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie)ini memang rugi kalau tak dicuba. “Kalau nak rasa sedap dan sama macam gambar. Jangan derhakakan resepi.”
Haa… pesanan itu memang makan dalam. Tapi ada betulnya. Sebab nak bagi rasa original rica rica terasa sampai dalam perut.
Bahan Ayam Rica Rica
10 ketul Ayam – basuh bersih, (Jika suka ayam boleh digoreng terlebih dahulu)
5 biji Bawang merah – dikisar
6 tangkai Lada Api Merah Siam – dikisar
6 tangkai Lada Api Kampung (Kalau tak makan pedas, boleh tukar ke lada merah dan campur sedikit lada api sedikit ) -dikisar
1 biji Tomato – potong dadu
2 batang Serai – dihiris
4 helai Daun purut – ambil yang muda
2 batang Daun bawang
2 genggam Daun kemangi (kalau tak ada daun kemangi tak perlu letak. Kalau nak cari ada di jual di pasaraya )
3 sudu kecil Gula perang
1 1/2 sudu kecil Garam halus
* Daun kemangi ini tak sama ya dengan daun selasih. Kemangi ini bunganya yang berwarna putih.
Jom Mulakan Kerja-kerja Memasak
Ayam yang sudah dipotong dan dibasuh bersih
Daun kemangi segar. Petik dari kebun kecilku
Gula perang dan garam.
Tomato potong dadu kecil kecil
Serai, daun limau purut, daun kemangi semua dihiris dan asing-asingkan.
Daun bawang potong memanjang
Bawang merah dan lada dikisar, selepas itu. Panaskan kuali tuang minyak secukupnya, goreng bawang dan cili kisar hingga garing dan masak
Masukkan ayam tadi kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan tomato yang dipotong tadi, masak selama 4-5 minit.
Selepas itu masukkan serai, kacau sebati, masak selama 2 minit.
Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau seketika.
Masukkan gula dan garam.
Akhir sekali masukkan daun kemangi dan daun bawang. Masak sekejap. Tutup api. Sedap makan dengan nasi panas panas.
Sumber/Foto : Parmiati Binti Suyudi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!