
Isi Kandungan
ToggleTanggal 23 Oktober 2023 menjadi saksi penyampai radio Fizi Ali menamatkan status duda dan bergelar suami kepada wanita pilihannya pada Isnin.
Fizi atau nama penuhnya Mohd Fafizudin Alimudin, 36 tahun berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto dirinya dan seorang wanita mengenakan pakaian serba putih dipercayai selepas selesai upacara akad nikah.
Akhiri Zaman Duda
Pasangan tersebut dipercayai melangsungkan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.
Walaubagaimanapun, Fizi tidak berkongsi butiran lanjut mengenai muat naik tersebut di laman Instagram miliknya namun menitipkan ucapan ringkas di kapsyen foto tersebut di mana penyampai radio berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur terhadap pernikahan tersebut.

alhamdulillah syukur…bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami..terima kasih semua yang mendoakan yang baik utk kami..semoga doa2 yang baik kembali semula dekat kalian
#offduda
#23.10.23
Kembali Pegang Status Suami
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada 18 Februari 2019. Namun pasangan tersebut bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akhiri Zaman Ibu Tunggal, Natasha Hudson Nikahi Sahabat Lama

Isi Kandungan
ToggleAkhiri zaman ibu tunggal, Natasha Hudson nikahi sahabat lama. Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan Natasha Hudson yang telah menamatkan zaman ibu tunggalnya dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin.
Akhiri Zaman Ibu Tunggal
Pasangan tersebut telah bernikah pada 27 Mac lalu kemudian diraikan dalam majlis santai di kediaman ibu Jay di Bangi.
Pemilik nama penuh Natasha Liana Hudson telah menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran.
Natasha akui Jay merupakan kenalan lamanya. Malah ikatan cinta yang dibina juga tidak lama.
“Dia kenalan lama saya. Kami pun tak nak bercinta lama.
“Keluarga sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.
Pilih Tidak Berada Dalam Kehidupan Silam
“Satu perkara biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga sebelum ini, dia sangat memahami. Saya pun memilih untuk tidak berada dalam kehidupan silam.
“Moga ikatan ini akan menuju ke satu pengakhiran yang baik. Insya-Allah,” ungkap Natasha yang turut memiliki hobi yang sama dengan suami tercinta.
Suami Rakan Niaga
Menerangkan bakal menetap di Langkawi, Natasha terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur.
“InsyaAllah selepas ini, sekitar minggu depan, kami akan pulang ke sana.
“Saya juga akan terus menetap di sana. Cuma anak saya tak ikut kerana bersekolah di ibu kota.
“Hujung tahun lalu, saya ke Pulau Langkawi kerana menguruskan urusan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di sana.
“Akhirnya kami jadi rakan perniagaan dalam usaha menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan.
“Kini, kami jadi teman sehidup semati pula.
“Saya pun nak kena pastikan urusan perniagaan menerusi pusat memanah di Langkawi terus berkembang,” kongsi Natasha.
Menyentuh tentang cahaya mata baik suami dan Natasha hanya berserah. Untuk rekod Natasha sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Menarik Lagi : “Komen Mereka Busana Itu Tidak Sesuai Untuk Orang Berhijab Tak Tepat” Natasha Hudson
Gaun Putih Dedah Bahu, Natasha Hudson Dikritik Netizen “Mereka Nak Cakap Apa Lantaklah”
Penantian 11 Tahun Nak Bernikah, Gigih Kumpul “Tabung Kahwin Lemang Duit”!

Sumber / Sumber Foto : Ihsan Natasha Hudson
Mingguan Wanita : Semoga perkahwinan pasangan mempelai ini bahagia hingga ke jannah.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terjatuh Bilik Air. Dikejarkan Ke Hospital Melaka Enot Patah Kaki Kanan, Tempurung Lutut Retak

Isi Kandungan
ToggleTerjatuh bilik air. Dikejarkan ke Hospital Melaka Enot patah kaki kanan & tempurung lutut retak. Semoga pelakon enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 44, diberikan kesembuhan.
Terbaru pelakon itu telah dikejarkan ke Hospital Melaka akibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya.
Kejadian berlaku pada petang Isnin dan sahabatnya iaitu Shiera juga turut memohon doa orang ramai agar cepat sembuh.
Terjatuh Bilik Air
Seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, enot menerangkan kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak. Pemeriksaan doktor juga turut mendapati tulang belakangnya turut mempunyai masalah.
Pada awalnya Enot merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang.
Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.
“Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah,” sambungnya.
Jatuh Bilik Air Perkara Biasa
Enot yang kini menetap di Melaka turut memberitahu jatuh bilik air adalah perkara biasa bagi dirinya.
“Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut.
“Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans,” sambung Enot.
Menerusi Instagram Stories juga Enot turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Selepas dirawat saya sendiri minta untuk balik rumah lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan,” katanya.
Tanda Pengenalan Tempat Baru
“Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best.
“Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon. Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur bukan jatuh sangat.
“Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru,” katanya.

Baca Disini : ‘Nanti Cucu 20 Tahun, Aku 62..’ Lagi Dua Bulan Enot Bakal Bergelar Nenek Muda
Dulu Tanggung Bekas Suami, Kini Enot Berjuang Lawan Kanser Usus
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Mstar Online
Sumber Foto : Instagram Enot
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malunya Pada Allah, Waktu Umrah Aurat Ditutup Sebaiknya, Tapi Bila Pulang Mula Lupa..” Mila Jirin

Isi Kandungan
ToggleLama tidak mengikuti perkembangan Juara Akademi Fantasia (AF5), Norsyarmilla Jirin,32 atau lebih dikenali Mila Jirin ini. Selepas berkahwin penyanyi ini, dilihat memperlahankan kerjaya seni dan menumpukan perhatian dalam perniagaan,iaitu Katering dan Perancang Majlis Perkahwinan.
Tutup Aurat Sempurna
Pada penghujung Januari tahun lalu, penyanyi ini berkesempatan menunaikan umrah bersama keluarga di tanah suci.Sekembalinya ke tanah air pada awal Februari, Mila Jirin memberitahu dia banyak memikirkan tentang istiqamah dalam penjagaan aurat sempurna.
Mila berkata setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.Perkara ini diluahkan didalam posting Instagram penyanyi ini baru-baru ini.
Berikut perkongsiannya;
“Semenjak balik dari #Umrah2019 dengan @bizmillatravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang “ISTIQAMAH”.Hati seperti berbicara dengan diri sendiri “Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya.Kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???”
“PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya. BENAR…MALU nya pada ALLAH.Waktu mengerjakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya.Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat.Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya Allah.”
Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah.
View this post on InstagramA post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Mila merujuk cara berpakaian yang betul bagi wanita Islam mengikut kehendak agama. Seharusnya ia menutup aurat dengan sempurna, memakai pakaian longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh badan.Rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Lebih Tahu ini telah mendirikan rumahtangga pada 11 November 2015, dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38, yang juga pengurusnya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.

Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.
MW: Mingguan Wanita turut mendoakan agar Mila Jirin kekal istiqamah dan berusaha menjaga aurat dengan sempurna. Pesanan juga buat diri kita, sentiasalah berusaha menjaga aurat dengan sempurna walau dimana sahaja kita berada, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama.
Sumber: mila_jirin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI