Hiburan

“Akaun Tik Tok Adira Disekat, Inilah Tempat Saya Cari Rezeki Selama Ini…

Share

Akaun Tik Tok Adira Suhaimi disekat, “inilah tempat saya cari rezeki selama ini. Baru ini nama Adira menjadi perhatian ramai termasuk dirinya nekad meminta cerai dari  pasangannya, Datuk Red.

Datuk Red yang kini diuji dengan masalah kewangan termasuk mengaku sudah lama bangkrup  mengakui terpaksa menumpang belas ikhlas dari isteri keduanya itu yang banyak menyara keluarga. Malah dirinya turut berkongsi detik pengenalannya bersama pelantun lagu Kesempatan Bersamamu.

Akaun Tik Tok Adira Disekat

 

Inilah Tempat Saya Cari Rezeki Selama Ini…

Dalam pada kisah perceraian mereka belum selesai, Adira Suhaimi diuji bila mana akaun Tik Toknya telah dibanned tanpa sebab yang jelas.

Mempunyai jumlah pengikut 879.1k dengan 13.5 tanda suka, Adira nyata bersedih kerana di platform itulah punca rezekinya selama ini.

 

Tulisnya, “Selamat tinggal. Akaun inilah punca rezeki Ami selama ini,” katanya yang turut berkongsi akaun Tik Tok terbarunya, @adirasuhaimi_.

Bagi sesiapa yang mengikuti Adira sebelum ini, jangan lupa follow akaun barunya itu ya. Semoga dipermudahkan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red

Berkawan Baik Dengan Madu, Adira Akui Suami Kena Main Peranan Penting Serta Perlu Adil

Datuk Red Pertahankan Rumah Tangga, Masih Sayangkan Perkahwinan Dengan Adira

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros