Akar Ketumbar, Minyak Bawang Putih, Buat Kuetiaw Sup Thailand Bertambah Sedap!

Share

Musim hujan ni, memang sedap hirup sup panas-panas. Jika pernah rasa kuetiaw Sup Thailand, memang tak cari sup lain. Lebih-lebih lagi kuahnya ditambah dengan akar ketumbar dan minyak bawang putih memang membangkit selera, makan bertambah-tambah.

Mak-mak yang nak cuba masak Kuetiaw Sup Thailand boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lynda Nazri ini. Senang je rupanya nak buat!

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Kuetiaw Sup Thailand.Ada yang suka? Bau aroma akar ketumbar + minyak bawang putih tu bangkit selera hujan-hujan ni.Jemput makan semua.”

Bahan-Bahan (Kuah):

1ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam(tumbuk)
Lada sulah
Bawang putih(1labu blender)
Akar ketumbar
1ketul Kiub ayam

Bahan-Bahan (Hiasan)

Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(saya ganti sawi)celur
Kacang tumbuk (tapi saya tak guna)
Lobak masin (celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
Serbuk cili kisar (Saya buat sendiri) Nak beli yang thailand pun ada, jangan guna serbuk cili yang jenis Babas or sebagainya, sebab pahit)
Cili jeruk
Daun ketumbar

Baca Disini: Homemade Chili Flakes, Bau Wangi Kurang Biji, Puas Hati Buat Sendiri!

Cara-Cara Membuat:

1. Didihkan air dalam periuk.
2.Masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yang dah ditumbuk halus tadi.
3.Sambil-sambil tunggu didih tumiskan bawang putih yang dah di blend tadi sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi (time ni kuah wangi,bau macam bihun pama).
4.Perasakan garam,aji,gula sikit.Bahan-bahan ni saya agak-agak je ye untuk yang banyak mana saya masak.
5.Tunggu ayam lembut sikit, keluarkan isi ayam yang untuk diracik. Kemudian boleh la hidangkan bersama bahan-bahan hiasan diatas.

Selamat mencuba resepi yang tak seberapa ni.

Baca Lagi Di Sini: Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!

MW: Memang sedap makan kuetiaw sup panas-panas, lagi-lagi masa musim hujan. Mak-mak yang tak nak makan nasi, boleh cuba resipi ini. Aroma rempahnya secukup rasa.

Sumber: Lynda Nazri

Published by
Suhaidah Abd Wahab