Dalam menghidupkan suasana harmoni di negara ini, wanita ini berkongsi cerita cukup unik yang dialami dalam wad wanita dan kanak-kanak di hospital kerajaan.
Bagaimana ikhlasnya ibu berbangsa Melayu ini memberi susu pada bayi berbangsa India yang menangis kelaparan.
Sungguh, keunikan kisah yang dikongsikan Hetty Helfarizan HR ini membuktikan biar apa pun bangsa sebenarnya kita boleh hidup secara harmoni dan bersatu hati. Asalkan dibuang jauh perasaan benci dan dilebihkan perasaan kasih dan sayang.
Kisah ini berlaku pada tahun 2016, dan perkongsian yang viral ini akhirnya membolehkan Hetty (membahasakan dirinya Senah dalam kisah ini) bertemu dengan ibu kepada bayi yang menerima susu dari tubuhnya.
Senah nak dedicate cerita ni untuk meraikan perpaduan dan keharmonian semua kaum di Malaysia. If sesiapa kenal aunty ni, sampaikan salam perpaduan Senah kepada dia sekeluarga.
Kisah ni bermula di Wad Wanita & Kanak kanak di Hospital Tunku Jaafar, Seremban pada 16 & 17 Februari 2016.
Senah selamat lahirkan kembar Hariz & Hasya pada pagi 16hb Februari.. selepas En Petani selamat azan dan iqamatkan, dia balik ke Tampin sebab nak uruskan Hafiz, Hanna dan Hadee pulak.
So Senah keseorangan di wad, dengan czernya dan dengan kembar. Siapa bersalin czer mesti tau azab lepas bius habis, lepas dah cabut tiub kencing.. nurse akan suruh jalan.
Seksa kan?
Waktu tu yang banyak bantu Senah ialah jiran katil Senah yang berbangsa India. Dia belum bersalin waktu tu. Dia tolong angkat kembar gilir-gilir untuk disusukan. Asal dengar kembar menangis, dia first sekali datang tolong. Senah memang banyak berterima kasih kat dia.
Kemudian malam tu katil hadapan Senah pula baru bersalin. Berbangsa India juga. Nurse suruh dia susu badan tapi memang setitik pun tak keluar air susunya.
Nurse urutkan, ajar tapi still susu tak keluar. Nak tak nak, nurse terpaksa bagi bayi dia susu formula tapi bayi tu muntahkan dan refuse susu fm (formula milk).
Sepanjang malam bayi menangis.. pakej dengan kembar sekali la join waktu tu. Si ibu tanya Senah, apa dia boleh minum supaya susunya keluar. Kesian ok. Si ibu dah mula stress.
“Akak…boleh tak tolong susukan anak saya?”
Senah ambil anak dia, Senah susukan… Ya, Senah susukan anak dia. Senah tak kisah anak tu agama apa, bangsa apa.. asalkan anak ni kenyang. Alhamdulillah malam tu anak dia tidur lena ya amat.
Berapa kali dia ucapkan terima kasih. Senah suruh dia try minum horlicks or apa apa yang boleh dijadikan milk booster. Pukul 2 pagi, suami dia sanggup hantarkan. Sweet betul dorang laki bini.
Esoknya maybe dia panggil bidan or tukang urut, alhamdulillah si ibu tadi berjaya menyusukan anak dia sendiri. Ibu/mertua ni dukung cucunya dan datang kepada Senah sambil ucapkan terima kasih. Mereka sikit pun tak marah atau jijik cucunya minum susu badan dari orang Melayu beragama Islam.
Sebelum mereka discaj, mereka bagi buah tangan kepada Senah. Berbotol Twister dia bagi sebab dia kata dia tengok Senah asyik minum Twister.
Now, anak dia seusia dengan Hariz dan Hasya.
Kenapa kita nak bermusuhan dengan kaum lain sedangkan di sekeliling kita masih ada lagi yang baik? Kenapa kita tak boleh menjadi salah seorang yang baik dan mewakili kaum dan agama kita sendiri?
Mak abah Senah selalu pesan, buat baik jangan pandang agama dan bangsa serta warna kulit. Kita sendiri pun ada cacat celanya. Selagi boleh buat baik, berbuat baiklah.
Untuk anak itu, Aunty Senah harap you membesar dalam suasana yang harmoni dan hormati menghormati dengan kaum lain.
I still remember that night, dear. You are so adorable. Suara you menangis boleh buat anak aunty menangis juga tau… hehehehe.
I am Malay but im not racist!
Selepas kisahnya viral, akhirnya Hetty dapat berjumpa dengan famili yang dikisahkan itu. Ibu bayi yang dimaksudkan Shalini Lisha akhirnya membalas catatan di dalam komen facebook Hetty.
“Senah dah jumpa family ni. Terima kasih sebab viralkan… Senah sayang korang keketat.”
Sumber/foto : Hetty Helfarizan HR