Akak JPJ Kongsi Tip ‘Cara Elak Serabut Perut Hadapi Sekatan Jalan Raya’

Share

Mak mak paling berdebar, bila sedang tenang memandu, tiba-tiba ada sekatan jalan raya. Ada juga mak-mak yang jenis panik, berhenti dahulu di tepi. Ambil nafas tenang-tenang baru jalan.

Sungguh cara itu bahaya, sebab polis trafik atau JPJ akan fikir pemandu sedang menyembunyikan sesuatu. Sebaiknya apa yang pemandu perlu buat?

Tip mudah lepasi sekatan jalanraya yang dikongsikan, Hayati Abu Hassan

, Penolong Pegawai Keselamatan Jalan Raya, JKJR Pahang ini antara panduan yang mak-mak boleh cuba. Moga lepas ini tak perlulah panik sampai serabut perut dibuatnya.

Teruslah memandu dengan tenang, walau dalam hati tuhan je yang tahu betapa berdebarnya bila terserempak dengan sekatan jalan raya.

 

7 Tip Mudah Lepasi Sekatan Jalan Raya JPJ Atau Polis

Hati kita asyik berdebar. Serabut perut bila nampak kon JPJ atau Polis. Kadang tak ada silap pun tetap terketar-ketar nak melalui kawasan sekatan jalan.”

Saya kongsi tip untuk memudahkan dan takkan membuatkan kita berlama-lama di hadapan pegawai JPJ atau Polis Trafik seperti di bawah:

  1. Jangan cuba-cuba lari dari sekatan jalan. Depa ada pegawai yang tunggu di lorong-lorong tikus tau. Jarang boleh lepas.
  2. Sediakan dokumen secukupnya. Kad pengenalan, lesen memandu. Roadtax juga!
  3. Jika waktu malam, nyalakan lampu dalam kereta.
  4. Turunkan tingkap.
  5. Senyum dan beri salam bagi yang beragama Islam. Jika bukan Islam, ucapkan selamat malam atau siang.
  6. Tunjukkan dokumen-dokumen tadi walau tanpa diminta.
  7. Apabila selesai dan diarahkan jalan, ucapkan terima kasih. Teruskan tersenyum.

Ha, senang tak? Tak perlu gelabah sampai berpeluh-peluh.

Pegawai yang bertugas pun akan senang hati saja lepaskan kita sebab nampak kita bersedia dan yakin.

Kadang-kadang roadtax mati pun mereka tak perasan kalau confident macam ni.”

Share kalau rasa bermanfaat!

Sumber/Foto : Hayati Abu Hassan

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer