Tidak kisah sama ada hadiah harijadi atau ulangtahun perkahwinan, sebenarnya para isteri boleh cuba bagi kelainan surprise pada suami lain sikit tahun ni. Kadang kala buntu untuk memberikan hadiah atau membuat suprise untuk suami kan. Jika selalu rutin setiap kali menyambut hari istimewa ini dengan makan-makan dan beri hadiah sahaja, sebenarnya para isteri boleh tukar sedikit jenis hadiah yang diberikan dan olah cara pemberian hadiah tersebut. Ia pasti membuatkan suami tersenyum gembira dan bahagia serta menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri.
Cuba idea ini.
Nak bagi hadiah pada suami biarlah ikut perkara yang dia minat atau suka.Khasnya untuk suami-suami yang jenis suka make-up kereta. Kalau bajet banyak, isteri bolehlah belanja suami dengan aksesori kereta seperti sport-rim kereta, spoiler, set audio dan sebagainya. Gerenti suami tersenyum bahagia dengan hadiah ini.
Jika suami jenis suka muzik, tak salah belanja dia tiket ke konsert band kegemarannya. Sejak berkahwin dan ada anak, mungkin dia selalu sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Sesekali layanlah dia tengok konsert. Begitu juga, jika suami kaki bola. Isteri yang sporting dengan minat suami, boleh belikan tiket perlawanan bola sepak yang eksklusif seperti menonton di tempat duduk VIP.
Kalau suami jenis yang suka berjalan-jalan, bolehlah sponsor percutian dengan suami. Jika selalu suami je yang bawa berjalan, keluarkan duit. Sesekali, sempena birthday atau anniversary ni, isteri pula yang belanja suami. Pasti suami gembira. Jika ada bajet lebih, boleh lah ke luar negara, namun jika bercuti dalam negara pun dah memadai. Dah buat suami rasa dihargai.
Banyak je sebenarnya, team yang menawarkan servis buat kejutan sempena birthday atau anniversary ni. Team ini menawarkan set up birthday surprise di rumah atau lokasi yang dinginkan. Biasanya lengkap dengan kek, belon-belon, bunga dan sebagainya. Bergantung kepada permintaan yang diinginkan.
Kejutan ini memang sweet.Tak salah lelaki dapat bunga. Bagi isteri yang inginkan kelainan apa kata sesekali, tempah bunga dan beli hadiah secara online, dan buat penghantaran ke alamat pejabat suami. Suami pasti terharu dan rasa lebih dihargai. Jangan anggap beri bunga dianggap membazir, sebenarnya nilai penghargaan dan momen rasa bahagia tatkala menerima bunga daripada insan yang tersayang itulah detik yang paling ‘mahal’.
Kebanyakkan lelaki memang suka gajet. Kalau rasa diri berkemampuan, tak salah belikan tab, iPad atau handphone baru. Bagi suami-suami yang gila bergambar, boleh hadiahkan mereka barangan fotografi seperti kamera dan perkakasan GoPro dan sebagainya.
Bagi isteri yang tak punya bajet lebih, sediakan masakan yang penuh dengan kasih-sayang dan buat sekali kad ucapan serta doa buat suami, pun dah cukup sebenarnya.Bak kata Mat Saleh, it’s the thoughts that count.
Jadi para isteri boleh lah tiru antara idea ini iya.