Ajar Soal Keintiman Secara Terbuka Di Media Sosial, Tindakan Wanita Dikecam Hebat

Share

Ajar soal keintiman secara terbuka di media sosial, tindakan wanita  dikecam hebat. Tindakan seorang wanita  yang didakwa mengajar bab keintiman secara terbuka di media sosial menerima kecaman ramai.

Malah mereka mengharapkan pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia, JAKIM dan lain lagi mengambil tindakan terhadap individu ini kerana hal sensitif dan isu bilik tidur ini tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

Ajar Soal Keintiman Secara Terbuka Di Media Sosial

Nama individu ini mulai tular dalam minggu ini di mana dirinya bertindak sebagai “penasihat” dan menubuhkan group di telegram di mana ia telah disalah guna oleh kebanyakan suami yang menyertainya untuk berbicara secara terbuka mengenai hubungan intim dengan pasangan masing-masing.

Namun apa yang sangat menakutkan, antara “ajaran songsang” wanita  ini ialah keterbukaannya bercerita mengenai hubungan intim termasuk cara dilaknat agama iaitu hubungan melalui dubur. Lebih menakutkan, dirinya turut menulis tentang perbezaan pelacur dan seorang isteri di mana katanya batin suami perlu dilayani sentiasa.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Usia 80 Tahun Kelar Leher Isteri Hanya Kerana Tolak Ajakan Hubungan Intim!

Isteri Kerap Tolak Lakukan Hubungan, Ini Pandangan Mufti Buat Suami Yang Rasa Teraniaya

Suami Isteri, Bacalah 3 Doa Ini Sebelum & Selepas Melakukan Hubungan Intim Agar Anak Dilahirkan Soleh

Jalin Hubungan Cinta Dengan Lelaki 44 Tahun Lebih Tua, Wanita Ini DiGelar Pengikis

Dalam pada itu, seorang jururawat turut berkongsi kisah seorang pesakitnya meninggal dunia alami kemurungan selepas suaminya menyertai grup telegram ini. Ini kerana suaminya sudah berubah sikap sedangkan masa yang sama dirinya sakit dan tidak mampu melayani batin suaminya lagi.

Tindakan Wanita Dikecam Hebat

Bahkan kala ini di media sosial, mereka meminta agar media sosial wanita direport beramai-ramai kerana ramai berasa malu dengan ajaran diajarnya. Ini termasuk oleh Pengasas Syeedap Thai Food, Liza Idris yang mempunyai 54 ribu pengikut di media sosial kerana berasa malu kerana berasa jijik dengan perkongsian begini.

“Jijik bila terbaca ayat-ayat melucah tanpa tapis di dalam group secara terbuka”.

Dalam pada itu, individu yang mengenali wanita ini turut menasihatinya kerana caranya “berdakwah” mengenai hubungan kasih sayang pasangan suami isteri nyata jauh menyimpang.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros