Ayah ini, Khabbab Jamalludin menerapkan satu didikan dalam diri anak-anaknya agar tak terlalu memilih makanan. Jika yang dihidang depan mata cuma lauk ikan sungai, tetaplah juga anak-anak perlu nikmati dengan penuh kesyukuran.
Bagus sebenarnya kerana melatih diri agar tidak terlalu cerewet mempersoalkan rezeki yang diperoleh. Terutama bab makan harian. Sejak dari kecil lah sebaiknya, anak-anak dididik dengan cara sebegini.
Dalam masa yang sama, mak ayah punya emosi yang sama. Barulah tidak seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Hadamkan perkongsian bapa ini. Ada poin bagus yang boleh dijadikan panduan mak ayah. Penutup itu yang lucu. Sebab, ada juga mak ayah yang terbuat kan..
Baca sini : Dah tak relevan budaya lelaki makan dulu, wanita standby apa tak cukup
Pada saya,
Masakan, makanan yang kita masak dan hidangkan kepada anak anak
adalah antara sebahagian daripada didikan kita buat mereka.
Selain daripada mengajar peri penting mencari makanan yang halal dan baik, kita juga mengajarkan mereka ilmu untuk bergaul dengan masyarakat dan menyesuaikan diri dengan suasana.
Dalam bab lauk misalnya.
Saya tak akan masak hanya yang mereka suka.
Tapi perlahan lahan memperkenalkan mereka dengan lauk yang jarang mereka jumpa.
Supaya kalau disuatu masa, lauk itu sahaja yang ada.
Samada kerana tak mampu atau itu yang dijamu.
Mereka tetap boleh bersyukur dengan rezeki yang mereka terima.
Alhamdulillah, sekarang mereka tak terlalu memilih.
Ikan laut ke, ikan sungai ke semua mereka makan.
Macam hari ini jumpa ikan puyu dekat pasar.
Jadi selain masak ayam gulai lemak cili api yang mereka ‘confirm’ makan
Saya selitkan juga ikan puyu goreng dan gulai.
Dan semua wajib ambil dan rasa.
Sikit pun tak mengapa.
Suka tak suka saya tak kesah, yang penting mereka dah cuba.
Sebelum makan saya juga mengajarkan mereka sifat sabar.
Mereka taat diam berdiri menunggu di samping meja sampai saya selesai ambil gambar.
Mingguan Wanita : Bila tak terlalu memilih makanan, makan berhidang satu keluarga pun boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan.
Sumber/Foto : Khabbab Jamalludin
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW