Kalau nak ajar anak solat, mak ayah dulu kena tunjuk contoh yang baik-baik. Yang boleh buat anak rasa betapa bahagianya bila dapat solat.
Tak susah pun, yang penting mak ayah boleh mulakan dengan curi hatinya dan terus ikut tip yang dikongsi ini.
1. Ajar anak dengar azan
Sewaktu azan, suruh anak diam, dengar dan menghayati sama-sama. Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar.
Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat. Waktu nak solat, suruh anak yang azan atau iqomah. Ini dapat menaikkan semangat mereka untuk solat.
2. Ajak anak cara berwuduk
Sebaik sahaja azan, cepat-cepatlah ajak anak anda berwuduk bersama-sama.
Lagi bagus kalau tampalkan poster wuduk yang menarik minat anak anda di bilik air. Boleh sahaja gunakan karakter animasi yang digemari anak anda. Pasti hari-hari mereka mahu lihat dan belajar untuk wuduk.
Ajar anak sejak dari kecil. Biasakan solat depan anak. Latih anak anda pergerakan solat ketika mereka bermain. Contohnya ajak mereka bersenam tetapi dengan gaya bersolat.
Ads
“Ya Tuhanku, Jadikanlah Aku Dan Anak Cucuku Orang-Orang Yang Tetap Mendirikan Solat. Ya Tuhan Kami, Perkenankanlah Doaku.” Surah Ibrahim Ayat 40
4. Memberi pujian
Tingkatkan kecintaan anak anda tentang solat dengan memberi pujian.
“Alhamdulillah, hari ini abang solat. Bagus anak mama ini. Mama dan abah sayang abang. Allah lagi sayang abang.”
Tambahkan lagi dengan pelukan kasih sayang agar anak anda rasa lebih dihargai.
Ads
5. Dengarkan bacaan dalam solat
Lafazkan bacaan ketika solat dengan sedikit kuat dan dapat didengari dengan jelas oleh anak anda. Ayat-ayat al-Quran sememangnya boleh memberi ketenangan dan perhatian untuk anak lebih fokus mengikuti setiap pergerakan solat.
Tapi perlu diingatkan, pilihlah ayat-ayat yang lebih pendek agar anak anda mudah fokus dan tidak mengganggu perhatian mereka.
6. Solat Berjemaah dan ajak ke masjid
Biasakan diri untuk solat bersama-sama. Dan paling terbaik jika ajak anak anda ke masjid.
Tanamkan perasaan cintakan masjid dan menjaga tingkah laku ketika berada di dalam masjid. Jika mereka sukar untuk mengawal diri, jangan marah. Nasihat dengan lemah lembut.
Ads
7. Sediakan ruang solat khas di rumah
Tampal poster-poster solat berwarna-warni yang dapat menarik minat anak anda untuk selalu masuk ke ruangan solat.
8. Hadiahkan kelengkapan solat
Alangkah seronoknya anak anda apabila menerima hadiah kelengkapan solat yang cantik dan berwarna-warni. Ia dapat mendorong anak anda lebih bersemangat dan seronok untuk solat setiap hari.
Ajak anak anda untuk beli kelengkapan solat mengikut pilihan kesukaan mereka. Semoga usaha mendidik anak akan lebih berkesan jika anak anda menggunakan pakaian solat kegemaran mereka sendiri.
9. Betulkan cara solat anak
Tegur dan ajar cara solat anak anda dengan berlemah lembut dan berhemah.
Sentiasa perbetulkan dan ajar cara solat anak anda untuk dia solat dengan betul.
10. Doa untuk anak
Jangan pernah berhenti berdoa untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah yang mudah diajak solat dan cintakan solat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami sekarang ramai buat-buat lupa kelebihan memeluk isteri. Satu hal yang cukup mudah, lima minit pun tak sampai tapi payah sungguh nak dilakukan. Lagi-lagi kalau dah berumahtangga lebih 10 tahun atau anak dah besar panjang.
Alasannya, malu kat anak atau tak perlu dah nak peluk-peluk. Yang penting, saya sayang awak! Kasih sayang tu sebenarnya kena diluahkan. Barulah hubungan dua pihak makin akrab dan menjadi lebih mesra.
Masa memeluk isteri, sejenis bahan kimia akan dibebaskan. Itu hormon gembira atau endorfin. Ia bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan resah gelisah. Nah! bestkan.
Tak payah dah nak makan ubat bagai.
Dalam pada itu, ada lagi hormon yang akan dibebaskan ketika memeluk isteri. Ini dipanggil hormon cinta atau oksitosin. Tak perlu dah nak meliar cari cinta di luar ya para suami. Peluk saja isteri anda dan hormon cinta akan dirembeskan.
Malah daripada riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW kebiasaannya setiap hari tak lupa mengunjungi para isteri dan akan menghampiri dan membelai walaupun tak mencampuri mereka. (kerana bukan giliran bermalam untuk isterinya).
Akhlak rasulullah SAW dalam menyantuni para isterinya seharusnya dijadikan contoh.
Bukan mudah pun mahu memeluk isteri. Jangan sampai anda fikir memeluk isteri dah tak relevan. Sebabnya sambil-sambil melihat isteri lalu lalang di rumah tu, cuba-cubalah tarik dan peluk seketika.
Bila Waktu Terbaik Memeluk Isteri
1. Ketika isteri sedang berada di dapur; memasak atau membasuh pinggan mangkuk rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Sebab dengan cara surprise ini, isteri yang sedang keletihan akan rasa dihargai dan hilang lelah. Biarpun anda tak membantunya, sentuhan mesra itu sudah cukup membahagiakan.
2. Sebelum keluar ke tempat kerja. Cubalah peluk isteri 10 saat sebelum keluar ke tempat kerja. Kalau dapat peluk seminit lagi bagus. Khabarnya boleh panjangkan usia anda dan isteri sama. Tapi jangan lebih dari waktu itu, lain pula jadinya nanti.
3. Semasa menonton televisyen bersama-sama. Dakaplah isteri di sebelah. Jika cerita romantis yang ditonton, pastinya rangkulan itu akan jadi lebih mesra. Kalau cerita seram yang ditengok, boleh tarik isteri letak bawah ketiak. Eh.. eh.. gurau je ni. Yang sebetulnya, dakaplah dan tenteramkanlah dia yang sedang berasa seram di sebelah.
4. Peluk ketika tidur. Tidur di atas lengan suami adalah nikmat yang paling indah sekali. Peluklah pasangan anda agar terbebas hormon cinta dan hormon bahagia itu.
5. Peluk ketika isteri sedang merajuk. Ini salah satu cara terbaik untuk memujuk isteri yang sedang merajuk. Orang perempuan ini bukanlah nakkan wang ringgit sangat, kalau dia sedang merajuk kata-kata mesra dan rangkulan kasih pun dah boleh memujuk hati yang panas.
Memang ada benarnya perasaan menyayangi cucu itu berbeza daripada sayangnya pada anak sendiri. Lebih-lebih lagi pengalaman mendapat cucu pertama.
Inilah perasaan bahagia yang dialami sendiri ramai wanita yang bergelar nenek mahupun Tok Mama. Termasuklah yang dirasai oleh Puan Sri Normala Samsudin, 58 apabila berpeluang menjaga cucu dan anak yang sedang berpantang selama sebulan.
Terdahulu, pada 16 Jun lepas anak perempuan beliau Dr Ruhila Roslan,30 telah selamat melahirkan cahayamata lelaki yang dinamakan Aamin Yusuf Majid.
Berikut seperti yang dikongsikan di Instagram beliau.
Benarlah kata orang, sayang cucu itu lain daripada sayang anak.
Bagi saya, mungkin di usia tua, kita ini lebih sensitif, merindui saat menatap wajah bayi, lebih matang dan memahami bahasa tangis yang nak direngekkan.
Dulu tika waktu muda sebagai ibu ayah terlalu banyak di kotak fikiran yang perlu difikirkan, kerana tika itu terlalu mentah dalam hal menjaga anak, sudah jadi resam mesti ada emak sebagai guideline untuk menjaga bayi dan dalam berpantang.
Rengekkan & Lenggok Tangis Bayi Mudah Difahami
Menurut Bekas Penyampai Berita Buletin Utama dan Pengacara Rancangan NONA ini lagi, apabila semakin berusia dan sudah menjadi nenek, berdasarkan pengalaman yang ada membuatkan setiap rengekan dan lenggok tangis bayi dapat mudah difahami.
Sudah jadi tok mama, fahamlah erti setiap rengekkan dan lenggok tangis yang sebenarnya. Sebab itu tiap bayi yang baru lahir perlu ada orang tua, kerana bahasa tangis dan rengek itu seakan difahami jelas dalam kotak hati orang yang berpengalaman.
Ini momen tok mama dan Aamin Yusuf. Momen yang akan sentiasa dirindui, sering dikenang dan disyukuri Nikmat. Lahirnya insan kurniaan Yang Maha Esa. Tq for giving me this chance to love and to cherish.. I am a happy gramma indeed. MasyaAllah Tabarakkallah.
Mingguan Wanita: Memang setuju sangat, sayang cucu lain sangat dengan sayang anak sendiri. Malah dengan pengalaman yang ada, memudahkan memahami tiap rengekkan dan lenggok tangis cucu sendiri.
Suami nak kahwin lain… Aku kata mampu ke? Kahwin la. Dijawab mampu. Dia gaji 6k aku 5k. Lepas dia kawen aku tak nak dah bayar segala kewajiban dia. Aku tak kacau gaji aku.
Dia marah aku tak tolong dia lagi kata aku melampau. Aku jawablah ko ikut sunnah aku ikut kewajiban. Kata mampu jadi buktikan. Dia langsung tak mampu. Mana hutang lagi. Nafkah aku dia dah culas… Hebat betul kan…
Suami Mula Buat Perangai
Aku biarkan semua dahulu. Anak-anak pun dah meluat dekat dia dengan perangai dia dah tak tenang kat rumah. Anak-anak tak payah ajar dah pndai menilai lah.
Bil-bil segala dia tak bayar. Dah begelap rumah elektrik kena potong. Tak apa. Aku suruh anak-anak bersabar. Aku suruh dia bayar semuanya lagi sekali. Dia tetap tak nak.
Jangan kau mnyesal wahai suami! Dalam diam aku plan nak pindah kat sabah negeriku tercinta. Segala harta aku kat sini aku jual. Kereta aku ada dua. Dia bagi kereta aku satu kat bini muda dia.
Demi Allah aku tak redha guna harta aku. Aku mita dipulangkan dia tak nak. Aku blik kat sabah bercuti 2 minggu sambil urus perpindahan sekolah anak-anak aku. Di Sabah juga aku tuntut fassakh kat Kota Kinabalu. Lepas dua minggu aku balik KL.
Dia pulang rumah murah surat tuntutan fasak sampai kat dia. Aku cakap la. Ko tak mampu. Rumah ni dah ko serahkan segala tanggungjawab kat aku. Baik aku xda laki. Perangai ko dah macam ni.
Dia Mula Menyesal
Tak apa lah ko kan kebal nak tongkah dosa dunia. Aku bagitau semua tentang perpindahan aku dan anak-anak. Dia menangis meraung. Tak guna dah menangis wahai suami dah terlambat. Hati ku dah tawar.
Rasa percaya tu mungkin boleh dipupuk tapi rasa hormat yang hilang ini tak mungkin ko dapat semula. Aku dah tak nak hormat setia dan taat pada mu lagi… Sebab ko yang ajar aku semua tu.
Ko tak pernah bimbing aku jadi isteri solehah. So rumah tangga ni untuk apa. Bermula la kerja aku kat Sabah. Kami pun da berpisah. Bila renung jauh-jauh tak pernah sangka jadi begni. Zaman ni diorang paksa diri mampu sebenarnya tak. Ada hati tolong orang isteri sendiri pun tak pernah berjemaah.
Lepas berpisah kereta aku yang bini dia gunakan aku suruhlah pulangkan. Tapi diorang tak nak. Aku jual kat bestfren aku tempat kerja lama. Aku bagi kunci lain. Dia p la Aku bagi kunci lain. Dia p la ambik bagitau dia dah beli. Bini ex aku tu mengamok dia whatssup aku macam-macam… Aku krik..krik je.
Tak ada faedah… Tenang hidup aku sekarang. Hanya perlu juga anak dan diri sndiri tak susah pun. Bebas ke sana kemari tak payah minta izin segala. Aku benci lelaki begitu sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumahtangga ibu dan ayahku… Ayahku yang kejam smpai kehari tak ada ruang dia di hati aku. Nantilah aku cerita pula ya. Kalau ada nak follow la… Hahaha. Nak bersiap pergi kerja…