Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah, Baru Tahu Penatnya, Hormat Pada Ibu, Pandai Berdikari

Share

Kerja rumah bukannya dengan mengharapkan ibu dan anak perempuan saja. Kena ajar anak  lelaki kena buat kerja rumah juga. Baru dia tahu penat dan susahnya.

Itulah yang perlu ditekankan oleh mak ayah. Bukan nak merajakan anak tapi sekurangnya dia tahu rasa tanggungjawab dan berdikari bila mak ayah tiada nanti.

Tak bersih dan kurang kemas itu perkara biasa, sekurangnya kita ajar dia buat kerja rumah. Lama-kelaman dia akan pandai dengan sendiri.

Malah, dia akan jadi lebih matang seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Lelaki Kena Biasakan Buat KERJA RUMAH Sebab Perempuan BUKAN Ditakdirkan ‘Hamba’ Lelaki

Jangan Terlalu Manjakan Anak LELAKI, Bimbang Bila Besar Tak Reti Jaga Keluarga

Ajar Anak Lelaki Lebih Berdikari

Kadang-kadang, kita merasakan kerja rumah ni macam biasa je tapi bila anak lelaki buat kerja rumah, ia akan jadi lebih berdikari.

Paling penting, anak jadi makin hormat pada ibu bila dia tahu betapa susah dan penatnya buat kerja rumah.

Nak ajar kenalah bermula dengan anak lelaki buat kerja rumah. Ini antara cara paling praktikal untuk latih anak disiplin dan tanggungjawab.

Selain itu, ajar anak lelaki buat kerja rumah juga dapat mengasih kemahiran & rancang anak kita. Makin pandai la dia urus dirinya sendiri.

Bukan itu je, anak yang biasa buat kerja rumah akan lebih cepat matang berbanding yang tak biasa buat kerja rumah. Jadi ibu ayah, buat kerja rumah bukan nak mendera tapi nak mendidik mereka.

Mingguan Wanita : Kerja rumah bukan ajar anak perempuan saja, anak lelaki pun sama. Baru dia tahu rasa tanggungjawab terutamanya bila dah berumahtangga.

Sumber: Mohd Fhais Salim (@fhaissalim – tiktok)

@fhaissalim Wajib ajar buat kerja rumah, untuk kebaikan dia juga nanti nak jadi ketua keluarga. #parenting
♬ Cool for the Summer – Sped Up (Nightcore) – Demi Lovato & Speed Radio

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora