Ajar Anak 3 Tahun Baca Iqra, Ashraf Muslim Guna Pendekatan Sabar

Share

Pelakon Ashraf Muslim, yang juga bapa kepada empat orang anak ini berkongsi tip mendidik anak bongsunya baca Iqra. Jelas terpancar kesabaran bapa ini semasa mengajar Iqra di rumah.

Pesan Ahsraf tak perlu nak marah-marah anak kecil jika tersalah baca. Asalkan anak bongsunya Safiyyah selesa dengan pengajarannya.

Sememangnya mengajar anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi daripada kedua ibu bapa. Begini Ashraf kongsikan cara bertenang ajar anak mengaji.

Kira boleh bacalah tu..” tulisnya yang turut berkongsi video Safiyyah membaca Iqra.

Bukan senang nak ajar si Safiyyah yang 3 tahun ni. Tapi bila dia tengok abang-abang dan kakak dia baca, dia pun nak jugak. Itupun kita dah seronok.”

Tipnya Sabar, Tak Perlu Marah-marah Kalau Anak Salah Baca Iqra

Nak ajar anak baca Iqraq kena sabar dan bagi dia minat serta suka untuk baca. Jangan marah-marah anak-anak kalau salah baca. Bagi anak-anak selesa.

InsyaAllah road to read Al-Quran akan tercapai tak lama lagi. Nak sangat anak-anak cepat baca Quran supaya dia boleh jadikan amalan dia setiap hari.

Kepada mak ayah ingatlah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak.

Didiklah dengan penuh kasih sayang dan janganlah sesekali berputus asa. Urus masa kita dengan baik bukan sahaja untuk kerja, tapi keluarga pun nak kena ada masa.

InsyaAllah barulah berjaya dunia dan akhirat.

Ashraf Muslim mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Perkahwinan bersama Noor Dayana dikurniakan cahaya mata lelaki, Anas.

Dan perkahwinan bersama Sakinah, diserikan dengan kehadiran, Sarah, Adam dan Safiyyah.

Sumber/Foto : Ashraf Muslim

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer