Ajal terpisah sesaat, isteri menggigil lihat video suami hampir dihempap lori simen terbabas. Tiada apa yang mendebarkan bagi seorang isteri apabila diberitakan mengalami kemalangan. Lebih lagi jika ia melibatkan kemalangan maut saat keluar mencari rezeki buat keluarga.
Namun selagi belum sampai ajal, setiap kejadian yang terjadi menjadi tanda syukur manusia kepada Allah SWT.
Dalam satu kemalangan semalam melibatkan lori simen terbabas di Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, seorang penunggang motosikal terselamat dan hanya mengalami bengkak dan calar sahaja di saat muatan tangki simen hampir menghempap tubuhnya.
Dalam video yang tular di media sosial berdurasi 14 saat itu, di saat lori simen itu mula terbabas, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Epit dilihat cuba menjauhi lori tangki berkenaan dan alhamdulillah, hanya belakang motosikalnya saja yang terkena.
Mujur suaminya dapat mengelak pada saat yang tepat selepas lori tangki ini terbabasBeginilah situasi ngeri dirakam dalam video yang tular di mana seorang penunggang motosikal hampir dihempap. Dipisahkan ajal sesaat
Namun masa yang sama, walau suami terselamat dari kemalangan ini namun debar seorang isteri itu hanya Allah yang tahu.
Dari satu perkongsian di fbnya, Noor Nazrah menulis :-
“Allahuakhbar gigil satu badan dapat video ni. Nangis depan suami. Teresak-esak cakap Allah sayang kita. Allah bagi peluang pada kita. Allahuakhbar maafkan saya syg. Saya selalu buat salah pada awak, tulisnya sambil menambah penunggang motor yang hampir dihempap itu adalah suaminya.
“Alhamdulillah Allah Maha Baik Allah bagi peluang pd kami semua. Lemah semangat tengok video ni. Terus panas badan macam nak demam,” kongsinya.
Motosikal suaminya hanya terkena bahagian sipi sahaja
Dalam pada itu, Noor Nazrah memaklumkan antara rutin suaminya jika sudah sampai ke tempat kerja akan memaklumkan kepadanya melalui WhatsApp. Tapi bila suami menelefon bukan pada waktunya, hatinya akui sangat berdebar tambahan pula rutin suaminya menunggang motosikal ke tempat kerja. Ini kerana berbagai kejadian boleh menimpa dalam perjalanan.
Ads
Alhamdulillah ala kulli hal…
“Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan.”
Setiap pagi kalau dah sampai Epit mesti wassap bgtau dah sampai. Tapi kalau dia call pada waktu yg septtnya die belum sampai opis, hati dah berdebar-debar.. mst ada sesuatu terjadi, debaran seorg isteri yg suaminya pergi balik kerja naik motor setiap hari..
Ads
Alhamdulillah syukur bila dengar suara suami sendiri yang bagitau dia eksiden, selamat dan cuma bengkak dan calar-calar. Allah Maha Besar kalau tengok keadaan tempat kejadian memang sangat gerun bila tengok lori terbalik mcmtu. Allah masih sayang kami semua , masih beri peluang pada Epit Epito sempat mengelak dari dilanggar lori yang terbabas tu.
Doakan semoga Epit cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang banyk membantu. Sesungguhnya saya mmg blur tadi… Lokasi: Alam Budiman
Hargailah orang yang kita sayang, sebab cinta di dunia sekejap sangat sebenarnya. Terima kasih pada Allah bagi peluang untuk kami perbaiki diri.. Saya sayang awak Epit Epito Dunia dan akhirat…
Ramai sebenarnya yang terkesan akibat COVID-19 dan kekurangan sumber pendapatan. Tidak kurang ramai juga yang mengharapkan agar sebahagian duit caruman KWSP dapat dikeluarkan, tanpa perlu menunggu pengeluaran pada umur 55 bagi menampung perbelanjaan harian.
Atas keprihatinan kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat bagi membeli barangan keperluan harian.
Pengeluaran Selama 12 Bulan
Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun. Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.
Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.
“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.
Punyalah bertuah kaum wanita, bukan hari lahir sahaja orang sambut tetapi siap ada hari wanita dan majlis tertentu untuk meraikan pengorbanannya. Salah satunya boleh dilihat menerusi Malam Aspirasi Wanita 2018 yang dibuat di Dewan Hamzah beberapa hari lalu.
Ini semata-mata nak menghargai peranan, tanggungjawab dan sumbangan golongan wanita khususnya di daerah Klang, yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang.
Nak Menghargai Kaum Wanita
Yang Dipertua, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sambutan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun.
“Kita meraikan hari yang istimewa untuk para wanita ini bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta peranan mereka terhadap pembangunan negara.
“Sambutan Hari Wanita juga disambut sebagai perangsang kepada golongan itu dan bagi memenuhi hasrat serta aspirasi untuk terus bergiat lebih aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan organisasi,” katanya ketika berucap di hadapan kaum wanita yang terdiri daripada kakitangan MPK dan jemputan.
Bajet 2018 Untuk Wanita
Agenda pemberdayaan wanita sentiasa diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.
“Buktinya melalui pembentangan Bajet 2018 telah membuka peluang secara luar biasa kepada golongan wanita di negara ini.
“Beberapa inisiatif langsung dan tidak langsung dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan wanita, antaranya mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian sebagai lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun merupakan satu program bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengangkat wanita menerajui posisi,” katanya.
RM72 Juta Khas Buat Mak-mak
Keprihatinan itu juga ditunjukkan Kerajaan Negeri yang turut menyediakan bajet yang lebih mesra wanita berupa RM72 juta bagi meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu menerusi pengenalan inisiatif berkebajikan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kaki kiri dipotong akibat kencing manis itulah nasib yang menimpa ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip. Kasih ibu membawa ke syurga, sebagai anak sudah pasti kita tidak mahu lepaskan peluang menjaga orang kesayangan apabila mereka jatuh sakit.
Sememangnya bukan mudah untuk menjaga orang sakit dan perlukan sokongan emosi. Apatah lagi ibu ayah yang banyak berjasa kepada kita. Mereka perlu dibelai dan diberikan keselesaan sepanjang mendapat rawatan.
Kaki Kiri Dipotong Akibat Kencing Manis
Terbaru penyanyi yang berasal dari bumi kenyalang, Hafiz Suip memberitahu ibunya, Halizawati Salleh, 62, baru saja dipotong kaki akibat kencing manis. Namun ibunya dapat menerima perkara tersebut dengan reda.
“Kami sekeluarga juga terpaksa ‘berkampung’ di hospital lebih kurang sebulan lamanya sepanjang ibu dirawat di sana sebelum ini.
“Bayangkan selepas bertahun hidup dengan kedua belah kaki tiba-tiba sekarang ibu sudah tiada sebelah kaki,” kongsi Hafiz seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Anak-Anak Penguat Semangat
Tambah Hafiz lagi ibunya juga sudah dapat menerima takdir Ilahi dengan keadaan yang menimpa.
“Saya fikir, kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu. Nampaknya ibu juga sudah reda menerima takdir ini dan sudah pandai bergurau dengan keadaan kakinya itu,” luah Hafiz.
Sambung Hafiz lagi, “Disebabkan penyakit itu sudah berkait dengan masalah organ lain serta tahap kencing manis ibu pun sudah terlalu tinggi, doktor menasihatkan untuk potong kaki hingga paras lutut kerana bimbang akan melakukan pembedahan berulang kali sekiranya terkena jangkitan,” katanya.
Tempah Kaki Palsu
Hafiz yang kini sudah menetap di kampung halamannya turut merancang untuk menempah kaki palsu buat ibu. Malah Hafiz juga sering menemani ibu ke pusat perubatan di Kuching dek kerana berdepan masalah kesihatan.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...