Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Sebagai hamba-Nya wajib untuk kita membuat persediaan dan melengkapkan diri dengan segala ilmu bagi menghadapi kematian ini. Paling utama sudah tentu amalan akhirat untuk dibawa bersama, namun tak kurang pentingnya tanggungjawab persediaan urusan kematian diuruskan sendiri sebelum tibanya hari kematian.

Ini kerana ramai yang ambil tidak endah dengan persediaan kematian sendiri, sehingga tahap  ahli keluarga dan waris terdekat terbeban untuk menguruskan jenazah. Sementelah, urusan menguruskan jenazah seperti kain kafan, van jenazah, gali kubur dan lain-lain urusan berkaitan agak mahal kosnya.

Selain itu persediaan kematian yang perlu dititik beratkan juga adalah, kepentingan mempelajari pengurusan jenazah, kepentingan merancang harta sebelum tiba saat kematian baik pengagihan hibah mahupun wasiat untuk menjaga kebajikan waris selepas berlakunya kematian dan sebagainya.

IKLAN

Ajal Maut Rahsia Allah, Bersedialah Untuk Kematian

Ikuti kupasan topik pilihan “Bersedia Untuk Kematian” dalam Mingguan Wanita Talkshow pada esok hari, di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari.

IKLAN

Bersama hos Siti Elizad dan co-hos, Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat membincangkan lebih lanjut bersama tetamu jemputan, Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha (Penolong Pengurus Bahagian Harta Baitumal,MAIS), Abdul Hadri Hakimi (Setiausaha Pertubuhan Ukhwah Kebajikan Van Jelata) dan Selebriti Mawi.

IKLAN

Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa jumpa esok ye semua!

#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#Astroprima105
#Astro Primahd121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI