Ajak Suami Kemas Rumah & Jaga Anak Ada Caranya, Tak Adalah Nanti Buat Sambil Muka Masam Mencuka
Kalau nak suami kemas rumah dan jaga anak, kena pakai petua. Lelaki biasalah ada egonya. Bila disuruh-suruh, seolah-olah macam isteri ‘memerintah’ pula. Itu yang ramai suami-suami rasa tercabar.
Memang ada suami-suami yang ibunya tidak pernah mengajar membuat kerja-kerja rumah. Bagaimanapun apabila sudah berkahwin, sikap menjadi ‘raja’ itu perlu diubah. Di sinilah peranan isteri amat penting dalam ‘mendidik’ suami.
Apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ialah mulakan seawal mungkin ketika di awal perkahwinan. Jangan mengeluh, mungkin si suami rasa janggal untuk membuat kerja orang perempuan atau penat pulang dari tempat kerja.
Untuk elak berlakunya salah faham, apa kata anda mencuba LIMA cara paling lembut dan mesra ini, siapa tahu suami akan terus rajin membantu tanpa diminta apa lagi dipaksa.
1. MULAKAN SEAWAL PERKAHWINAN
Kalau baru berkahwin, elok mulakan rutin seawal perkahwinan agar terbiasa dengan tanggungjawab menguruskan rumah tangga. Di awal perkahwinan adalah masa yang sesuai kerana setiap pasangan mula untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat.
Mungkin si suami tidak diasuh untuk melakukan tugas-tugas mengurus rumah oleh keluarga. Haaa.. inilah tanggungjawab anda, ajak pasangan mengurus rumah. Tapi jangan paksa, bagi dia masa. Gunakanlah perkataan “tolong” setiap kali anda meminta bantuan si suami. Elak daripada ayat yang berunsurkan mengarah atau memaksa.
2. SERAHKAN TUGAS YANG SESUAI
Nak suami membantu, jangan pula kita berikan tugasan yang dia tak suka. Kenal pasti tugas yang sesuai dengannya seperti membuang sampah, membersihkan kipas dan siling, membersihkan longkang, membersihkan tingkap, kemas meja selepas makan, dan sebagainya.
Zaman sekarang ramai suami yang membantu menguruskan anak-anak seperti memberi makan anak, mandikan dan pakaikan baju anak-anak dan ada juga yang memasak.
3. JANGAN SINDIR, BUAT BERSAMA
Agak tengok suami macam tak yakin untuk melakukan tugas-tugas itu, awal-awal elok anda teman. Misalnya, memasak sama-sama, mengemas meja selepas makan bersama, mandikan dan pakaikan baju anak bersama. Bukan sahaja anda dan pasangan anda menguruskan rumah, malah hubungan yang terjalin antara anda berdua akan bertambah erat.
Paling penting, jangan sesekali bandingkan caranya dengan cara kita buat kerja. Mungkin suami kurang teliti berbanding anda atau sebaliknya. Terimalah seadanya dan beri masa buat suami, suatu hari nanti pasti akan biasa melakukannya.
Ads
4. BERIKAN GANJARAN UNTUK SEMANGAT
Berikan hadiah atau ganjaran kepada si suami? Haa… ini akan membuatkan si suami rasa dihargai. Anda boleh memberikan ganjaran dengan memasakkan makanan kegemarannya, belanja menonton wayang atau membelai dengan urutan setelah penat membantu anda memasak di dapur dan mengemas meja makan selepas makan. Eh, tapi jangan sampai mengungkit, ya!
5. PUJILAH PASANGAN
Ya, suami akan rasa dihargai dan buat si dia rasa rela hati untuk tolong anda kemudian hari.
Owh ya, jangan lupa selit motivasi padanya, walaupun si dia membantu dalam menguruskan rumah tangga, dia tetap macho dan lelaki yang gagah perkasa kerana membantu kaum hawa yang lemah. Membantu anda di rumah bukan bermakna si suami dayus atau anda ‘queen control’.
Macam mana kaum wanita, agak-agak boleh tak ‘pancing’ suami untuk tolong kerja rumah selepas ini? Moga ada salah satu tip ini yang boleh dekatkan suami ke dapur dan kemas rumah. Bukan nak suruh buat semua, janji dia ada tolong. Itu lebih dari syukur!
Encik suami kena lebih prihatin jaga isteri berpantang, bukan hanya dalam bab tolong jaga bayi tetapi uruskan emosi mak-mak baru lepas bersalin supaya stabil dan tak berlaku kes meroyan.
Ada ibu yang boleh meroyan kerana sangat letih. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, bila setiap malam tidak dapat rehat yang cukup, maka minda senang menjadi terilusi.
Jadi kalau nak sembuhkan emosi isteri lepas beranak, suami ikut petua yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Ahmad ini. In shaa Allah semuanya akan dipermudahkan…
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin, luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu orang rumah ke tandas,
Tolong isteri banyakkan berjalan,
Mudahkan dia susukan anak,
Tukar lampin anak tanpa susahkan isteri,
Sediakan air mandi isteri nak mandi,
Cuba masakkan untuk si dia dan tolong suap.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
-Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan atau Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita, terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
“Ya Allah ini isteri saya, berikan dia syurga, ganjaran pahala, kesihatan yang baik dan jauhkan dia dari segala penyakit.”
Suami wajib doa untuk isteri, ucap kata yang baik, tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok, isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis, termenung, tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang yang paling sibuk bila nak raya mestilah kaum ma-mak, dia punya otak cukup ligat fikir nak itu ini. Tak ada istilah penat demi puaskan hatinya kalau masuk bab persiapan hari raya.
Macam yang saudara Amir Syahir kongsikan, kalau boleh kaum suami kenalah bertindak ikut kehendak mak-mak. Tak bagi idea tak apa tetapi tolong bertindak kalau isteri minta tolong. Nah, jemput baca dulu bagi faham konsep apa yang suami patut tolong…
Raya kian terasa. Orang yang paling sibuk saat ni semestinya kaum isteri. Dalam kepala mereka banyak yang difikirkan persiapan untuk raya ni. Selagi tak raya, selagi tu lah duk buat persiapan.
Persiapan baju raya anak-anak dan suami kejap je setel. Tapi persiapan baju raya dia sendiri paling last setel. Yang penting anak-anak dulu yang ada baju raya.
Mana taknya, pusing habis satu pusat membeli-belah pastu kata tak cantik lah, tak berkenan lah. Ada tu dah setengah jam belek-belek tudung. Last-last kata takde berkenan.
“Warna yang saya nak tu takdela bang.”
“Tak cantik la tudung kat sini bang. Pergi kedai lain pulak jom.”
Ada juga yang bawa baju siap-siap nak bagi sama tone tudung dengan warna baju. Tengok betapa gigihnya kaum isteri nak nampak cantik di hari raya.
Jangan Banyak Bunyi, Angkut Je Barang
Tu pasal kau kena bagi “me time” dekat isteri tu. Bagi dia masa dan waktu untuk buat keputusan. Karang ada malam raya kau kena ikut dia pergi beli tudung lain. Dah la malam raya tu agak sibuk.
Tugas kau sekarang jaga anak dan bawa barang je. Jangan pandai pandai nak bagi pendapat. Pendapat kau tak power langsung. Baik kau diam. Haha.
Dah jadi lumrah seorang isteri nak keluarga mereka bahagia di pagi raya. Kau sebagai suami rilek je bagi duit belanja. Pandai-pandai lah dorang belanja beli pakaian raya.
Semua Isteri Dah Siapkan
Isteri aku memang kalau raya dia je belikan baju raya. Bincang nak raya warna apa, tup tup dia dah beli. Best juga dah kahwin ni, tak perlu nak fikir dah pasal baju raya.
Tengok-tengok dah siap. Tengok-tengok ada postage sampai. Mungkin masa dorang remaja memang dah berangan bila kahwin nanti nak pakai sedondon dengan suami.
Sebelum puasa lagi isteri aku dah setel bab-bab baju raya ni. Katanya tak nak sibuk dan kalut nak cari masa tengah puasa. Aku ikutkan aje.
Tolonglah Mana Yang Patut
Kaum isteri memang cemerlang lah bab nak beli baju raya ni. Kau warna ungu satu je kenal. Dorang warna lavender lah, violet lah. Banyak warna dorang kenal. Memang tak dinafikan dorang power bab pakaian dan hal ehwal persiapan raya ni.
Itu tak kira nak setelkan kuih raya lagi, persiapan rumah lagi. Jadi, kau kenalah bantu isteri kau bab kemas rumah. Janganlah terbongkang je. Kalau dorang minta tolong apa-apa, kau buat je. Bukan susah mana pun. Jangan banyak cakap, terus buat. Karang mula la dorang kata asyik-asyik dorang je buat itu ini.
Nak Buat Yang Boleh Puaskan Hati
Raya kan setahun sekali. Dorang mesti nak yang terbaik buat keluarga. Kau ikutkan je lah selagi apa yang dorang buat tak membawa kepada pembaziran.
Persiapan raya korang macam mana? Dah beli baju semua? Setel awal-awal kan senang. Tak kalut nanti dekat nak raya. Tapi jangan sampai membazir pulak ye.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak pasti pernah mempunyai seribu satu kisah dan detik cemas sewaktu melahirkan anak. Setiap anak yang dilahirkan biasanya miliki pengalaman yang berbeza, baik bersalin secara normal mahupun pembedahan.Meskipun sakit bersalin adalah sukar namun ia antara momen paling terindah dan sangat berharga bagi seorang wanita untuk dikenang.
Pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Rosliza binti Rosli, 31 atau lebih dikenali sebagai Leez Rosli juga pernah mengalami detik cemas ketika melahirkan cahaya mata pertamanya,Nur Safiyya Alisha yang kini genap berusia 2 tahun.Rupanya, keadaan Alisya ketika itu berkedudukan songsang dan tali pusat atas leher menyebabkan pelakon ini terpaksa memilih kaedah pembedahan czer ketika melahirkan anak kesayangan.
Perkara ini dikongsikan didalam menerusi posting di Instagram (IG) beliau baru-baru ini bersempena tarikh kelahiran Safiyya yang jatuh pada 4 April.
Berikut antara perkongsian tersebut:
“04/04/2016 tarikh keramat dalam hidup Umi.. Umi tak dapat rasa sakit contraction ,sebabnya kamu duduk songsang dalam perut umi tak nak pusing-pusing.Tambah pulak tali pusat atas leher. Jadi daddy yang buat keputusan (buat pembedahan sahaja) punya dia sayang anak dia yang sorang ni.Yang umi pulak dok fikir,aduuuu operate ni comfirm badan susah nak turun. Macam mana ni? Merata google pasal czer apa semua.”
“Tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan untuk umi walaupun masa nak czer tu, neves ya rabbi..sampai sesak-sesak nafas masa baring (perut tengah dilapah masa tu) di temani daddy dekat sebelah.Bukan main kuat umi cengkam tangan daddy.Keluar-keluar je semua staff nurse dan doktor jerit “besarnya baby!! Bulat nya baby!!” Yaaa,tengok la gambor tu.. pipi macam simpan bola pingpong.”
“Ni kali pertama umi dapat dakap.. itu pun hampir setengah hari lepas czer baru dapat jumpa.. Ya Allah, tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa ni.”
“Syukurrr Ya Allah bagi nikmat rezeki ini.Semoga Nur Safiyya Alisha Binti Noorsyaiful ini menjadi anak yang solehah..berjaya di dunia serta akhirat.
“Tak lupa hakak juga mendoakan semoga para suami isteri yang masih menunggu, semoga Allah kurniakan anak-anak syurga pada kalian. sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang! Happy Birthday anak umi!! ? #alishaturns2
Terdahulu, sebelum melahirkan Alisha, Leez yang merupakan isteri kepada vokalis kumpulan Drama Band, Aepul,30 atau nama sebenarnya Noorsyaiful Md Zalaludin pernah mengalami keguguran sebelum ini.Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2014.
Team Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Alisha, semoga jadi anak yang solehah, menggembirakan hati umi dan daddy iya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...