‘Aisyah Kuat Sikit Ya, InsyaAllah Cantik Macam Dulu’ Tolong Doakan Bayi 17 Bulan Ini Dapat Lawan Trauma

Share

Setiap hari ibu bayi ibu 17 bulan yang pernah hilang diculik warga Nepal ini akan berkongsi perkembangan terkini anaknya, Nur Aisyah Hasmizan. Lagi-lagi seluruh tubuhnya masih belum pulih kesan dari gigitan serangga ketika ditinggalkan bersendirian di dalam semak samun dekat pencawang elektrik di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, Muar, Johor.

Terkini, maklum ibunya, Noorfadila Yusofe, 30 setiap hari sebaik terjaga dari tidur Aisyah mesti menangis. Barangkali trauma masih bersisa kesan kekejaman yang dilakukan ke atas diri si kecil ini. Cuma nak ayahnya saja, Hasmizan Othman, 35. “Tapi tidur tetap nak peluk mama. Kalau dah nangis susah tau nak pujuk. Manja sangat ni. Aisyah memang manja dengan papa. Siap tak nak tengok mama lagi.

Aisyah kuat lawan sikit ya trauma tu. InsyaAllah Aisyah cantik macam dulu.” Doa Noorfadila pada anaknya yang masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya itu.

Dari sehari ke sehari, facebook ibu ini tidak putus-putus dengan kiriman doa dari rakyat Malaysia yang prihatin dan jatuh kasih selepas mengetahui kisah anak kecil ini.

Terlalu Ramai Sayangkan Aisyah

Kongsi Noorfadila lagi, semalam anak perempuannya itu alami demam. Dan dia mohon warga Malaysia mendoakan anaknya itu.

Ya Allah terlalu ramai sayangkan Aisyah. Mama tak sangka sangat-sangat. Ramai tunggu perkembangan terkini Aisyah. Ramai sangat-sangat pm sehingga tak terbalas. Mana sempat saya balas ya.

Ramai sangat nak bagi Aisyah macam-macam. Rezeki Aisyah. Aisyah pembawa rezeki kepada kami juga. Banyak sumbangan saya dapat. terima kasih semua. Saya tidak mampu membalas budi baik anda dengan harta tapi saya berdoa moga Allah membalas segala kebaikan anda semua.”

Barangan Anda Memang Dah Pos Segalanya

Dalam diuji anak sakit ini, Noorfadila sebenarnya perlu juga menyelesaikan urusan niaga yang telah dilakukan sebelum ini. Dia tetap berusaha untuk melunaskan setiap tanggungjawabnya.

Kepada pelanggan-pelanggan saya. Saya kehilangan data anda semua. Jika anda terbaca post ini, saya mengalami pelbagai dugaan 2 hari ini. Saya harap anda semua faham.

Jika barang anda belum sampai itu kerana keadaan pos nak raya terlalu pack tapi saya memang dah pos.”

Ujarnya lagi, kepada pelanggannya yang dia tak dapat ingati nombor tracking atau mempunyai masalah boleh menghubungi talian whatsappnya : 014 712 4248.

Saya cuba ingat siapa anda dan cari detail tentang anda. Saya tak lupa tentang barangan anda. Saya memang dah pos segalanya. Terima kasih masih sudi percayakan saya.”

Sememangnya selepas kejadian tempoh hari telefon bimbit Noorfadila masih gagal ditemui.

 

Anak Pembawa Rezeki

Sambung ibu ini lagi, “Anak pembaca rezeki. Dalam awak diduga, sakit, merana tapi awak tetap anak pembawa rezeki kepada keluargamu. Ramai sangat sayangkan Aisyah. Banyak sangat kami dapat daripada anda semua.

Terima Kasih..

√      Kepada staf-staf hospital yang bagi Aisyah duit dan kata-kata semangat pada mama Aisyah

√      Pada sumbangan-sumbangan dari semua penyumbang di dalam fb, mama hampir tak kenal semua tapi mereka gigih nak sumbangkan Aisyah ubat, hadiah dan duit pada Aisyah. Terima kasih semua.

√      Pada akak kita Ainny Midie Akleema Aqeel yang menggantikan hp kita yang telah dicuri. Terima kasih sangat-sangat kak.

√      Pada YB PAS DUN Jorak, Haji Najib atas sumbangan duit dan hamper.

√      Kepada Ada BC Mary Kay bagi hamper sampai 2.

√      Pada BFF kita Siti AMinah Ahmad bagi surprise bouquet coklat/bunga pada kita, runner siap tambah patung untuk Aisyah.

√      Pada Chena Ezan bagi KFC dan mainan pada Aisyah

√      Pada Hafiz Minan bagi makanan

Terima kasih buat semua kerana sudi datang dan bagi macam-macam. Kebaikan anda semua saya tak mampu balas dengan wang ringgit tapi saya doakan kamu semua dimurahkan rezeki dan diberi ganjaran suatu hari nanti.

Sumber/Foto : Diela Yusofe

Published by
Netty Ah Hiyer