Dalam Negara

Aisyah Hijanah Buat Perjanjian Pindah Milik 100 % Harta Sepencarian, “Secure Your Rights & Your Efforts…”.

Share

Aisyah Hijanah buat perjanjian pindah milik 100% harta sepencarian, secure your rights & your efforts. Pasti ramai tidak menyangka  betapa bijaknya tindakan usahawan dan pempengaruh Aisyah Hijanah hingga dirinya dilihat beauty with brain.

Dalam ramai berasa kasihan kepada dirinya kerana dikhianati cinta suami, Mohd Hazalif Mohd  Hazani atau dikenali sebagai Aliff Teega yang berkahwin dalam diam dia Siam, secara professional dirinya membina harapan buat dirinya dan anak-anak apabila telah membuat satu perjanjian mengikut undang-undang dengan memindah milik semua harta sepencarian yang dibina semasa perkahwinan kepada dirinya 100 peratus.

Aisyah Hijanah Buat Perjanjian Pindah Milik 100 % Harta Sepencarian

Beauty with brain,  pempengaruh ini sempat berpesan kepada wanita yang dipoligami agar tidak terburu-buru untuk bercerai sebaliknya bersabar dan bawa bertenang seperti dikongsikan di instagramnya dengan memaklumkan kini semua aset perniagaan@ hijanahofficial, rumah, kereta dan lain lagi kini miliknya 100 peratus.

Berikutan ini perkongsiannya.

“Dont let your emotions defeat your intelligence”

Betul, memang perempuan Tuhan jadikan lebih emosi berbanding lelaki. But never let your anger to destroy your intelligence. Jangan buat keputusan bila marah ataupun sedih, sebab itulah yg akan merosakkan semuanya. Sebab itu, Nabi saw pun ada pesan, yg paling kuat dalaam kalangan kita adalah yg mampu menahan marahnya

Bagi wanita yng dipoligamikan, Aisyah harap posting kalini membantu utk anda semua. Poligami bukanlah perkara yang Haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima. Always remember to secure yourself & the kids. Jangan terburu-buru untuk bercerai. Jaga kesucian hati kita. Sabar & cuba bertenang dahulu. Be mindful of whats happening & how you encounter every single thing.

“Secure Your Rights & Your Efforts…”.

Biiznillah, Segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share @hijanahofficial 100%, rumah, kereta & aset-aset yang lain. Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita.

Secure your rights & your efforts. Catat semua aset bersama & buat satu agreement khas. Kalau mampu hire lawyer, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang & berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Dont give up too early.

Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure & jaminan utk diri & anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk & cari jalan yang terbaik. You have to control your emotion & stay calm. If not, everything will ruin.

Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian yang sama, diberikan kekuatan & ketenangan hidup bersama suami & anak-anak. Semoga membantu.

Terima kasih @alifteega kerana kerjasama dengan baik & beri hak yang sepatutnya. Semoga Allah mudahkan urusan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nurul Izzah Beri Semangat Buat Aisyah Hijanah, “Moga Terus Kuat…”

Harta Sepencarian Boleh Dituntut Dalam 3 Keadaan Ini, Begini Caranya

Demi Harta Sepencarian, Suami Tergamak Cabut Atap Rumah Bekas Isteri Selepas Bercerai

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros