Berita

Aisyah Aziz Berhijab, Berdoa Allah Kurniakan Hidayah Fahami Erti Kesederhanaan & Tidak Kejar Duniawi

Share

Aisyah Aziz berhijab. Tahniah diucapkan buat adik kepada Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz yang kini sudah berhijab. Akui penyanyi yang berasal dari Singapura itu lagi dirinya mula berubah sejak setahun lalu apabila belajar memantapkan solat. Sejak itu, dirinya mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.

Pemilik nama sebenar Nur Aisyah Aziz, 30 turut meluahkan dirinya tidak menyangka tindakannya itu bagai satu jawapan kepada doa yang pernah dipanjatkan kepada Allah SWT dalam proses memperbaiki diri.

Aisyah Aziz Berhijab

Sempena tahun baru 2024, Aisyah meluahkan dirinya berasa sangat bertuah kerana dikurniakan hidayah.

“Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjuk-Nya selain kuat melepaskan apa yang perlu.

“Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.

“Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi inspirasi selain mendapat ketenangan dalam jiwa,” ungkapnya seperti mana dikongsi menerusi Instastory miliknya.

Erti Kesederhanaan & Tidak Mengejar Duniawi

Aisyah turut menyatakan sejak proses itu dirinya lebih mengerti tentang kesederhaan dalam hidup dan tidak lagi mengejar duniawi.

“Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghidari daripada perkara yang berkaitan duniawi.

“Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun.

“Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja,” kongsi Aisyah yang cantik berhijab.

Baca Disini : Aliff Aziz Sentiasa Ingat Pesan Ummi

Sumber : Instagram Aisyaah_Aziz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

 

Published by
Norhayati Suboh