Aisyah Aziz berhijab. Tahniah diucapkan buat adik kepada Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz yang kini sudah berhijab. Akui penyanyi yang berasal dari Singapura itu lagi dirinya mula berubah sejak setahun lalu apabila belajar memantapkan solat. Sejak itu, dirinya mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.
Pemilik nama sebenar Nur Aisyah Aziz, 30 turut meluahkan dirinya tidak menyangka tindakannya itu bagai satu jawapan kepada doa yang pernah dipanjatkan kepada Allah SWT dalam proses memperbaiki diri.
Aisyah Aziz Berhijab
Sempena tahun baru 2024, Aisyah meluahkan dirinya berasa sangat bertuah kerana dikurniakan hidayah.
“Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjuk-Nya selain kuat melepaskan apa yang perlu.
“Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.
“Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi inspirasi selain mendapat ketenangan dalam jiwa,” ungkapnya seperti mana dikongsi menerusi Instastory miliknya.
Erti Kesederhanaan & Tidak Mengejar Duniawi
Aisyah turut menyatakan sejak proses itu dirinya lebih mengerti tentang kesederhaan dalam hidup dan tidak lagi mengejar duniawi.
Ads
“Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghidari daripada perkara yang berkaitan duniawi.
“Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun.
“Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja,” kongsi Aisyah yang cantik berhijab.
Insentif RM500 ibu bersalin, apa jadi bila Parlimen sudah bubar sebelum belanjawan 2023 diluluskan? Jumaat lalu, ramai ibu-ibu dari penerima Bantuan Keluarga Malaysia mampu mengukir senyuman bila mana bakal menerima bayaran tunai one off sebanyak RM500 bila melahirkan anak.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, insentif ini bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia. Peruntukkan sebanyak RM150 juta disediakan untuk one off ini.
Pengumuman bajet tersebut mendapat perhatian ramai kerana disifatkan sebagai belanjawan paling besar dalam sejarah dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion oleh kerajaan.
Namun Isnin, berikutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam pengumuman khas memaklumkan parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya ke-15 dalam masa terdekat.
Apa jadi kepada semua “janji manis”dalam Belanjawan 2023 tersebut kerana ia masih belum sempat dibahaskan di Parlimen sedangkan Parlimen sudah dibubarkan dalam situasi yang dianggap tidak kena pada masa kerana negara berdepan banjir. Bahkan ada negeri-negeri sudah dilanda banjir dan penduduk dipindahkan.
Memetik Sinar Harian mengenai persoalan budget “tergantung”ini, pada Jumaat, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut yakin bahawa Bajet 2023 tidak akan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat pada minggu hadapan.
Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah menyifatkan bajet tersebut sekadar untuk ‘menyedapkan’ hati dan hawa telinga rakyat.
Ujarnya, pembentangan belanjawan itu tidak bermakna sekiranya Parlimen dibubarkan. Dan ternyata ianya benar terjadi kerana belanjawan 2023 itu terus tergantung hingga kini. Bermakna semua yang dijanjikan “hanya sekadar atas kertas”buat masa ini kerana tiada pihak meluluskannya lagi.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman pada Jumaat berkata, kerajaan perlu memastikan peruntukan yang disalurkan dalam Bajet 2023 dapat dipercepatkan supaya ekonomi negara lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan kemelesetan ekonomi global pada 2023.
Menurutnya, kepantasan agihan peruntukan terutama melibatkan bantuan kepada rakyat dan perniagaan itu sangat penting bagi melindungi ekonomi negara daripada krisis tersebut.
Apa yang pasti, biarpun banyak manfaat ditawarkan oleh rakyat melalui Bajet 2023, namun sudah tentu belanjawan yang baru dibentangkan ini akan menimbul pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak berkepentingan khususnya daripada parti politik.
Tuntasnya, politik perlu diketepikan terlebih dahulu, sebaliknya fokus pada agenda untuk rakyat serta masa depan negara dalam mendepani krisis cabaran ekonomi getir pada tahun depan.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu, 1 Ramadan yang disambut semalam negara dikejutkan dengan tragedi berdarah apabila tiga beradik kehilangan nyawa dan empat yang lain parah, gara-gara ditetak oleh seorang lelaki kurang siuman.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiga kanak-kanak maut manakala empat parah selepas ditetak lelaki dipercayai kurang siuman dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh dekat Rungkup, petang semalam.
Tiga beradik yang maut berusia antara dua hingga lima tahun manakala empat yang parah termasuk ibu ketiga-tiga mangsa serta dua pelajar sekolah bagaimanapun masih belum dikenal pasti. Mangsa yang maut merupakan Nur Ziah Fasihah Mohd. Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ketika kejadian, lelaki yang dipercayai kurang siuman menceroboh masuk ke rumah didiami tiga mangsa dan ibunya. Jelasnya, suspek yang merupakan rakan kepada bapa ketiga-tiga mangsa bertindak menceroboh rumah tersebut.
“Suspek dipercayai melibas parang ke arah ketiga-tiga mangsa dan menyebabkan mereka maut di lokasi kejadian.
“Selain itu, suspek turut menetak ibu mangsa, Zuraidah Md. Ali, 35, sehingga menyebabkan pergelangan tangan kirinya terkulai dan ibu jari kanannya putus,” katanya.
Bersenjatakan Parang
“Dalam tempoh setengah jam kemudian, suspek yang berusia 37 tahun menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa, menetak dua pelajar sekolah dan seorang orang awam.
Beliau berkata, polis bagaimanapun berjaya menahan suspek berdasarkan maklumat orang awam dan merampas senjata digunakan suspek iaitu parang.
“Siasatan masih diteruskan dan setakat ini polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali ketika dihubungi, berkata suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan tinggal tidak jauh daripada rumah mangsa.
“Sejak dua tiga hari lalu, dia kelihatan macam tidak berapa sihat dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan yang sebegitu kejam di hari pertama berpuasa,” katanya.
Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan menerima rawatan lanjut.
Allahu berat sungguh dugaan buat keluarga ini pada permulaan Ramadan tahun ini. Salam takziah diucapkan, semoga keluarga ini terus tabah dan diberi kekuatan untuk menerima takdir serta ketentutan tuhan. Al Fatihah.
31 Ogos ini rakyat Malaysia akan raikan sambutan Hari Kemerdekaan tanahair yang ke-62. Sama seperti orang lain enam Peneraju Bernama Radio ini pun tak ketinggalan meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara. Sedondon memakai tudung merdeka.
Kata Peneraju Kanan, Nazira Noran, “Kami teruja melihat ramai cikgu sekolah bergambar pakai tudung corak bendera Malaysia. Kami pun terjebak dan seronok melihat cikgu sekolah dan anak murid bersemangat memakai pakaian ala kemerdekaan.”
“Apa salahnya, jika kami semua bertudung sedondon. Memandangkan semua peneraju di Bernama Radio sekarang bertudung. Kecuali Amar Yusoff, tak dapatlah dia pakai tudung.”
Pilihan memakai tudung sedondon di konti juga berentetan dengan melihat di kebanyakan laman sosial malah instagram kebanyakan peniaga tudung yang menawarkan pelbagai jenis tudung. Antaranya kain bawal, shawl, kain satin, kain crepe dan sebagainya.
“Baju mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Jadi, kami memilih untuk sedondon bertudung corak bendera.”
Beli Tudung Merdeka Bawah RM10 Di Jalan TAR
Bukan peneraju saja teruja, malah pendengar radio juga teruja sama. Bertanyakan di mana, mereka membeli tudung corak bendera ini.
“Ramai tanya kami beli tudung kat mana. Termasuklah pendengar setia kami. Kami pergi cari tudung ni cuma di Jalan TAR. Harganya pun bawah RM10 sahaja.”
Dalam laporan Sinar Harian, turut menyebut trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan terbaru di pasaran sempena Hari Kebangsaan nanti.
Yang mana, warna asas Jalur Gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih menjadi warna asas rekaan tudung yang dihasilkan dalam bentuk selendang mahupun bawal.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.