Aiskrim Asam Boi Bertambah SEDAP, Tambah Perahan Limau Kasturi Sikit!

Share

Aiskrim asam boi, salah satu perisa Aiskrim Malaysia yang cukup ‘legend’. Dari kecil hinggalah ke usia emas ramai yang suka.Rasanya yang masam-masam manis, cukup melegakan tekak sewaktu musim panas.Nak buat untuk makan sendiri dengan anak-anak boleh, atau nak buat jual pun boleh sangat. Sebab harga aiskrim Malaysia sekarang ni boleh tahan juga harganya.

Rupanya nak buat aiskrim asam boi yang lembut, gebu dan bertambah sedap kena campurkan dengan sedikit tepung jagung dan perahan limau kasturi.

Caranya dikongsikan oleh Puan Ida Alina Salleh ini sebagai panduan;

“Hari makin panas di sini. Ada benda legend ni dalam freezer, rasa macam kanak-kanak riang! Alhamdulillah. Sedapnya.Saya tambah perahan limau kasturi sikit seperti saranan kawan. Saya letak juga sikit tepung jagung untuk haluskan ais – ada yang kongsikan tip ni di group ni.Terima kasih.”

Hari tu beli RM1.50 satu. Disebabkan sedap, maka terjebak sampai termakan dua sekali jalan. Terus beli bahan nak cuba buat di sini. Sementara bahan masih ada, saya buat dan kongsikan resepi. Semoga ada yang gunakan resepi ni untuk buat berjual tambah pendapatan.

Tujuan campur tepung jagung tu untuk haluskan ais, limau kasturi pula tambah umph- Terima kasih pada mereka yang share tips-tips ni.

Resepi Ais Krim Asam Boi- Saya masih proses trial and error. Ais tu memang halus, Alhamdulillah saya dapat 24 aiskrim.

Resepi Ais Krim Asam Boi- Saya agak-agak, boleh adjust ikut rasa masing-masing.

Bahan-Bahan:

2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
24-30 asam boi.

Cara Membuat:

1.Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi.


2.Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
3.Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.


4.Sejukkan
5.Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.


6. Tapiskan air. Ketepikan asam boi. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Letak air asam boi. Ikat. Bekukan semalaman.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

Rahsia Sambal Belacan Kaw, Kena Letak Parutan Kulit Limau Kasturi Tapi Ada Caranya Agar Tak Pahit

Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!

Ini Cara Buat Sendiri Aiskrim Kacang Merah Homemade Lemak Berkrim, Lebih Sedap Dari Beli Di Kedai!

MW: Jadi buat mak-mak yang suka aiskrim asam boi,boleh cuba tip dan resipi yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Ida Alina Salleh

Published by
Suhaidah Abd Wahab