Aishah berang keturunannya dihina lepas tersingkir All Stars GV, “balalah kau Azwan Ali…”
Semalam perjuangan Datuk Aishah di program realiti All Stars Gegar Vaganza berakhir apabila menduduki tempat terendah dari kesemua peserta.
Menjadi peserta ketiga tersingkir, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 58, yang berduet dengan Vince menerusi lagu Terlanjur Bercinta gagal menambat hati juri untuk kekal di minggu berikutnya.
Bercakap kepada semua, ia mungkin doa orang ramai berikutan penyingkirannya itu.
“Saya rasa ramai juga doa orang di sana dah makbul tengok saya keluar tapi anyway terima kasih kepada semua.
“Saya happy esok boleh tidur. Terima kasih semua,” katanya.
Namun di sebalik penyingkirannya itu, tercetus sesuatu yang kurang enak. Keceluparan personaliti Azwan Ali yang kerap melaser orang lain memburukkan hubungan antara kedua selebriti ini di masa hadapan.
Dalam komen menghinanya, diva bermulut lancang ini menulis di aplikasi X memuat naik status berbaur kasar dengan penyingkiran Aishah berbunyi: ” Si skirt tiga kali Jumaat (merujuk Aishah) tersingkir. Padan muka. Kau pergi melalak depan keturunan bangsat kau.”
Hal ini mendapat reaksi segera dari Datuk Aishah yang nyata tidak mampu menahan sabar dengan kelancangan mulut Azwan Ali.
Sebentar tadi di instagramnya @aishahjmm, Datuk Aishah memuat naik kenyataan tidak akan memaafkan Azwan Ali. Mengakui dirinya tidak mampu bersabar kerana berani menghina keturunannya yang disifatkan melampau.
“Allahuakbar, ya Allah ampunkan dosa-dosaku hamba-Mu yang lemah. Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dgn baik tetapi masih tak habis-habis dengan kata nista. This time I take serious offence kerana dia mencuit keturunan dan family.
Meminta agar Azwan menarik balik coretan kasarnya itu, Aishah menjelaskan diri tak teragak-agak untuk menyaman personaliti yang kerap menimbulkan suasana tidak senang pada mereka yang dilasernya.
“Please delete Azwan Ali. Jangan sampai I have to take you to court. Kalau you rasa you boleh lepas di mahkamah dunia, I am telling you Insyaallah pembalasan akan sampai.This time you have gone too far.!!!!!!
Masa yang sama, jelas Aishah dirinya tak mampu memaafkan lelaki tersebut.
“I angkat tangan tinggi mohon Allah SWT beri pembalasan yang setimpal kepada you. I takkan ampunkan you menghina keturunan I. Balalah kepada kau Azwan Ali!
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Berat Badan Datuk Aishah Kalah Anak Dara
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Semoga Shila tabah harungi dugaan bersama adik beradik. Shila sememangnya wanita kuat dan dari kecil sudah bekerja untuk keluarga tersayang. Besar pengorbanan anak perempuan ND Lala ni.