Esok bermulanya bulan puasa yang cukup dinantikan kehadirannya. Setiap kali waktu berbuka, selain juadah makanan yang lazat, minuman yang sedap juga turut mendapat perhatian untuk disediakan setelah seharian menjalani ibadah berpuasa ini. Jika mak-mak inginkan minuman yang sejuk, berlemak, manis dan kaya dengan pelbagai khasiat buah-buahan,boleh lah mencuba resipi air viral ‘Dragon Mix Fruits’ yang merupakan kegemaran keluarga Nur Yushanun Yusof
ini.Berikut antara perkongsian resipi minuman ini;
“Saya nak kongsikan air yang menjadi kegemaran keluarga saya, kalau time berbuka memang berebut kami adik beradik.Senang jer resepinya.”
Buah Naga Merah
Buah Mangga Masak
Anggur Manis
Laici tin (sekali air)
Susu Pekat Manis
Air masak
Ais batu
1. Potong dadu semua buah-buahan tersebut.
2. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kemudian masukkan ais batu.
Siap untuk diminum!
Pewarna adalah dari buah naga, tak perlu campur apa-apa pewarna.
Selamat Mencuba!
Sumber: Nur Yushanun Yusof