Resipi Air ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’, Nikmat Terasa Bila Berbuka! Memang lain daripada yang lain, setelah seharian berpuasa nikmat berbuka cukup terasa apabila dapat minum ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’ ini. Cukup sempurna lemak, manis rasa vanila nya. Jika selalu beli air di bazar ramadan, mak-mak boleh buat sendiri air ni di rumah. Mesti laku nanti, anak-anak suka.Bahan-bahan tak banyak, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi air mudah yang dikongsikan oleh Puan Nordiana Ab Kadil ini sebagai rujukan.
Nikmatnya terasa bila berbuka puasa dengan :
VANILLA BLUE WITH ICE CREAM
Bahan-Bahan;
3 cawan Air masak 5 Esen vanila(saya guna penutup botol esen)
Setengah tin Susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji 1 Pewarna biru(guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila
Ads
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan aiskrim vanila dan kiub ais. Kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna.
Mingguan Wanita: Menariknya air ni warna biru. Cukup menarik perhatian dan sangat sesuai dibuat ketika berbuka puasa atau hari raya nanti. Tak perlu beli di Bazar Ramadan, boleh buat sendiri je.
Ada caranya untuk buat sandwich tebal, banyak inti tak muak dan paling penting cantik potongannya tak senget mahupun berterabur. Bukan apa, bila tengok sandwich yang disediakan di hotel mahupun di restoran,nampak sungguh sedap, cantik elok potongannya dan tak muak.
Sempena sekolah dah kembali di buka ni, mak-mak boleh sediakan sandwich mudah ini macam kita makan di hotel atau restoran untuk anak-anak dan keluarga.Nak buat jual pun boleh sangat.
Ikut resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.
Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul-betul macam makan di restoran atau hotel. Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak.
Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal. Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu-ibu mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak-anak tersayang.
Dua potongan sandwich, kentang goreng dan telur rebus disaluti sos bijan panggang (kesukaan suami saya).Saya beli yang ini. Jenama lain, KewPie ade jual di pasaraya.
Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread)
(Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.)
Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Potong macam dalam gambar, serong ke depan bila nak memotong. Biasa saya tengok orang selalu potong mendatar atas roti. Kalau potong secara mendatar, inti-inti sandwich mudah teralih.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat sandwich tebal 3 tingkat, inti banyak tak muak dan paling penting elok potongannya tak senget dan berterabur. Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini nanti.
Nak masak Nasi Ayam Thai ni, kena pastikan nasinya sedap dulu baru tekan yang lain-lain. Jadi kali ini Puan Nik Nur Adibah Athirah bongkar cara masak ayam yang mungkin ada sesetengah mak-mak masih tak tahu.
Luahnya, ini adalah percubaan pertama buat Nasi Ayam Thai, kalau nak cuba sila godek resepi ini ya…
Resepi Nasi Ayam Thai
Cara Buat Sup
Ayam
Halia
Bawang putih (ketuk)
Bawang merah (mayang)
Halia (ketuk)
Akar daun ketumbar
Kiub ayam
Garam
Masuk semua bahan, masak hingga ayam masak.
Sos
Gula merah
Kicap pekat
Sos ikan/kicap sotong
Cuka
Bawang putih (cincang)
Halia (cincang)
Cili padi hiris nipis
Daun ketumbar (cincang)
Serbuk perasa
Sedikit air
Masuk bahan semua sekali dan perasakan
Nak Buat Nasi Ayam Sedap
Basuh beras dan masukkan sup yang dimasak tadi dan susun ayam dalam beras tadi. Masak nasi macam biasa hingga masak.
Jangan lupa simpan sup tadi sikit untuk makan bila nasi dah siap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada penggemar paru goreng rempah? Selalu kalau mak-mak beli di kedai, jarang sangat nak jumpa yang lembut dan rangup. Kebanyakannya keras liat sampai rasa nak tercabut gigi memakannya.
Rupanya ada rahsia nak bagi paru goreng rempah tu tak liat dan keras. Ada 4 langkah yang mak-mak nak kena buat sebelum mulakan proses menggoreng paru.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...