Air Tangan Fazura Sangat Sedap, Sampai Fattah Larang Masuk Dapur

Share

Rupanya dah berbulan isteri Fattah Amin, Nur Fazura dilarang masuk dapur dan masak menu makan malam. Sebab masakan Fazura ini sangat sedap, sampai suaminya pun berubah saiz tubuhnya.

Isteri memang rajin memasak dan air tangannya sangat enak. Jika ada yang perasan, memang saiz tubuh saya berubah. Sebab isteri selalu sediakan hidangan yang menyelerakan

.”

Nampak tak.. suami isteri ini kalau bahagia macam itulah. Bila isteri memasak, suami takkan reject dan makan dengan bahagia.

Namun, kerjaya selebriti amat bahaya jika timbangan berat jadi tak ideal. Apa pun sebenarnya, kata Fattah larangan itu sebenarnya adalah disebabkan dia mahu amalkan gaya pemakanan yang sihat.

Bukan bermakna saya terlalu obses untuk kurus. Sebaliknya lebih kepada menjaga kesihatan.”

Sebab itulah pelakon TV Lelaki Popular, ABPBH ke-31 ini selalu bersenam, jaga pemakanan yang diambil dan takkan malam malam selepas jam 6 petang.

Elak Terbabas Makan, Fattah Bawa Fazura Ke Gym

Sebenarnya suka cara Fattah ambil hati isterinya itu. Disebabkan Fazura dah tak digalakkan masuk dapur, suaminya akan bawa Fazura ke gimnasium.

Untuk mengelakkan saya terbabas makan.” sweet kan duta kereta SUV Crossover kompak, Toyota C-HR ni.

Untungnya selepas mengamalkan gaya hidup sihat ini, Fattah semakin merasai perbezaan stamina. Dalam pada menjaga pemakanan, pelakon popular ini juga sudah mengeluarkan single terbaru.

Diam tak diam, Fattah Amin dah bergelar penyanyi. Latihan berterusan dengan guru vokal, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi inilah yang menyerlahkan vokalnya itu.

Katanya lagi, Fazura seorang yang positif. Aura yang sama mengalir dalam dirinya, malah membuka matanya untuk sentiasa melihat sesuatu dari perspektif berbeza.

Sumber/Foto : Berita Harian

Published by
Netty Ah Hiyer