Air Tandas Perlahan, Tukar Kepala Paip Tembaga Air Laju Puas Hati!

Share

Memang geram bila air pada kepala paip tandas jadi perlahan dan sikit je keluar, walaupun bukan disebabkan tekanan air rendah. Rupanya pesan tukang rumah kena tukar kepala paip tembaga, barulah air laju dan puas hati. Bukan apa bila air tandas perlahan, melambatkan kerja-kerja mencuci.

Ini yang dikongsikan daripada Izham Alias sebagai panduan;

Air dalam tandas perlahan dan sedikit sahaja keluar. Saya ingatkan sebab tekanan rendah. Yelah guna tangki. Tangki pula atas je tandas ni.

Satu hari air jadi sangat rendah. Geram lah. Orang nak membuang air besar. Tak puas hati nak basuh apa patut.

Habis je memulas, saya buka kepala paip ni. Tu hah. Air mencurah-curah.

Kepala Paip Tembaga

Teringat pesan tukang rumah ni. Katanya guna kepala tembaga. Lagi kuat air keluar.

Saya pun pergilah tukar. Lepas tukar, air memang laju. Puas hati.

Kesimpulannya, tukarlah kepala paip kepada tembaga jika nak air laju.

Baca Lagi Di Sini: Baiki Saluran Paip Tersumbat, Guna Dawai Spring, Air Kembali Mengalir Lancar!

Ada komen kata sebab karat dalam kepala paip. Saya dah bagi air lalu keluar dan cuci dalam lubang kepala paip. Air tetap keluar perlahan. Lagi, kepala chrome ni takda penapis dekat muncung tu.

Setakat ini saya puas hati guna yang tembaga.

Boleh beli kepala paip tembaga ni kat sini: 

Mesti Baca: Ini Caranya DIY Tukar Kepala Paip Sinki Dapur Patah!

Artikel Menarik: DIY Penyidai Baju Bertingkat Guna Paip PVC, Mudah Buat & Jimat Ruang!

Mingguan Wanita: Menarik tip ini, jadi jika di rumah tu ada masalah air perlahan, boleh cuba tukar kepada paip tembaga macam ni. Barulah air mengalir laju.

Sumber: Izham Alias

Betul ke wanita berdikari ancaman bagi lelaki.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Jangan malu bergelar janda iya.

Published by
Suhaidah Abd Wahab