Memang geram bila air pada kepala paip tandas jadi perlahan dan sikit je keluar, walaupun bukan disebabkan tekanan air rendah. Rupanya pesan tukang rumah kena tukar kepala paip tembaga, barulah air laju dan puas hati. Bukan apa bila air tandas perlahan, melambatkan kerja-kerja mencuci.
Ini yang dikongsikan daripada Izham Aliassebagai panduan;
Air dalam tandas perlahan dan sedikit sahaja keluar. Saya ingatkan sebab tekanan rendah. Yelah guna tangki. Tangki pula atas je tandas ni.
Satu hari air jadi sangat rendah. Geram lah. Orang nak membuang air besar. Tak puas hati nak basuh apa patut.
Habis je memulas, saya buka kepala paip ni. Tu hah. Air mencurah-curah.
Kepala Paip Tembaga
Teringat pesan tukang rumah ni. Katanya guna kepala tembaga. Lagi kuat air keluar.
Saya pun pergilah tukar. Lepas tukar, air memang laju. Puas hati.
Kesimpulannya, tukarlah kepala paip kepada tembaga jika nak air laju.
Ada komen kata sebab karat dalam kepala paip. Saya dah bagi air lalu keluar dan cuci dalam lubang kepala paip. Air tetap keluar perlahan. Lagi, kepala chrome ni takda penapis dekat muncung tu.
Mingguan Wanita: Menarik tip ini, jadi jika di rumah tu ada masalah air perlahan, boleh cuba tukar kepada paip tembaga macam ni. Barulah air mengalir laju.
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.Pastikan cantas sewaktu pokok tinggi sejengkal barulah pucuk baru naik merimbun dan berbuah banyak.
Tip ini dikongsikan oleh Puan MieAtul Aniyah sebagai rujukan;
Sedikit tip untuk penanam pokok cili untuk bagi hasil yang maksimum. Teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal,daun dalam 7-8 helai. Setiap cabang yang tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri untuk membiak dan merimbun.
Bila dah cantas saya memang siram pakai baja AB sejak seminggu tanam.
Teknik ni boleh guna untuk semua jenis pokok cili. Cantas pucuk sebelum dia tumbuh cabang Y. Cantas waktu pagi cepat kering luka pokok tu.
MW:Jadi kalau ada tanam pokok cili di rumah tu,boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan cantas sewaktu pokok tinggi sejengkal barulah pucuk baru naik merimbun dan berbuah banyak.
Daun ketumbar memang selalu digunakan dalam masakan harian. Baik dijadikan hiasan mahupun, menambahkan lagi aroma dalam sesuatu makanan. Seronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya.Bagi mak-mak yang suka gunakan daun ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang ada dekat dapur tu.Tapi pastikan rendam dulu selama 5 jam, barulah pokoknya elok subur dan segar merimbun. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
Boleh cuba tip mudah tanam daun ketumbar seperti yang dikongsikan oleh Princess Naznin ini.
Sebenarnya dah lama nak share cara saya tanam ketumbar. Saya pakai biji ketumbar yang kat dapur tu haha
Bahan Diperlukan:
1 gengam biji ketumbar buat masak
Cara-Caranya:
1. Rendam biji ketumbar selama 5 jam.
2. Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia).
3. Lepas buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, just tabur.
4. Ambik gengaman tanah lain tabur nipis je untuk tutup lapisan atas.
5. Kemudian siram, terus letak dalam panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup.
Note: Siram selalu ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung.
Memang ambil masa nak tunas anak pokok, sabar.
Bunga dan biji ketumbar. Bunga dah layu jadi la biji ketumbar. Bulat-bulat comel je.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...