Waktu pagi ada npetang adalah masa untuk mak-mak meninjau pokok-pokok tanaman yang ada di halaman rumah mahupun dalam pasu. Paling tidak pun tentulah menyiram pokok tanaman. Ada petua yang menyarankan supaya menyiram pokok dengan air rendaman kulit bawang. Katanya, ini petua yang paling mudah dan senang, malah amat berhasil dalam memastikan pokok sentiasa sihat dan segar.
Sebenarnya, banyak cara untuk memastikan pokok tanaman ini subur, tidak rosak dek serangan serangga dan sebagainuya. Tidak terkecuali yang mengatakan air rendamana kulit bawang atau perut ikan dapat membantu dan dijadikan baja pada tanaman itu.
Cara ini sudah tentulah senang dan mudah, lebih-lebih lagi kulit bawang memang ada stok di rumah sebab tiap-tiap hari mak akan masak kan! Jadi, jimat belanja dan bolehlah dijadikan baja pada pokok tanaman kesayangan mak-mak.
Perkongsian daripada Salmy Saznira ini boleh mak-mak cuba. Bukan saja pokok tanaman sayuran tapi boleh juga siramkan untuk pokok bunga mak-mak. Moga ia membantu.
Pagi tadi kakmie siram pokok guna air rendaman kulit bawang merah dan bawang putih. Katanya elok sangat untuk tanaman. Ye la kan, apa salahnya letak kat pokok kita daripada terbuang cam tu je.
Sebenarnya, banyak info tentang khasiat air rendaman bawang ni.
1. Boleh cepatkan tumbuh tunas/akar/pucuk baru
2. Hindarkan serangga/bena yang boleh rosakkan tanaman
3. Sebagai baja untuk suburkan/gemukkan pokok
4. Supaya pokok cepat berbunga dan berbuah
Cara buat :
Ads
1. Kulit bawang yang dah dikupas, seeloknya rendam dengan air tapisan. Kalau ada air hujan lagi bagus.
2. Lepas itu, rendam semalaman. Kakmie guna bekas bertutup supaya tidak keluar bau.
3. Keesokkan harinya, seawal pagi (sebelum pukul 10 pagi) bolehlah siram pada pokok.
Ads
4. Kakmie dah cuba cara ni dalam seminggu dua, Alhamdulillah nampaknya cepat jugak daun baru tumbuh. Pokok-pokok pun sedang nak menggemukkan dirinya
MW: Banyak khasiat kalu guna air rendaman kulit bawang ni. Mak-mak, bila dah kupas bawang, jangan buang kulitnya. Simpan dan rendam, boleh siram pada pokok ye.
Daun parsley memang banyak digunakan dalam masakan terutamanya jenis masakan barat sebagai penambah aroma. Kalau beli di pasaraya, daun parsley kering lebih mahal berbanding yang ‘fresh’. Hakikatnya kita nak guna sikit je.
Sebenarnya bagi mak-mak yang ada airfryer, boleh buat sendiri ‘dried Parsley Flakes’ ini di rumah. Cukup mudah, murah dan dapat banyak. Memang jimat dan berbaloi.
“Kita nak beli dried Parsley Flakes tadi RM9.50. Nak guna suka-suka buat tabur-tabur, maka kita tawakal beli yang fresh. Sebungkus RM 1.40 kat Tesco. Kita basuh, tos air sampai kering then masuk dalam AF.Kena hempap, if not dia terbang-terbang sebab ringan. So suhu 160 masa @15minit. Garing.. gesek daun dengan jari saja.”
“Macam saya buat tabur pada tartar sauce ke, spaghetti ke, lasagna, Korean garlic bread. Dia buat tabur-tabur je, sebab tu kalau nak makan tak banyak pakai. Unless kerap ke buat jual baru pakai banyak.”
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, mak-mak bolehlah cuba buat sendiri parsley flakes ini di rumah. Lebih murah, jimat dan berbaloi.
Sumber: Sharifah Fatimah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak dua menjak ni hidup huru hara sikit dengan dateline. Dari isu biasa tambah pula dengan isu bumper memang tak senang duduk dibuatnya. Back to backphotoshoot dan menaip. Biasalah kerja kejar dateline memang macam tu. Alah bisa tegal biasa orang kata.
Lumrah alam pekerjaan ada masa rasa bahagia ada masa lak rasa stress ya amat. Kerja mana tak stress kan? Semua bidang kerja masing-masing ada cabaran dan dugaan dia. Paling penting cara kita handle dan jadikan kerja yang kita buat tu menyeronokkan tanpa rasa tertekan.
Antara cabaran yang reporter macam saya kena lalui seperti photoshoot yang kena cancel saat akhir, masa tak cukup dan macam-macam lagi. Stress atau tertekan macam mana pun kerja nak kena setel juga, hidup kena diteruskan. Jadi bagi saya semua itu antara proses untuk buat kita lebih matang bagi menghadapi tekanan yang ada.
Setiap orang ada cara tersendiri untuk atasi stress atau tekanan kerja. Ini antara yang saya selalu buat kalau rasa tertekan:
Pastikan tidur cukup walau kadang-kadang ada juga terbangun tengah malam fikir pasal kerja
Buat solat dhuha tak dapat setiap hari seminggu sekali pun ok, InsyaAllah dipermudahkan segala kerja.
Elakkan over thinking Benda-benda remeh
Banyakkan senyum
Think positive
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus, buat 3 kali, bila oksigen sampai ke otak boleh buat kita rasa sedikit tenang untuk berfikir.
Kalau perlu minta pandangan atau pendapat rakan-rakan sekerja sebab mereka mungkin ada idea yang tak dapat kita fikirkan bila tertekan
Kalau terbangun waktu malam sebab banyak sangat fikir, mungkin boleh ambil wuduk dan solat tahajud, doa pada Allah untuk diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan.
Itu antara benda yang saya buat kalau rasa tertekan. Setiap orang ada cara tersendiri mengikut keselesaan masing-masing. Hidup tanpa cabaran umpama kertas kosong tanpa coretan. Kalau nak hidup ni penuh dengan warna, maka cabaran dan dugaan itulah rencahnya. Alhamdullilah bumper dah selesai, sekarang fokus isu biasa pula sebelum nak raya, selagi belum tutup mata, perjuangan masih belum selesai, fighting!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kewujudan media sosial terutamanya Instagram dan Facebook sesungguhnya memiliki kesan baik dan kesan buruknya yang tersendiri. Segalanya terserah kepada diri masing-masing sejauh mana meletakkan media sosial dalam hidup anda.
Saya juga seperti anda, menjadikan Facebook sebagai medium meluah rasa termasuklah berkongsi rasa sedih, gembira serta kecewa di media sosial. Walaupun ada yang beranggapan bahawa mereka yang sering berkongsi rasa di laman sosial sebenarnya inginkan perhatian serta bosan dengan kehidupannya tidak langsung terkesan di hati saya. Bagi saya setiap orang miliki hak kerana akaun tersebut adalah miliknya, namun jangan keterlaluan dan membahayakan.
Saya juga pada mula-mula menggunakan laman muka buku, saya jadi teruja seolah-olah ingin berkongsi segalanya dengan rakan saya di alam maya. Maklumlah ketika itu masih muda dan gemar lakukan pelbagai perkara mengikut perasaan.
Namun, lama-kelamaan perasaan taksub saya menjadi lebih pudar apatah setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Kadang-kadang saya hanya menggunakan media sosial dalam mempermudahkan tugasan harian sebagai seorang wartawan.
Rapatkan Hubungan 2 Sahabat Baik
Melalui media sosial, saya dapat mencari contact-contact ‘human’ (kisah masyarakat), pemilik rumah yang cantik, pemilik restoren. Jika ramai yang di luar bertanya di mana wartawan cuba mendapatkan contact dalam menyiapkan satu- satu bahan yang diamanahkan, inilah salah satu caranya.
Di samping itu, antara nilai baik yang mampu saya katakan sejak kewujudan media sosial adalah saya dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh di mata. Kadang-kadang kekangan waktu dan jarak membataskan hubungan yang terjalin sejak sekian lama. Maka media sosial lah yang menjadi penyelamat keadaan untuk mendekatkan hubungan antara dua sahabat baik.
Tetapi jangan pula anda menjadikan media sosial sebagai medan permusuhan sekiranya anda tidak menyukai seseorang. Sesungguhnya jika anda tidak mengawal situasi, buruk padahnya.
Berbalik kepada kebaikan media sosial, ianya banyak membantu ramai golongan yang kurang bernasib baik seperti kanak- kanak yang perlukan sumbangan segera berjaya mengumpul dana dengan segera atas keprihatinan warga media sosial.
Kesimpulannya, sebagai pengguna media yang sedang-sedang sahaja merasakan segalanya bergantung kepada diri pengguna itu sendiri untuk mencorakkan perjalanan media sosialnya. Bak kata sis-sis sekarang, tak suka scroll laju-laju! Paling penting sebelum sibuk merapatkan hubungan dengan rakan yang jauh di mata, adalah lebih baik anda berikan perhatian kepada anak di depan mata. Jamu mata anda dengan melihat anak-anak membesar di depan mata daripada melihat orang lain sibuk memperbesarkan hal yang tidak tahu hujung pangkal di media sosial.
Paling utama, hormatilah privasi orang maka secara automatik orang akan menghormati privasi dan hak anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...