Parsley sejenis pokok herba yang daunnya digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ada khasiat lain yang boleh diperoleh dari daun parsley ini iaitu untuk membersih buah pinggang. Air rebusan parsley ini pencuci semulajadi yang selamat.
Ini perkongsian dari Herba Rahimas Aqila di Grup Herba Sekeliling Kita mengenai kelebihan daun parsley jika diamalkan dalam kehidupan.
Cara Membuat
1. Beli daun parsli
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
Ads
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.
Panduan Minum
√ Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini .
Ads
√ Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
√ Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
√ Daun parsley sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi.
InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Ads
Baca Doa Ini
Ini doa nya boleh baca dan hembus dalam air dan terus minum.
Tak juga salah sekiranya anda sekadar mahu membaca selawat syifa atau selawat nabi mahupun surah Al-Fatihah.
Cara Simpan Parsley Yang Berlebihan
Sekiranya anda cuma merebus parsley ikut jumlah yang dimahukan dan ada lebihan, jangan pula membuangnya. Anda boleh praktikkan cara menyimpan parsley yang diajarkan di bawah.
Buang akar daun parsley.
Pastikan semasa anda mahu menyimpannya, daun parsley telah kering dan tiada air melekat padanya.
Siapkan balang kaca kosong dan isi air.. separuh saja. Masukkan batang daun parsley tadi ke dalam balang.
Sekiranya mahu disimpan dalam peti sejuk, tutup herba tadi dengan beg plastik.
Cara ini boleh buatkan daun parsley akan segar dan bertahan untuk 2 minggu.
Sumber/Foto: Facebook Herba Rahimas Aqila , www.simplyrecipes.com – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kerana terlalu fokus kepada kekurangan dan kelemahan orang hingga salah sendiri tak nampak. Ingatlah hidup di dunia bukanlah hidup untuk diri sendiri sahaja. Dari lahir hinggalah dicabut nyawa, kita sentiasa mengharapkan ehsan orang lain.
Jangan sesekali mendongak ke langit dan ingat bahawa kita adalah orang yang baik dan banyak berbuat kebaikan kerana tidak semua amal ibadat dikongsi.
Ikuti perkongsian Hana Shahadan ini dan ingat baik-baik.
Jangan Nampak Salah Orang Saja
Jangan ingat bila kita buat kebaikan, kita sorang sajalah yang baik. Orang lain tu jahat di mata kita.
Jangan ingat kita ini sudah sedekah banyak, sedangkan ada ramai orang sedekah lagi banyak tapi diamkan saja.
Jangan ingat kita ini sentiasa betul saja dan asyik nampak orang lain dalam dunia ini sentiasa salah.
Jangan ingat bila kita selalu berdoa solat mengaji, kita seorang jelah bagus, sedangkan ramai lagi orang dekat luar sana buat lebih banyak amalan tapi tak bercerita.
Jangan ingat kalau kita baru nak berubah tapi kita keji orang lain dengan mudah.
Jangan ingat asyik nak salahkan orang, salah sendiri tak pernah nampak.
Tapi ingat, Allah nak beri hidayah Allah beri. Asbab jaga hubungan dengan orang lain, sebenarnya jadikan hidup kita ini berkah.
Tapi ingat, dunia ni bukan sebab “diri sendiri seorang diri”.
Hiduplah untuk terima kekurangan orang lain, belajar bersyukur, bukan terus menghukum.
Muhasabah diri, kita ni dari lahir sampai bakal jadi jenazah pun orang lain buatkan. Kalau ingat semua ini sebab diri sendiri je, bila meninggal gali lubang dan tanam la sendiri.
#share bila sentap kita sentiasa ingat diri kita ni tak sentiasa betul.
Curang di tempat kerja, daripada ‘kesian’ terus terlanjur. Meskipun drama Curang Tanpa Niat namun masih ramai lagi yang masih ‘move on’ dengan cerita ini. Impaknya sangat kuat sehingga drama ini masih diperkatakan ramai.
Curang Di Tempat Kerja, Daripada ‘Kesian’ Terus Terlanjur
Kisah kecurangan dalam rumah tangga menjadi isu yang cukup ‘hangat’ untuk diperkatakan.
Berikut ulasan daripada Fahmi Ramli (Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor)
Saya pasti, ramai wanita khususnya yang menonton drama tersebut. Siapa yang tonton, tahulah bagaimana rasa menyirap darah dengan Eshaal (Shukri Yahya) dan Astrid (Sharifah Sakinah) itu.
Daripada Kesian, Hinggalah Keterlanjuran
Cerita ni lebih kurang macam ni. Seorang suami mempunyai isteri yang sangat baik dan cantik serta dua orang anak disamping kerjaya yang bagus. Kemudian, dia terlebih kesian dengan bosnya, Astrid, yang selalu ceritakan bahawa suaminya kaki pukul. Namun, hakikatnya bukan begitu.
Jadi, dia terlebih kesian hingga banyak menjadi tempat luahan. Selepas itu jadi lebih rapat. Selepas itu, mula outstation bersama hinggalah keterlanjuran terjadi. Akibatnya, perkahwinannya terlerai disebabkan kecurangan yang tak dapat dibendung lagi.
Cukup setakat itu saya nak petik. Kisah ni panjang lagi, nanti saya ulas isu lain. Tapi, point penting untuk permulaan ini adalah pergaulan yang tiada batas antara rakan sekerja boleh menyebabkan rumahtangga yang dibina bertahun itu runtuh sekelip mata.
Ini bukan perkara main-main. Sebab itu, antara perkara yang ditekankan dalam syarak adalah berkaitan Ikhtilat iaitu pergaulan atau percampuran hubungan antara lelaki dan perempuan.
Banyak pengalaman kes perceraian rumah tangga yang saya kendalikan mempunyai isu sebegini. Punca perceraian itu adalah curang. Punca kepada curang itu pula ialah terlebih kesian atau terlebih mengambil berat dengan kawan perempuan di tempat kerja atau orang yang selalu berjumpa.
Ada satu kes, seorang isteri ingin pohon perceraian kerana suaminya telah curang. Kecurangan itu pula melibatkan suaminya yang juga seorang guru dengan anak muridnya sendiri yang baru belasan tahun. Sebabnya, terlebih kesian dengan keadaan keluarga anak murid tersebut yang porak peranda dan terlebih batas sebagai seorang guru dan anak murid.
Ada juga yang melibatkan kes seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya kerana terlalu marah apabila si isterinya telah ditangkap khalwat dengan kawan lelaki tempat kerjanya yang lebih muda usianya. Ini kerana sebelum ini si isteri pernah ceritakan yang dia kesian kepada kisah lelaki tersebut yang mengadu bahawa dia ditinggalkan isteri dan anak-anaknya.
Semua kes curang, biasanya bermula dengan sifat ini. Terlebih kesian. Inilah yang mendorong kepada keterlanjuran dalam perhubungan. Ada yang sifatkannya sebagai Office Husband atau Office Housewife untuk menjadi tempat luahan dan berkasih sayang di tempat kerja.
Hati-hati semua lelaki dan perempuan khusunya yang dalam berumah tangga. Ingatlah, keruntuhan rumah tangga ini hanya boleh dikawal jika kita mampu menjaga perhubungan dengan orang asing.
Ingatlah pesan Allah swt di dalam Surah Al-Ahzab, 32:
“Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa kamu bercakap dengan lelaki yang asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua isteri dan suami khususnya di luar sana.
Sumber: Fahmi Ramli (Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor)
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bersyukur pada Allah! Sebelum bil elektrik menjadi beban kepada rakyat, kerajaan lebih awal mengambil langkah untuk memberi diskaun. Peka dengan beban penularan Covid-19, rakyat bakal menikmati diskaun enam bulan bil elektrik bermula April ini.
Maklumlah sekarang mak, ayah dan anak-anak banyak habiskan masa di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Maka, langkah ini adalah yang terbaik untuk semua.
Ringankan Beban Di Kala Ekonomi Mencabar
Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, pemberian diskaun bil elektrik itu adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
15 Peratus Untuk Tarif Perdagangan
Katanya, kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
“Diskaun 15 peratus ini melibatkan kira-kira 10,000 pemilik akaun daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja. Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, manfaat itu juga akan dinikmati pengguna komersial, industri dan pertanian dengan memperoleh dua peratus diskaun dalam tempoh yang sama.
“Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan penjimatan bil elektrik, dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh enam bulan.
“Bagi Sabah, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos RM11.5 juta manakala bagi Sarawak, ia melibatkan anggaran kos RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun,” katanya.
Rakyat Terima Diskaun Dua Peratus
Beliau berkata, semua pengguna domestik dalam kategori domestik atau rumah kediaman turut menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian dua peratus bagi tempoh yang sama.
“Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun dua peratus dalam tempoh tersebut, sebagai tambahan kepada enam peratus yang telah pun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini. Ia dijangka memberi anggaran penjimatan dalam bil elektrik sebanyak RM92 juta, kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB.
“Bagi Sabah, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggar sekitar RM5.7 juta manakala bagi Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta,” katanya.
Menurutnya, kos pemberian diskaun bil elektrik itu akan ditampung kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.
Sumber: Bernama
MW: Diharapkan langkah yang diambil kerajaan ini dapat membantu rakyat yang sedang diuji kini. Maklumlah rata-ratanya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, masing-masing berada di rumah dan melakukan aktiviti di dalam rumah. Jadi sudah tentu, penggunaan bil elektrik akan bertambah dari sebelum ini. Sekurang-kurangnya dengan ada diskaun yang diberikan, terasa ringan sedikit bebanan rakyat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...