Kecantikan

Air Rebusan Halba, Halia & Serai, Petua Hilangkan Kebas Kaki & Tangan Serta Sakit-Sakit Badan

Share

Tidak dinafikan, serai, halba dan halia mempunyai khasiat yang tersendiri serta banyak digunakan dalam petua-petua tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dalaman.Selain mengamalkan perubatan moden di klinik mahupun hospital, boleh juga mengamalkan rawatan alami mengikut petua-petua tradisional yang banyak dikongsi dan diperturunkan oleh nenek moyang kita.

Menurut perkongsian Puan Normala Md Ismail

, petua tradisional ini diperolehi daripada ibunya. Ia dikatakan berkesan dalam menghilangkan sakit-sakit badan, angin kebas-kebas kaki dan tangan, sukar buang air besar serta mencuci darah beku.

Berikut antara perkongsian tersebut;

Bahan-Bahan:

2-3 Sudu Besar Halba
3 inci Halia
2 Batang Serai
3 Biji Gula Batu
1 Sudu Asam Jawa
1 Liter Air

Cara Membuat:

1.Halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.
2.Angkat dan campur dengan asam jawa satu besar kacau sebati, minum air rebusan ini ketika suam sewaktu nak tidur.

Esok pagi bangun, badan jadi segar,Insya Allah. Semoga dipermudahkan.

Info Ekstra!

Minumlah dalam secawan dan bakinya boleh disimpan dalam peti sejuk.
Bila nak minum cuma tinggal panaskan.
Minumlah 2 atau 3 kali seminggu sudah memadai.

*PERINGATAN untuk wanita hamil atau waktu PERIOD tidak digalakkan minum air rebusn ini, ia boleh mengganggu kesihatan dan pusingan rahim tu nanti.

Untuk ibu-ibu yang MENYUSU juga tidak digalakkan minum air ni sebab halia tu berangin kan bimbang bayi tu nanti kembung perut. Tapi Halba tu memang sesuai sangat untuk penambahan susu.

Jadi buat mak-mak yang ada masalah seperti yang dinyatakan diatas bolehlah mencuba petua tradisional ini.

Sumber: Normala Md Ismail

Published by
Suhaidah Abd Wahab