AIR NABEEZ Minuman Sunnah Untuk Sahur, Rendam KURMA Dalam Bilangan Ganjil. Air Nabeez atau air rendaman buah kurma ini merupakan antara minuman sunnah dan menjadi kegemaran Nabi Muhammad SAW. Ternyata air ini mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri dan sangat lah digalakkan untuk diamalkan demi menjaga kesihatan diri.
Namun ada caranya untuk membuat air nabeez ini, seeloknya rendam isi kurma dalam bilangan yang ganjil.
Air minuman Nabeez bukanlah resepi baru, tapi masih ramai yang belum amalkan air sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Biasa nye popular time Ramadhan je, sebab ramai yang akan buat air nabeez nie untuk sahur.
Rasa air bergantung pada kurma yang kita guna. Kalau kurma tu manis, manis la air nye tu. Boleh je guna apa apa jenis kurma pun.
Khasiatnya tetap sama, Kak Ya guna kurma Ajwa. Sebab memang suka rasa nya.
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 1 gelas. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Kalau yang berpuasa sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi. Amalkan masa perut kosong.
1. Pemberi dan pemulih tenaga
2. Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang lebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox.
Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Dah buat boleh terus minum atau nak blend dengan susu pun boleh.
Resepi simple dari Kak Ya Leha Yusuf.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Amalan Sunnah Buat Air Nabeez, Rendam Kurma Waktu Malam & Minum Masa Bersahur
Baca Lagi Di Sini:Sahur Tak Selera Makan Nasi, Cuba Air Nabeez Lagi Sedap Tambah Susu, Badam
Artikel Menarik: Air Nabeez Minuman Sunnah Pelbagai Khasiat, Boleh Singkirkan Toksin Dalam Badan, Sangat Elok Untuk Pencernaan
Mingguan Wanita: Banyak khasiat mengamalkan minuman sunnah air nabeez ini. Elok sangat diamalkan, minum waktu sahur, ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Leha Yusuf
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.