Air Katira antara minuman yang selalu dijual di bazar Ramadan dan mendapat permintaan ramai. Rasanya yang sedap, berlemak manis memang melegakan tekak seharian berpuasa. Resipi asli air katira memang agak renyah dan menggunakan macam-macam bahan seperti biji selasih, susu, badam, kembang semangkuk dan sebagainya.
Namun waktu PKP ni, kalau teringin nak minum air katira versi ekspres boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Siti Hajar Mat Rasit ini.Menurut wanita ini, serius sedap dan rasanya sama seperti air katira asli.
“Semalam ramai yang tanya macam mana buat Air Katira ni. So makiti share kat sini jela ek macam mana nak buat Air Katira PKP. Jimat dan ekpres. Bahan-bahan simple je, yela nama pun ekpres kan. Walaupun ala ala je tapi serius sedap macam Air Katira asli.”
Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
Susu pekat manis
Biji selasih (rendam dulu)
Cincau (potong ikut suka)
Sirap Ros/pewarna merah
*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti?
Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira.
*Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya.
1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
2. Masukkan air kosong.
3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
4. Masukkan ais.
(Mata makiti tak kenan tengok warna dari perasa tebu tu je, sebab tu tambah sirap sikit. Kalau hampa takmau letak pun takdak masalah, tak lari pun rasa dia kecuali la letak asam jawa)
Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. Dah buat nanti tag makiti ok.
Tak semua tempat senang cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli tambah-tambah tengah pkp ni. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan yang ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi.
Baca Lagi Di Sini: Cara Buat Air Mojito Halal, Sangat Sedap, Mudah & Murah Kosnya!
MW: Sedapnya air khatira. Terasa lemak manis dan sejuknya air ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk minuman berbuka nanti, versi bajet dan ekspres.
Sumber: Siti Hajar Mat Rasit