Air Jintan Manis Rahsia Perut Kempis, Lepas Seminggu Boleh Nampak Kesannya!

Share

Air jintan manis boleh bantu kempiskan perut dan bantu kurangkan berat badan? Pernah dengar petua ni tak? Herba jintan manis kalau dalam masakan memang tersohor lah. Banyak digunakan dalam masakan. Tapi petua untuk cantik, mungkin ramai yang tak pernah dengar kan?

Wanita memang ramai yang menghadapi masalah perut gendut lebih-lebih lagi selepas lahirkan anak. Macam-macam cara dibuat untuk kempiskan perut. Mungkin tak dapat perut rata macam zaman anak dara dulu pun tak apalah..asal tak sama ‘tinggi’ dengan dada pun dah cukup bagus!

Haa…Kita jangan pandang sebelah mata si jintan manis ni tau. Banyak sangat manfaatnya untuk kesihatan badan kita. Antara manfaat utama jintan manis:

CUCI PERUT

Jintan manis ni herba yang berserat tinggi. Lebih kurang macam pelawas untuk melancarkan proses perkumuhan mencuci usus daripada toksin, kotoran dan mendapan degil. Tapi tak la macam julap yang sebabkan cirit-birit.

Proses pembuangan lebih santai dan perut pun tak memulas. Sistem metabolisme jadi lebih teratur dan semestinya bantu melangsingkan badan. Selera makan pun dapat dikawal dengan mudah.

ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT AKIBAT TERLEBIH ANGIN, GAS DAN ASID

Jintan manis ni bantu rawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara keluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut.

Hasilnya, perut jadi leper dan kemas.

AIR JINTAN MANIS BERSIFAT DIURETIK

Apa yang bagusnya? Bagusnya ialah ia dapat mengeluarkan bendungan air (water retention) dalam badan. Secara tak langsung merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut.

Cubalah petua tradisi ini pula. Kot menjadi kan. Lagipun tak perlu modal besar pun!

Baca sini lagi:

Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Kedutan, Cuba Petua Mudah Ini!

Guna 2 Bahan, Cara MURAH Nak Kulit Wajah Tak Berkedut Dan Glowing

BAHAN UNTUK BUAT AIR JINTAN MANIS:

1 cawan air panas (pastikan betul-betul panas)


1 sudu makan jintan manis (lalukan bawah air paip sebentar untuk bersihkan)

CARA MEMBUAT AIR JINTAN MANIS:


Rendam jintan manis selama 30 minit dalam cawan yang bertutup. Setelah agak suam, minum ketika perut kosong sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Lepas seminggu, badan akan rasa lebih ringan dan cergas, sebab angin keluar dan pembuangan lancar. Cubalah!

Sumber: Niza Hamid 

Published by
Nurul Azwa