Selalu kalau nak bagi wangi rumah atau pun kenderaan, memang akan guna air freshener atau pewangi yang beraneka bau mengikut citarasa. Masuk dalam rumah terus bau semerbak.
Tambah-tambah kalau kenderaan atau rumah adabau yang tidak menyenangkan, air freshener menjadi penyelamat. Terus bau yang busuk hilang.
Tak kirlah di rumah, kenderaan atau di pejabat sekali pun, inilah pewangi yang digunakan. Bukan untuk mengharumkan rumah atau kenderaan tapi juga seperti sudah menjadi benda yang wajib ada untuk tempat sebegini.
Walau bagaimanapun, tahu tak air freshener ini tidak selamat digunakan. Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar ini.
Dua tiga menjak ini asyik masuk pejabat orang. Bila masuk boleh nampak air freshener di tempek di dinding.
Ads
Sekejap bunyi psstt. Awal-awal dulu terkejut juga bila dengar macam ni. Lepas tu bau wangi. Mujur siang.
Masuk kereta pun sama. Banyak orang letak air fresher. Ada lekat tak tempat aircond. Ada main sangkut-sangkut.
Sebelum ini saya selalu sewa kereta bila turun KL. Dalam kereta sewa dah diletak siap air freshener gantung. Masuk saja sesak nafas jadinya. Biasanya saya akan buka tingkap semua dan letak kat dalam bonet.
Next time bila nak sewa saya sebut tak perlu letak lagi. Tauke akur. Tak letak dah.
.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa dengan air freshener? Ada apa?
Jawapannya ada dalam laporan di The Journal of Toxicological Sciences and Atmospheric Environment.
Ads
Kajian dapati air fresheners keluarkan lebih dari 100 bahan kimia berbeza.
Jadi bila kita sedut wangian dari air freshener kita bawa masuk bahan kimia ini dalam tubuh.
Antara bahan favourite yang ada dalam air freshener ialah sodium borate. Bahan ini selalu diguna dalam racun serangga dan racun rumput.
. Guna Pewangi Semulajadi
Kalau nak wangikan kenderaan boleh guna bahan natural macam pandan. Caranya ambil..
Kalau nak wangikan kenderaan boleh guna bahan natural macam pandan. Caranya ambil 5-6 helai daun pandan dan buat ikatan simpul. Letakkan di bonet. Bau dari pandan juga akan hilangkan lipas kecil dalam kereta.
Boleh juga buat ala bunga rampai macam kenduri dulu-dulu. Letak dalam kain dan ikat ala-ala sup bonjot. Gantung dengan cermin pandang belakang.
Ads
Kalau di ofis bagus lagi guna bunga-bunga kering. Kalau ada bajet boleh cuba essential oil yang original.
Mingguan Wanita : Rupanya tanpa kita sedar, telah sedut bahan kimia daripada pwangi itu. Bahaya betul.
Selalunya, bila membuat air teh, uncangnya akan terus di buang. Maklumlah sudah tidak boleh digunakan dan sudah hilang kepekatannya.
Walau bagaimanapun, ada juga yang tahu serbuk teh terpakai ini boleh digunakan untuk suburkan tanaman. Kalau dahulu, ada juga yang guna untuk lembutkan tangan dengan menggunakan hampas teh. Betul tak?
Sebenarnya, ada beberapa faedah lain yang boleh digunapakai dengan bahan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu. Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang petua menggunakan bahan terpakai ini.
Lepas buat teh, jangan terus buang uncang. Ada tip kecantikan yang hanya menggunakan teh uncang saja. Senang sangat caranya.
1. Petua lembut dan haluskan tangan Keluarkan serbuk teh dari uncang. Lumurkan ke seluruh tangan dan tapak tangan. Gosok perlahan-lahan selama 3-5 minit.
2. Petua cerahkan kulit muka, hilangkan pori terbuka & hilangkan jerawat : Uncang yang sudah diguna itu, buka dan keluarkan serbuk teh tu. Lumurkan ke seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas bersih. Boleh buat setiap hari, sampai dapat result yang anda inginkan.
3. Petua hilangkan mata panda (lebam di bawah mata) : Untuk petua ni perlukan 2 uncang teh. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika. Lekapkan pada kelopak mata. Tunggu sampai hilang sejuk uncang tu
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mungkin untuk petua kecantikan boleh guna cara ini. Untuk tanaman pula ada caranya tersendiri. Boleh cuba dan amalkan untuk kecantikan semulajadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Baking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang! Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Terutamanya dalam pemilihan bahan penting iaitu baking powder dan baking soda. Ia membuatkan kek, kuih mahupun biskut yang dihasilkan jadi lebih gebu, rangup atau mengembang.
Baca perkongsian tip perbezaan Baking Powder, Baking Soda dan Soda Bikarbonat ini sebagai panduan;
Baking Powder
Baking powderadalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial. Ia mengandungi sejenis asid( biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat). Kedua-dua bahan ini dicampur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang disediakan secara komersial. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila digunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila dibakar ia akan mengembang, sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
Baking Soda
Yang ni paling mudah. Baking sodaadalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Mingguan Wanita: Jadi bila nak buat kek, kuih atau biskut, kenal pasti dulu betul-betul bahan yang digunakan, sama ada baking powder atau baking soda. Barulah menjadi!
Rupanya panaskan beras dalam oven sekejap merupakan antara cara paling mudah untuk bersihkan kutu dan bubuknya. Bukan apa, beras jika dibiarkan lama memang boleh mengundang ‘kutu’ beras dan berhabuk. Nak dibuang beras ni memang sayang, apatah lagi memang masih elok, cuma kena rajin untuk membersihkannya semula.
Boleh cuba tip berguna dan cara paling mudah seperti yang dikongsikan oleh Puan Nurhasanah Harun ini.
6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi. Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah, lagipun sekarang cuaca hujan kan.
Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia.
Kalau takde oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali sekejap ja agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak.
Macam mana nak tau beras masih elok?
Cuba basuh beras kalau tiada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu, dalam dia ada ulat bubuk.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu dan bubuk beras di rumah. Jangan terburu-buru buang, cuba bersihkan ikut tip yang dikongsikan ini dahulu.