Banyaknya khasiat air beras, bukan je rawat pelbagai masalah kulit tapi bagus juga untuk rambut.

Selain dapat menyuburkan tanaman, menyejukkan badan dan menghilangkan bau hanyir, air beras juga dapat merawat pelbagai masalah kulit dan rambut. Min kongskan petua orang lama yang diamalkan oleh  nenek Min. Dia memang tak pakai produk, hanya gunakan bahan alami untuk rawat kecantikan. Selamat mencuba!

Toner Air Beras

Rendam kapas muka di dalam air beras, kemudian lap kulit anda secara perlahan-lahan. Ia membantu membuang kotoran dan sebum pada kulit. Hasilnya kulit jadi lembut dan segar, amalkan selalu petua ini. Pasti gembira tengok perubahan kulit yang makin cantik.

Masker Wajah

Ia juga sangat bagus dijadikan masker wajah. Rendam tisu wajah di dalam air beras, biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian, angkat dan toskan seketika. Tempelkan pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Wajah akan segar dan beransur cerah.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/bawang-merah-mujarab-hilangkan-jeragat-patut-kulit-nenek-ni-cantik/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

IKLAN

Sebagai Pencuci

Simpan air cucian beras di dalam botol, gunakan setiap kali anda mencuci wajah. Khasiat yang terkandung di dalam beras akan membuatkan kulit wajah bercahaya. Amalkan dua kali sehari, kulit akan semakin sihat dan cantik.

Mengecilkan Pori-Pori

Bagi yang mempunyai masalah liang roma besar pada wajah, cuba petua ini. Celupkan kapas muka di dalam air ini, lekapkan pada wajah. Kemudian, tekan secara perlahan-lahan pada bahagian yang bermasalah. Lakukan sekurang-kurangnya tiga minggu sekali, pori-pori wajah akan semakin mengecil secara semula jadi.

Bantu Atasi Jerawat

Jerawat membuatkan wanita runsing, ia menjejaskan penampilan wanita. Walaupun sudah berjumpa dengan pakar kulit dan menggunakan produk yang mahal namun jerawat tidak juga hilang. Usah bimbang, amalkan petua ini. Gunakan air beras membersihkan wajah terutama di bahagian berjerawat. Ia merawat jerawat secara alami. Jerawat mengecut dan tidak meninggalkan parut.

Masker Rambut

Air beras juga boleh dijadikan masker rambut. Tuang air pada kulit kepala, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Sebaik-baiknya, balut kepala dengan tuala. Kemudian bilas rambut dengan syampu serta gunakan pelembap. Rambut akan kelihatan bersinar dan lembut.

IKLAN

Ini himpunan petua yang diamalkan oleh wanita pada zaman dulu. Nenek moyang kita dulu tak pakai produk, mereka manfaatkan bahan alami untuk merawat masalah kulit dan menjaga kesihatan.

Memang mujarab, syaratnya kena rajin dan konsisten. Bahan alami tak ada kesan sampingan cuma hasilnya ambil masa. Semoga hasilnya superb ye.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI