Air Barli, Bantu Kembalikan Kesihatan Dalamam Wanita, Badan Pun Bertenaga, Amalkan Setiap Hari!

Share

Air barli, tak semua orang suka minum, sedangkan khasiatnya sangat banyak. Dikatakan ia membantu untuk sejukkan badan dan paling penting membantu kesihatan dalaman wanita.

Tak dinafikan air barli ini banyak manfaatnya yang perlu kita tahu. Daripada anak kecil hinggalah orang dewasa boleh saja amalkan barli. Buat wanita yang tak pernah minum, bolehlah mulakan sekarang sebab khasiatnya sangat banyak.

Antara perkongsian daripada Mastura Rashid tentang khasiat air barli terutamanya untuk wanita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Tak Sihat, Bagilah Minum AIR KELAPA, Bantu Keluarkan Toksin Dalam Badan

Punyalah Banyak Khasiat Air Rebusan Daun Durian Belanda Ni, Antaranya Boleh Ubati Kanser!

Air Barli, Khasiat Terbaik Untuk Dalaman Wanita

Bagi yang pernah mengalami masalah kencing kotor, ia sangat membantu dalam melawaskan dan melancarkan kencing.

“Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.

Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.

Cara masak barli ni pun mudah.

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air dan tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.

Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.

Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.

Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli bagi lembut.

Boleh adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

Bagi wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari. Insya Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.

Mingguan Wanita : Min suka minum air barli yang dicampur dengan susu. Tak pasti masih berkhasiat sebab dah tambah dengan susu. Sedap sangat.

Sumber: Mastura Rashid

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora