Ainul Mardhiah Seronok, Terima Kunjungan Doktor Yang Pernah Rawatnya Di London

Bayi kesayangan rakyat Malaysia ini, Ainul Mardhiah semakin membesar dengan baik. Malah, ibu ayahnya pun dah mula bawa Ainul jalan-jalan. Terbaru, ibu ayah Ainul berkongsi, keluarga kecil ini terima kunjungan daripada Dr Juling Ong, iaitu doktor yang pernah merawat Ainul ketika di London.

Dr Juling Ong ini merupakan doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang. Ketika bercuti bersama keluarga, doktor sempat membuat lawatan dan berikan free consultation pada Ainul.

 

Ainul Mardhiah Seronok, Terima Kunjungan Doktor Yang Pernah Rawatnya Di London

 

Seronok Ainul Terima Kunjungan Doktor Dari London

Seronok ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi berkongsi akan kedatangan Dr Juling Ong ke kediaman mereka.

Bersama Dr Juling Ong. Seronok Ainul dapat jumpa Dr yang pernah merawat Ainul di London. Terima kasih Dr melawat kami sekeluarga.”

Yang ikuti kisah Ainul pasti ingat lagi Dr yang berjuang melakukan pembedahan pada Ainul semasa di London. Kami rindu Dr Amalina Bakri juga.”

Thank you Dr and family for coming. have a nice holiday in Malaysia.”

Ads

 

Ainul Mardhiah Seronok, Terima Kunjungan Doktor Yang Pernah Rawatnya Di London

 

Sampai Je Rumah, Doktor Minta Izin Check Dalam Mulut Ainul

Manakala, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak maklumkan selepas doktor buat pemeriksaan pada Ainul, doktor nampak kesan pembedahan semakin pulih.

Kongsinya,

“Free consultation
Sesampai je di rumah, terus tanya pasal ainul and minta izin nak check dalam mulut Ainul (lokasi opt).
Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian dia, kesan-kesan opt (pembedahan) tu semakin beransur pulih and mungkin pipi ainul yang nampak macam bengkak sikit tu boleh baik sendiri tanpa perlu reconstruct.”

Ads

 

Ainul Mardhiah Seronok, Terima Kunjungan Doktor Yang Pernah Rawatnya Di London

 

Setiap Kali Dr Juling Ong Pandang Anak, Terus Teringat Ainul

Katanya lagi, “Doc Juling Ong kata dia happy sangat tengok Ainul pada hari ini. Dia nampak Ainul semakin membesar. Katanya lagi, dia teringat masa Ainul sampai di UK dahulu untuk rawatan, ketika itu dia nampak Ainul kecil sangat. Sangat kecil. Tapi kuat. .

Hari ni dia tengok mulut Ainul dalam dan luar. And konklusinya, dia happy dengan Ainul. Kesan dari opt (pembedahan) tu nampak semakin pulih, and Ainul pun sangat aktif. “

Ads

Oh ya, yang menjadikan dia ni sangat prihatin dekat Ainul sebab anak dia yang bongsu sebaya dengan Ainul. Jadi dia sentiasa terbayang anak dia bila tengok Ainul.”

InshaAllah bulan 7 ni Health care yang jaga Ainul pulak akan datang melawat sesambil nak holiday di Malaysia.”

 

 

MW : Alhamdulillah.. Ainul Mardhiah semakin sihat dan membesar dengan comel. Mingguan Wanita mendoakan semoga kesihatan Ainul semakin baik dari semasa ke semasa.

Baca sini : Mama dan Walid dah peluk cium Ainul sebelum doktor ambil.

Sumber/Foto : Ahmad Safiudinn , _nrlerwani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI