Aidiladha ini pastinya paling meriah buat keluarga pelakon dan selebriti Fizz Fairuz.
Niatnya mahu memiliki tujuh cahaya mata, pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 41, akan menumbangkan tujuh lembu untuk ibadat korban sempena Aidiladha, tahun ini.
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, tujuh lembu itu adalah simbolik pada niatnya dan berharap Allah akan mengurniakan hasratnya di sebalik pengorbanan dilakukan.
“Untuk Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana ibu berada di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga akan menyembelih tujuh lembu.
“Alhamdulillah, paling meriah tahun ini. Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh cahaya mata, itulah nazar saya.
“Ibu saya mempunyai sembilan anak, tetapi saya mahukan tujuh. Insya-Allah,” katanya
Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, termasuk seorang anak angkat.
Menyingkap erti pengorbanan dalam kehidupan sehariannya, Fizz menyifatkan pengorbanan isterinya, Almy antara yang memberi makna besar dalam hidupnya.
“Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak. Apa yang saya maksudkan adalah pengorbanan Almy pada anak.
“Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menuntut tanggungjawab sebagai ibu.
“Jujurnya, saya terharu melihat apa yang dikorbankan Almy selama ini. Kalau duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana Almy berkorban setiap hari.
“Banyak pengorbanan yang dilakukan,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan media filem Sue-On, malam kelmarin.
Mesti Baca: Adik Luth Meninggal Dunia, Kapsyen Ibu Undang Sebak “Mommy Akan Sentiasa Bersama Luth Sayang”
Sumber: Berita Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.