Ahli KWSP usia 100 tahun ke atas, segeralah tuntut wang simpanan sebelum 31 Mac 2025. Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau waris segeralah tuntut simpanan sebelum tahun 2025.
Ahli KWSP Usia 100 Tahun Ke Atas
Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 100 tahun dan ke atas mesti mengemukakan tuntutan simpanan yang tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.
Memetik New Straits Times, KWSP, menerusi satu notis, berkata ia sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka.
Segeralah Tuntut Wang Simpanan Sebelum Mac 2025
“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.
“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.
“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.
KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.
Sumber: NST
Baca artikel lain juga: Duit KWSP Lebih Setengah Juta Habis Licin, Pesara Ubah Suai Rumah, Buat Kenduri Kahwin Anak
Dividen KWSP, Mufti Kelantan Nasihat Umat Islam Tukar Ke Simpanan Shariah “Berdosa Jika Degil…”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI