Ahli keluarga yang lain iaitu suami dan anak dikuarantin kerana positif Covid-19, warga emas ini ditemui meninggal dunia di rumah seorang diri.
Mangsa tinggal berseorangan setelah suaminya dimasukkan ke Hospital Melaka, manakala anak lelakinya sedang dirawat di ICU selepas kedua-duanya disahkan positif Covid-19.
Warga Emas DiTemui Meninggal Dunia Di Rumah Seorang Diri
Seorang warga emas ditemui sudah meninggal dunia di dalam bilik air sebuah rumah di Bukit Punggur, Alai, Melaka.
Difahamkan suami dan anak mangsa disahkan positif Covid-19 dan dibawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin.
Menurut anak saudaranya, Norazlina Md Daut, 45, sejak salah seorang anak ibu saudaranya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka beberapa hari lalu, dia kerap menghubungi ibu saudaranya itu namun sejak jam 11 pagi Selasa dia gagal menghubunginya.
Menurutnya, disebabkan rasa bimbang, dia kemudiannya ke rumah ibu saudaranya pada pagi Rabu, bagaimanapun pintu rumah berkunci lalu dia menghubungi talian kecemasan.
Hubungi Bomba
“Sebelum itu mak ada tengok di bilik tidur melalui tingkap tapi ibu saudara tidak ada, sedih bila bomba menemui ibu saudara saya di dalam bilik air.
“Jenazah ibu saudara saya dibawa ke Jabatan Forensik sebelum dituntut seorang lagi anaknya yang menetap di Selangor,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Kredit foto : Sinar Harian
Arwah Terjatuh Dalam Bilik Air
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu, Pegawai Kanan (PBK) II Jamian Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan penyelamatan seorang mangsa terkunci di dalam rumah kira-kira jam 8.45 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu rumah dan menemui mangsa yang dipercayai terjatuh di dalam bilik air.
Mingguan Wanita : Kami dari team MW mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan keluarganya tabah menghadapi ujian ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa pasangan bakal pengantin dari Zimbabwe ini.Dalam menanti saat bahagia disatukan sebagai suami isteri, kejadian tragis diserang buaya mengubah segalanya.
Pasangan ini diserang buaya hingga mengakibatkan pengantin perempuan kudung pada tangan kanannya dan mengalami kecederaan pada tangan kirinya. Namun pasangan ini tetap meneruskan perkahwinan mereka di sebuah hospital di Zimbabwe walaupun baru 5 hari kejadian tersebut berlaku.Memang hebat dan berhati kental.
“Dalam tempoh seminggu, ‘mimpi ngeri’ itu bertukar menjadi pengalaman luar biasa dan menakjubkan,” kata warga Britain, Jamie Fox, 27.
Diserang Ketika Berkanu
Pada 30 April lalu, Fox bersama tunangnya, bekas pemain tenis, Zenele Ndlovu sedang berkanu di Sungai Zambezi yang juga merupakan antara sungai terpanjang di Afrika dan mereka diserang buaya secara tiba-tiba.
“Saya hanya mampu menjerit dan cuba untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak mengadu sakit selepas berjaya ditarik keluar dari sungai itu dalam keadaan berlumuran darah, mungkin kerana dia masih terkejut.
“Bagaimanapun, kami bersyukur kerana masih hidup dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun lokasi bersejarah terpaksa ditukar kerana Ndlovu masih dirawat di hospital,” katanya.
Jelasnya lagi, dia melamar wanita bertuah itu pada Februari lalu selepas menjalin hubungan cinta selama kira-kira 18 bulan.
“Kami berharap dapat menetap di Britain dan saya telah menguruskan visanya. Selepas segala urusan itu selesai, kami akan fikirkan pula tentang lokasi bulan madu,” ujarnya.
Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini. Tahniah juga buat pengantin lelaki yang tetap setia dan meneruskan perkahwinan ini walaupun, tunangnya telah kudung dan menjadi orang kurang upaya.
Ketika kenderaan lain membunyikan hon memarahi pemandu lelaki yang terus diam tertunduk dalam kenderaannya, pengacara terkenal Fara Fauzana cepat-cepat bertindak kejutkan pemandu lelaki itu.. Fikirkan bagaimana jika lelaki itu pengsan! Atau lebih parah sakit jantung.
Dalam jem yang sarat dan sesak berdekatan tol Subang, terlihat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di tengah kesesakan menambah sarat jammed hari itu. Bukan sekali dua kenderaan yang melintasi kereta itu membunyikan hon. Tanda tidak puas hati dengan pemandunya.
Tetap pemandu kereta itu diam tidak berganjak. Menambah lagi kemarahan pemandu lain, yang sedang berpusu-pusu menempuh kesesakan yang menggila itu. Sampailah situasi itu disedari oleh pengacara Fara Fauzanayang ketika itu memandu sendirian.
“FF drive sorang and its Friday yo! 7.05pm. Jem toksah citer. Sila tengok gambol korang faham le eh so lena sabar. Dalam asyik melayan lagu alih-alih kiri kanan semua pakat tekan HON HON HON. Ala.. dah kenapa kereta depan tu tak nak jalan?”
Kongsi Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Binti Mohd Fadzil yang ketika itu melalui tol berkenaan menuju ke Shah Alam.
Tambahnya, dia melihat ketika kereta lain yang di depan kenderaan tadi sudah bergerak, kenderaan itu tetap statik tidak bergerak dari tempat asalnya.
“Kebetulan FF kat tepi kereta dia and passed by his car.” Sambungnya.
Hati Fara makin berdebar bila tengok pemandu kenderaan itu asyik tunduk ke bawah saja. Dia pun apa lagi, join sama tekan hon kuat-kuat. Tapi yang menghairankan, pemandu itu tetap tidak bergerak. Tahu apa Fara buat?
“FF buka tingkap and jerit, ‘Uncle.. uncle.. uncle!” Dan pemandu itu tetap juga tunduk tidak bergerak. Makin cemas Fara Fauzana bila tengok situasi semacam itu.
“Deng! If dia tidur.. itu normal mungkin dia penat. Jap! What if dia… PENGSAN! Or even worst.. SAKIT JANTUNG dan..” Situasi ini makin menambah rasa bersalah di hati Fara yang baik hati ini. Tanpa berlengah lagi dan dia mahu memastikan perkara yang difikirkan itu tidak benar-benar terjadi.
Pemandu Terus Tunduk Tak Beri Respons
“FF terus tekan double signal.. keluar kereta. Pergi kat kereta uncle tu and ketuk tingkap! Dia tak gerak OK!” Cemas sungguh situasi Fara waktu itu.
Fara pun ketuk lagi cermin kereta pemandu tadi. Kuat dari sebelumnya. Akhirnya pemandu itu angkat kepala macam orang baru sedar.
“Are you ok uncle?” Bukan sekali Fara tanya.. lepas dua kali dia tanyakan soalan yang sama, barulah pemandu tadi memberikan respons.
“Oh.. OK! Tq.” Tak lama lepas itu, barulah keretanya bergerak meluncur meredah jem yang sesak itu.
“Gosh! Tak kelakar OK.. Alhamdulillah.. nasib baik dia tidur. Tapi what if dia sakit jantung dan memang tak sedarkan diri dalam keadaan jem yang teruk tu. I don’ know, maybe lepas ni if kita nampak orang depan tak gerak. Please jangan marah-marah. Maybe dia perlukan kita untuk selamatkan dia dari lebih parah.”
Pesanan Fara ini memang banyak betulnya. Dan MW salute sebab Fara berani turun dan kejutkan uncle pemandu itu. Tak ramai yang sanggup nak buat macam Fara buat. Walaupun cerita simple.. tapi sarat pengajaran untuk pemandu-pemandu Malaysia renung-renungkan.
Syukur Majid tak pernah berkira dengan mak ayah “sebab tu rezeki dia mencurah-curah”. Benarlah apa yang diluahkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang usahawan lelaki popular bernama Syukor Majid.
Usahawan yang pernah mencipta ‘fenomena’ dengan menjual burger menerusi jenama Syukur Burger menjadi idola ramai pengikut di media sosial.
Syukor Majid Tak Pernah Berkira Dengan Mak Ayah
Seperti mana yang dipetik menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadli menerusi Facebooknya, Syukor merupakan seorang anak yang begitu menghormati ibu dan ayahnya.
Malah dia tidak pernah berkira dengan mak ayah dan isteri. Itulah antara rahsia kejayaan besar yang digapai menerusi perniagaannya.
“Abiang Syukor Majid buat status santai pasal tumbler Starbucks mak dia. Viral teruk post tu.
“Ada la lalat mai komen kata abiang berkira dengan mak dia. Setakat tumbler RM200 satu pun berkira kata mereka.
“Geram aku baca komen gitu. Sebab aku tahu, abiang dengan mak ayah dia langsung tak berkira.
“Uko ni, ada meeting dengan menteri kat Putrajaya pun kalau mak dia call ajak pergi Shopping cekelat Daim kat Langkawi dia terus ambik tiket flight balik Bertam. Tinggal meeting dengan menteri nak layan mak.
“Boleh pula ada yang kecam kata berkira dengan mak. Memang aku rasa panas juga lah sebab aku tahu macamana abiang ni layan mak dia.
“2017 bila bisnes dia meletup kaw-kaw dia belikan mak dia Range Rover Evoque. Harga setengah juta ringgit. Kat ayah dia pula kereta Bentley. Harga sejuta lebih.
Hadiahkan Mustang GT 5.0 Pada Mak Harga Setengah Juta Ringgih
“Abiang ni la makhluk paling tak berkira dengan mak ayah. Paling tak berkira. Sebab tu rezeki dia mencurah-curah.
“Masa nak pergi beli Range Rover kat mak dia tu, dia terbeli Mustang GT 5.0 pula. Terbeli ya. Tak sengaja tau. Harga Mustang 5.0 tak ada la mahal mana, sekitar setengah juta ringgit je.
“Kete tu la yang wife dia drive terbang ala-ala Letty dalam Fast & Furious. Terbang lepas longkang wei. Dia gelak je tengok kereta kesayangan rabak dikerjakan wife.
“Kete tu dia dah jual kat Baitul Mustawa dah. Ada kat Sabak Bernam la ni. Dia belikan Mercedes AMG GTR pula kat wife dia. Harga sejuta lebih. Alang-alang nak racing sangat katanya, haha.
Target Beli Roll Royce Pula Buat Ayah
“Sekarang dia target nak beli Roll Royce kat ayah dia pula. Aku yakin tak lama lagi sampai la tu.
“Punya dia tak berkira dengan mak ayah dan isteri ni.
“Itu rahsia besar dia berjaya dalam bisnes.
“Nombor satu, muliakan ibubapa. Itu yang dia paling utama.
“Korang nak berjaya, tiru la part ni. Tolong muliakan ibu dan ayah kalian. Layan mereka macam raja.
“InsyaAllah Allah akan kurniakan kalian dengan rezeki raja. Percayalah!” kongsi Cikgu Fadli tentang kebaikan Syukor.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...