Ah long dah lama fikir cagar akaun KWSP untuk peminjam, iklan berleluasa di media sosial sejak 2022. Sejak semalam, timbul pelbagai pendapat mengenai idea PMX ketika sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Pengeluaran KWSP, Dengarlah Suara Rakyat. Ramai Terdesak, Apa Salahnya Pertimbangkanlah- Muhyiddin
Duit KWSP Akaun 2 RM65K Licin Disapu, Wanita Diperdaya Rayuan Haji
Bayar Deposit, Tampung Kos Renovasi RUMAH PERTAMA Boleh Buat Pengeluaran KWSP
‘Anak Dua Baru Merasa, Sebelum Ni Naik Motor Berpanas.’ Dapat Duit KWSP Beli Kereta
Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata pihaknya menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan jaminan cagaran bank, adalah yang terbaik.
Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada yang mempunyai wang dalam KWSP.
Dapat dilihat selepas kenyataaan dikeluarkannya itu, ada kepelbagaian pendapat dan rata-rata tidak melihat apa kebaikan kepada peminjam. Ada penganalisis kewangan menyifatkan, tindakan membuat pinjaman di bank dan mencagarkan KWSP sebagai gali lubang dan tutup lubang.
Bahkan kumpulan gerakan yang menuntut pengeluaran bersasar KWSP turut menyifatkan tindakan ini kurang bijak kerana rakyat mahu keluarkan wang mereka sendiri dan bukannya membuat pinjaman baru. Dalam erti kata lain terus terikat dengan hutang jik idea ini terlaksana.
Tapi sesuatu yang mengejutkan, pinjaman ah long yang banyak menjerat peminjam kerana kadar faedah terlalu tinggi selain tindakan mengacau ganggu pelanggan dengan ugutan, simbahan cat merah dan sebagainya sudah lama menjadikan simpanan KWSP sebagai cagaran dan idea ini sudah lama mereka laksanakan, iaitu pada tahun 2022 lagi.
Jelas ah long lebih berfikiran ke depan untuk terus mengikat peminjam dan menjadikan wang dalam akaun KWSP sebagai cagaran. Ini dapat dilihat pada iklan-iklan yang bertaburan di media sosial. Dan idea ini bukan baru kerana banyak syarikat peminjam melakukan tindakan sama.
Memetik Berita Harian mengenai ISU TERKINI pengeluaran KWSP ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai cagaran untuk membuat pinjaman peribadi bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.
KWSP dalam kenyataan menyebut pihaknya ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai kemudahan berkenaan.
“KWSP ambil maklum perkembangan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
“Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang,” kata kenyataan itu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.